Friday, April 19, 2013

PAS, PKR dan DAP di Perak isytihar calon secara serentak dengan penuh bergaya


Pakatan Rakyat Perak telah membuktikan kesepakatan mereka dengan mengisytiharkan calon-calon mereka  secara serentak di dalam satu majlis yang penuh bergaya dan gilang gemilang. Majlis tersebut disaksikan ribuan rakyat Perak yang bersama-sama hadir di perkarangan Pejabat Parti Keadilan Rakyat di Medan Istana, Ipoh malam tadi.

Selepas kejayaan mereka membentang Manifesto Pakatan Rakyat Perak pada Isnin lalu, majlis malam tadi memperlihatkan kesungguhan dan komitmen ketiga-tiga parti tersebut. Ianya juga merupakan satu isyarat yang jelas kepada rakyat bahawa mereka telah bersedia untuk mengambil semula tampuk pemerintahan di negeri Perak ini.


Pada Pilihanraya Umum ke-13 ini, PAS Perak telah menawarkan 41% muka baru kepada rakyat Perak, manakala 59% tenaga lama masih dikekalkan untuk meneruskan kesinambungan gerakerja 11 bulan memerintah negeri Perak dahulu sebelum dirampas oleh Barisan Nasional secara keji dan tidak bermaruah.

Calon-calon PAS Perak terdiri daripada golongan agamawan dan juga professional. Ini adalah gabungan terbaik yang ditawarkan kepada rakyat Perak untuk dipilih di dalam pilihanraya umum nanti.

Calon-calon PAS Perak diumumkan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussein.


Parti Keadilan Rakyat Perak juga menawarkan golongan professional tua dan muda dalam misi mereka untuk menawan semula negeri Perak. Calon-calon PKR Perak diumumkan oleh Dr Mohd Nur Manuty.


DAP Perak meletakkan golongan professional sebagai calon mereka untuk mengekalkan rekod kemenangan di kesemua kerusi yang dipertandingkan di Perak di dalam PRU-12 yang lalu. Kesemua calon-calon mereka di umumkan oleh Ngeh Koo Ham selaku Pengerusi DAP Perak.

Dengan mengisytiharkan kesemua calon-calon bagi Pakatan Rakyat Perak secara serentak malam tadi, matlamat utama mereka untuk memenangi pilihanraya kali ini pastinya bukan angan-angan kosong kerana mereka telah membuktikannya di dalam PRU-12 dahulu dan tidak mustahil untuk mengulanginya sekali lagi pada kali ini.

Calon-calon yang berwibawa dan berkebolehan telahpun dipilih dan ditawarkan kepada rakyat Perak, kini giliran rakyat Perak pula untuk mengambil bahagian di dalam PRU-13 kali ini dengan mengundi dan  memenangkan kesemua calon-calon Pakatan Rakyat Perak.

No comments:

Followers