Tuesday, April 23, 2013

100 borang ahli DHPP diserah di UPU Taman Song Choon

Dialog yang diadakan oleh Pas Kawasan Gopeng dengan kerjasama Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) di UPU Taman Song Choon, Ipoh malam ini mendapat sambutan yang hangat daripada masyarakat India setempat.

Saudara Nali, Setiausaha DHPP Perak yang datang daripada Taiping telah memberikan satu impak baru kepada mereka dengan penerangannya yang begitu berkesan. Sesi dialog juga dibuka bagi mereka meluahkan segala pertanyaan yang masih tersimpan di minda.

Di akhir pertemuan, 100 borang ahli baru DHPP telah diserahkan oleh wakil mereka, Saudara Hanifah kepada Saudara Nali dengan di saksikan oleh YDP Pas Gopeng, Haji Abd Rahim Md Ariff dan Ketua UPU Taman Song Choon, Imam Zulkifli Tafsiron.


















- Warta Sg Rapat

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...