Monday, April 15, 2013

Ketua Bahagian Umno pun tiada harga lagi

Kalau dahulu, di sanjung umpama raja apabila menjawat jawatan Ketua Bahagian Umno, tak kiralah dimana pun.

Setiap peruntukan, setiap projek dan setiap keistimewaan pasti akan didahulukan kepada Ketua Bahagian.

Begitu juga dengan pencalonan untuk mewakili parti di dalam pilihanraya, pasti Ketua Bahagian yang akan diutamakan.

Tetapi, zaman telah berubah. Orang bawahan sudah mula pandai 'demand'. Ketua Bahagian Umno kini bukan lagi tiket untuk disembah, disanjung.

Pemilihan calon untuk bertanding di dalam pilihanraya yang ke-13 kali ini tidak seperti dulu.

Kalau dahulu, ada pepatah mengatakan, jika diletak beruk sekalipun, BN pasti akan menang. Tetapi sekarang ini, beruk pun sudah seekor demi seekor mengisytiharkan tidak akan bertanding untuk kali ini.

Ramai Ketua-Ketua Bahagian Umno di Perak ini yang digugurkan daripada dicalonkan buat kali ini.

Atas sebab apa mereka digugurkan, jangan tanya saya. Mungkin sebab utamanya ialah mereka ini bukan lagi winnable candidate ataupun calon yang boleh menang.

Siapakah calon yang boleh menang? Mungkin calon yang ramai orang tak kenal dan tak tahu apa dosa-dosa lalu mereka.

Bagi Ketua-Ketua Bahagian yang digugurkan ini, bukan orang Umno saja, tetapi rakyat jelata telah kenal masak dengan perangai dan dosa-dosa mereka.

Muka baru diperlukan untuk diangkat bertanding.

Tetapi muka-muka lama yang sudah tidak berharga lagi ini, hendak dibawa kemana untuk disalai kering?

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...