Monday, April 22, 2013

Saya masuk bukan untuk calun atau jawatan - Md Taib

(Tan Sri Mohamad menyerahkan borang permohonan menyertai PAS kepada Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang)

 

KUALA LUMPUR: "Saya masuk PAS bukan hendak jadi calon atau merebut jawatan dalam PAS," kata Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib ketika mengumumkan penyertaannya kepada PAS hari ini.

Atas dasar itulah, katanya, majlis penyerahan borang memohon menjadi ahli PAS hari ini dibuat selepas penamaan calon PRU 13.

 

Muhamad hari ini menyerahkan permohonan menjadi ahli PAS kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan diperhatikan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din, Timbalan Presiden, Haji Mohamad Sabu dan naib-naib Presiden PAS.

 

Bagi Mohamad Taib, pengalaman dalam Umno mengajar dia mengajar dia untuk berbuat perkara lebih baik untuk negara.

"Memang benar kita berjaya membentuk negara maju. Negeri Selangorpun kita berjaya membentuk menjadi negeri maju.

"Tetapi bagi saya perubahan perlu dibuat, supaya pembangunan kita ada roh," kata Muhamad ketika berucap di majlis hari ini.

Atas dasar itulah, katanya, beliau memilih untuk menhyertai PAS.

"Mana parti yang boleh mengisi roh ini selain dari pasti yang memperjuangkan Islam," katanya.

Menurut Muhamad, selepas beliau tidak mempunyai kerja, beliau banyak menghabiskan masanya untuk pergi ke surau dan masjid.

"Saya pergi ke surau, belajar agama, belajar al Quran. Saya perhatikan, hanya PAS boleh membawa pengaruh untuk membetulkan keadaan ini," tegas Mohamad.

Sebelum itu, Ustaz Hadi dalam ucapannya berkata, beliau bertemu dengan Muhamad lebih setahun yang lalu.

Namun, kita hanya membuat majlis penyerahan hari ini untuk mengelak persepsi kata Muhamad hendak menjadi calon atau jawatan dalam PAS.

Ustaz Haron Din pula berkata, beliau bertemu pertama kali dengan Muhamad semasa menunaikan umrah bersama di Mekah.

"Ketika itu bas kami rosak...dan dia sebagai menteri besar ketika itu yang pertama turun untuk menolak bas itu.

"Sejak hari itu kami rapat dan saya memberikan kuliah mingguan di rumah MB Selangor," kata Ustaz Haron.

- Harakahdaily

No comments:

Followers