Sunday, April 28, 2013

Salahguna dewan: PAS Perak gesa semua pihak termasuk SPR patuhi undang-undang!



”Semua pihak termasuk SPR digesa menghormati serta mematuhi undang-undang yang telah diperuntukkan.”

Demikian tegas Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) PAS Perak, Zamri Ibrahim mengulas tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menghalalkan tindakan Umno menyalahgunakan dewan orang ramai serta premis awam untuk dijadikan Pusat Daerah Mengundi (PDM).

Katanya, walaupun pihak SPR menyatakan bahawa Umno telah mendapat kebenaran daripada pemilik dewan untuk menggunakannya bagi tujuan kempen pilihanraya, namun dokumentasi penyewaan serta surat kebenaran kegunaannya tidak dikemukakan.

“PAS Perak menggesa pasukan penguatkuasa pilihanraya yang ditubuhkan di bawah seksyen 27B Akta Kesalahan Pilihanraya1954 bertindak berdasarkan perkara 8 Tataetika Pilihanraya oleh SPR.

“SPR perlu membuat lawatan ke premis-premis yang berkenaan dan meminta pihak BN menunjukkan dan seterusnya memberikan salinan dokumentasi penyewaan atau surat kebenaran menggunakan dewan orang ramai tersebut,” katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini, semalam.

Hadir sama ialah Ahli Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Salman Saleh, Ustaz Fakhrulrazi Mokhtar dan Salman Saleh.

Peguam muda itu menjelaskan, ianya bagi meleraikan kekeliruan serta rasa sangsi dan tidak puas hati orang ramai yang masih mempersoalkan penggunaan orang ramai oleh BN khususnya Umno.

Menyentuh berkenaan pasukan penguatkuasa, beliau berkata, PAS Perak menggesa peranan dan tugas anggota pasukan penguatkuasa dihormati oleh SPR itu sendiri.

Katanya, berdasarkan seksyen 27C Akta Kesalahan Pilihanraya1954, anggota pasukan terdiri masing-masing seorang daripada pegawai penguatkuasa yang dilantik oleh SPR, wakil daripada Polis Di Raja Malaysia (PDRM), wakil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan wakil parti politik yang dilantik oleh calon atau ejen pilihanrayanya.

Berdasarkan peruntukan tersebut, Zamri berkata, Pegawai Pengurus Pilihanraya tidak termasuk dalam anggota pasukan penguatkuasa.

“PAS mendapat maklumat yang diperolehi, ada Pegawai Pengurus Pilihanraya yang membuat arahan kepada pasukan ini.

“Terdapat juga maklumat wakil parti tidak dijemput dalam perbincangan untuk membuat keputusan berhubung bahan kempen.

Tegas Zamri, tindakan tersebut adalah bertentangan dengan seksyen 27G Akta Kesalahan Pilihanraya1954.

- PerakiteDaily

No comments:

Followers