Saturday, April 27, 2013

Najib ditipu Umno Larut

Kena tipu hidup-hidup: Najib terima borang penerima atap rumah dari Zanian Ketua Geng 14
26 April : Sungai Bayor Selama Perak -- Najib Razak sebentar tadi menerima 680 borang menyertai UMNO konon-nya daripada bekas ahli PAS dari Parlimen Larut sempena program Kenduri Rakyat di padang SK Sungai Bayor, dekat Selama. 

Cerita sebenarnya kesemua individu yang isi borang tersebut adalah penerima bantuan seperti atap/bumbung rumah. 

Timbalan Ketua Cawangan PAS Sungai Bayor mengesahkan bahawa mereka yang menerima bantuan dari UMNO BN perlu mengisi borang UMNO dan borang itu dikumpul sejak beberapa tahun lalu. 

"Nama-nama dalam borang tersebut bukanlah dari ahli PAS,sebaliknya nama mereka yang terima bantuan bumbung rumah" - Ujar Adnan Che Ngah (54).

Paling sial dan tak guna-nya puak atasan UMNO Munafikun di Larut dikatakan mengugut beberapa orang penduduk disini yang ada menerima bantuan khas seperti bantuan dari Baitulmal dipaksa pergi ke majlis Najib di Selama hari ini.

Rombongan bas yang membawa kaum orang asal dari Sungai Siput  telah berkejar-kejar dari satu lokasi ke lokasi lain bagi menampakan majlis ada ramai penyokong,begitu juga yang lain-nya. Mereka hari ini ibarat lalat dan langau yang dipaksa mengerumuni Najib Najis dari Bagan Serai ke Selama kemudian ke Kuala Kangsar.
1200 nak masuk UMNO
Penipuan UMNO BN Larut terbongkar kerana sebelum ini dalam kenyataan sebuah akbar online menyatakan lebih 1,200 orang nak masuk UMNO pada majlis hari ini. 

Tetapi dalam jadual lawatan Najib yang telah bocor menyatakan 800 orang pula dan pada hari ini angka tersebut berubah lagi menjadi 680.
Dalam jadual lawatan Najib jadi 800 orang pula nak serah borang
Mungkin alasan kelentong yang diberi oleh ketua geng 14 iaitu Zanian bahawa borang masuk UMNO tak cukup hanya boleh dipercayai oleh lembu,kerbau dan kambing disekitar Selama...hahaha....

Apa yang jelas disini ialah Najib terang-terang telah ditipu oleh UMNO Larut.....hahaha....

Sumber: blog OrangNi

No comments:

Followers