Ehsan Green

Ehsan Green

Mineral Water Al-Ehsan

Mineral Water Al-Ehsan

Thursday, April 25, 2013

Hamidah kena blacklisted

  • Keganasan: Hamidah Osman masuk senarai hitam BERSIH
  • Koh Jun Lin | 2:00PM Apr 25 2013
  • BERSIH menyenaraikan calon BN untuk DUN Sungai Rapat Datuk Hamidah Osman sebagai salah seorang ahli politik yang meneruskan keganasan politik, apabila beliau didakwa menarik kolar baju calon PKR Gopeng Dr Lee Boon Chye.

    Beliau juga didakwa merampas kamera seorang pekerja parti PKR dan menghempaskannya ke tanah dalam satu pergelutan di antara penyokong kedua-dua parti, yang berlaku pada malam 22 April di Taman Tasik Permai, Batu Gajah.

    "Perbuatan ini tidak boleh dibiarkan, jadi kami menyenaraihitamkan Hamidah atas bentuk keganasan ke atas calon lawan," kata Irene Fernandez yang turut mengetuai jawatankuasa pemantau BERSIH Itu.

    Laporan akhbar berbahasa Inggeris The Star bagaimanapun menangkis dakwaan berkenaan yang disifatkannnya sebagai "tidak munasabah".

    Beliau sebaliknya menyalahkan Lee yang didakwanya menimbulkan provokasi ke atas penyokong BN apabila cuba membuka satu pusat operasi berhampiran pusat mereka.


    - Malaysiakini

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...