Friday, April 26, 2013

Manifesto Perak: Pakatan Rakyat lebih baik dari BN. Keputusan 6-0

Manifesto pr perak lebih baik dari bn perak. Keputusan 6-0

1. Pr menawarkan surat hak milik kekal kepada penduduk setinggan sedangkan bn secara tersiratnya berjanji untuk menghalau 20,000 penduduk setinggan melalui rancangan membina rumah baru. Melalui pr, penduduk boleh kekal tinggal di rumah warisan mereka sdgkan bn meminta mereka keluar dari rumah dan tanah yg telah lama mereka terokai.

2. Bn perak hanya mampu menawarkan rm3juta utk pembangunan orang asli sedangkan pr perak menawarkan sebanyak rm5juta. Bn perak tidak bersungguh untuk membantu nasib dan hal ehwal orang asli.

3. Bn perak telah meniru manifesto pr dengan menawarkan 20m padu air percuma kepada rakyat miskin @ yang berpendapatan bawah rm760 sebulan. Namun pr perak telah memberi tawaran yang lebih menarik iaitu 20m padu air percuma kepada keluarga yang berpendapatan rm1000 ke bawah.

4. Bn perak hanya menawarkan sebanyak 15,000 rumah mampu milik sedangkan pr perak menawarkan 30,000 rumah mampu milik. Sekali ganda dari jumlah tawaran bn.

5. Bn perak gagal menunjukkan kesungguhan membela sekolaH agama warisan perak apabila langsung tidak menyebutnya dalam manifesto. sedangkan pr meletakkan pembelaan kepada sekolah agama warisan perak iaitu sek izzuddin shah, taayah dan sarjana.

6. Bn perak telah meniru manifesto pr perak seperti untuk meletakkan cctv di tempat penting untuk keselamtan. Ianya dibuktikan melalui kelewatan bn perak mengeluarkan manifestonya. Ia juga menunjukkan bn perak ragu-ragu dan tidak yakin dengan manifesto sendiri.

Jumlah terkumpul :
pr perak 6 - bn 0

baru pusingan pertama ni. Masih banyak lagi...

Sumber: fb

No comments:

Followers