Saturday, April 27, 2013

100 kaum India jadi ahli baru DHPP Perak

 

IPOH: Dialog yang diadakan oleh PAS Kawasan Gopeng dengan kerjasama Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di UPU Taman Song Choon, di sini malam kelmarin mendapat sambutan yang hangat daripada masyarakat India setempat.

 

Setiausaha DHPP Perak, S Naliraja yang datang dari Taiping telah memberikan satu impak baru kepada mereka dengan penerangannya yang begitu berkesan.

 

Menurut blog Warta Sg Rapat, sesi dialog juga dibuka bagi mereka meluahkan segala pertanyaan yang masih tersimpan di minda mereka.

 

Di akhir pertemuan, 100 borang ahli baru DHPP telah diserahkan oleh wakil mereka, Saudara Hanifah kepada Naliraja dengan disaksikan oleh Yang Dipertua PAS Gopeng, Abd Rahim Md Ariff dan Ketua UPU Taman Song Choon, Zulkifli Tafsiron. (Gambar atas)


- HarakahDaily

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...