Dalam suasana menghadapi pilihanraya yang sedang menghampiri, setiap tenaga di perlukan untuk memastikan kemenangan. Banyak kerja-kerja yang perlu dibuat. Setiap ahli di cawangan-cawangan punya kelebihan dan kepakaran yang tersendiri.
Dalam menyumbang untuk parti, tidak kiralah kerja apa sekalipun, asalkan dapat mencurah bakti semampu mungkin demi bersama-sama memikul amanah dalam peperangan.
Masing-masing punya cara tersendiri untuk menyumbang, samada sumbangan itu bersifat tenaga, masa mahupun wang ringgit. Yang ada buat cara ada, yang tiada takkan mahu duduk saja.
Inilah masanya untuk turun ke markaz-markaz, lihat-lihat apa yang patut di bantu. Mungkin bantuan kita itu tak seberapa sangat pun, tidak ianya tetap dikira sebagai sumbangan untuk memenangkan parti bagi memartabatkan Islam di tanahair.
No comments:
Post a Comment