Monday, April 15, 2013

BN bergolak teruk, MCA bakal tarik diri

BN kini mengalami pergolakan terbesar dalam sejarah parti itu. Peperangan merebut kerusi di antara Umno dan MCA dikatakan semakin sengit.

Pergolakan ini berpunca daripada beberapa kerusi MCA yang dirampas Umno dengan alasan calon mereka lebih 'winnable' di tempat itu. Mengikut sumber dalaman MCA, bakal ada kejutan besar dalam PRU13 kali ini.

MCA dikatakan akan menarik diri dari bertanding dalam PRU13 kali ini angkara beberapa pemimpin utama MCA dikatakan terlalu kecewa dengan tindakan Umno yang merampas kerusi yang sepatutnya ditandingi MCA dengan sewenang-wenangnya.

Mereka akan mengambil langkah yang sama yang dilakukan Presiden parti mereka, Chua Soi Lek, iaitu menarik diri dari bertanding dalam PRU13. Mengikut maklumat itu lagi, kebanyakan calon MCA di Johor akan berbuat demikian angkara kecewa akibat beberapa kerusi milik MCA di Johor terpaksa diserahkan kepada Umno.

Walau bagaimanapun, Chua Soi Lek kini sedang bertungkus lumus untuk cuba memujuk mereka supaya tidak menarik diri.

Najib yang juga Presiden Umno telahpun dimaklumkan perkara ini. Najib dijangka akan bertemu dengan setiap bakal calon MCA terlebih dahulu bagi menenangkan mereka.

Mungkinkah BN akan berpecah sebelum rakyat Malaysia keluar mengundi bagi PRU ke 13 ini?

1 comment:

GEBU said...

Yang Baharu pasti akan berubah tetapi Hakikat akan kekal selama2nya.
Yang Baharu ada mula dan ada akhir.
Jangan dihairankan bila UMNO/BN sudah nazak dan sedang melalui detik2 AKHIR.
INI KALI LAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Followers