Friday, April 26, 2013

Akhbar fitnah disebar dalam IPT

PAS Perak kesal tindakan pihak-pihak tertentu yang berkempen secara kotor dengan mengedar akhbar yang penuh dengan fitnah di semua Institut Pengajian Tinggi (IPT) seluruh Perak.

Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Salman Saleh berkata, akhbar keluaran khas oleh Berita Harian dan Utusan itu penuh dengan cerita fitnah, perkauman yang dilemparkan terhadap  Pakatan Rakyat terutama PAS.

Jelasnya, PAS Perak telah menerima aduan daripada pensyarah dan pelajar-pelajar serta kakitangan IPT yang rasa tidak senang kehadiran serta penyebaran akhbar tersebut.

"Akhbar khas sempena pilihanraya ini tidak dijual kepada awam dan ianya disebar luas ke IPT dengan tujuan untuk meracuni pemikiran kakitangan serta pelajar demi kepentingan pihak-pihak tertentu.

"PAS hairan bagaimana akhbar yang tidak bertanggungjawab ini dapat masuk dan disebar luar ke semua IPT," katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini semalam.

Hadir sama ialah ahli jawatankuasanya, Dr Ahmad Nuri Al-Amin, Mohd Fitri Asmuni dan Safarizal Saleh.

Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Perak itu menjelaskan, akhbar tersebut sangat bahaya kerana mempunyai unsur-unsur hasutan yang boleh mempengaruhi pemikiran rakyat.

Tegasnya, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang setelah peguam menilai semua berita tersebut.

PAS katanya mengutuk sekeras-kerasnya pengedaran ini kerana ianya terbukti akhbar yang dipenuhi cerita fitnah dan perkauman.

"PAS berharap semua parti dapat berkempen secara sihat seperti memperkenalkan calon, misi dan visi, serta manifesto untk rakyat, bukannya menyebar fitnah keji.

"Jadilah sebuah parti yang 'gentleman' mengikut undang-undang dan sistem demokrasi," tegasnya lagi.

- PerakiteDaily

No comments:

Followers