Penyokong Barisan Nasional yang berlagak samseng itu cuba meruntuhkan banner tersebut tapi dihalang oleh penyokong PAS. Kekecohan itu menyebabkan pihak polis dan SPR campur tangan untuk mententeramkan keadaan. Trak Unit Simpanan Persekutuan dengan kira-kira tidak kurang dari 10 anggota juga kelihatan di tepi jalan.
Samseng BN bersorak 'buka, buka, buka' mengarahkan orang ramai menurunkan banner tersebut. Setelah rundingan antara pihak polis dan kedua-dua wakil penyokong parti, mereka bersetuju untuk menurunkan papan tanda tersebut. Tidak lama kemudian dua anggota polis dilihat sedang membuka tali yang mengikat banner tersebut dan menurunkannya. Pegawai polis yang bertugas mengarahkan samseng-samseng itu diam dan bersurai.
Selepas itu, berlaku lagi kekecohan di mana seorang pemimpin Wanita UMNO, dipercayai mempunyai kaitan dengan calon DUN Sungai Rapat, Dato Hamidah Osman sedang meniup semangat para penyokongnya dengan menunjuk kepada satu lagi papan tanda besar di hadapan pagar masuk ke Dewan Dato Ahmad Said Sungai Rokam tertulis "Dulu UMNO Sekarang PAS" dengan gambar bekas Menteri Besar Selangor Muhamad Taib, Tamrin Ghafar Baba serta beberapa bekas pemimpin UMNO. Papan tanda itu didapati sudah terkoyak sebahagiannya dipercayai angkara samseng. Dia kelihatan sedang meminta pihak polis bersetuju dan menurut semua kemahuannya supaya semua papan tanda atau banner berbentuk provokasi yang dipasang diturunkan segera. Dia juga bersuara lantang meniup semangat penyokongnya supaya jangan beredar selagi papan tanda itu tidak diturunkan. Para penyokong yang berlagak ala samseng itu kebanyakannya terdiri dari mat-mat rempit dan bukan penduduk tempatan. Ramai penduduk kampung tidak kenal dan tak pernah melihat muka-muka samseng dan mat-mat rempit ini kerana jelas mereka adalah orang luar.
Sumber: MediaPerak
Sumber foto: Facebook
No comments:
Post a Comment