Monday, April 15, 2013

Pakatan Rakyat Perak cukup bersedia hadapi PRU13



IPOH (15.04.13): "Pilihanraya kali ini kami hadir dalam keadaan penuh bersedia." kata Dato' Seri Nizar Jamaluddin, Pengerusi Pakatan Rakyat Perak sewaktu berucap dalam program Pelancaran Manifesto Pakatan Rakyat Perak di Hotel Riverfront, Ipoh dekat sini, hari ini.

"Tragedi rampasan kuasa telah mematangkan kami serta memberi dorongan kepada rakyat negeri Perak untuk mula bangun dan sedar akan kezaliman BN khususnya Umno." jelas beliau.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak berkata lagi, pengalaman memerintah negeri Perak selama 11 bulan ternyata memberi pengalaman bagaimana untuk mentadbir negeri walaupun ketika itu dalam suasana tidak bersedia.

"Namun, Alhamdulillah kita mempunyai kepakaran dan akhirnya kita berjaya melonjak negeri ini kepada satu tahap yang baik," tambahnya lagi.

Beliau yakin rakyat akan mengangkat kembali Pakatan Rakyat untuk memberi mandat memerintah Perak untuk meneruskan kerja yang tertangguh setelah hanya berkesempatan memerintah 11 bulan dahulu.

Hadir sama ialah Pesuruhjaya Pas Perak, Ustaz Abu Bakar Hussien, Pengerusi PKR Perak, Dr Muhammad Nur Manuty, Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta ratusan penyokong.

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...