Friday, April 26, 2013

Manifesto Ekonomi Politik PRU13: Pakatan Rakyat Menewaskan Barisan Nasional 11-0

1. Manifesto Pakatan Rakyat tiada janji berbentuk One-Off (bantuan sekali bagi sahaja)..hanya manifesto Barisan Nasional sahaja yang ada janji berbentuk One-Off (BRIM antara yang ketara)

2. Merujuk kepada muka surat 20 manifesto Pakatan Rakyat, langkah penghapusan monopoli perniagaan, penubuhan suruhanjaya anti-monopoli, pelupusan pegangan kerajaan dalam GLC-GLC yang terbabit dalam perniagaan bukan kepentingan nasional serta pembukaan tender secara terbuka untuk projek-projek, adalah langkah-langkah yang amat kritikal dan cukup berpotensi besar untuk mengurangkan defisit perbelanjaan negara sedangkan BN mengekalkan monopoli IPP bebas dan produk2 1Malaysia KR1M milik kroni

3. Merujuk kepada muka surat 19 manifesto Pakatan Rakyat, langkah-langkah khusus untuk melonjakkan pelaburan di dalam R&D agar mencecah kadar 5% dari KDNK seperti "Meluaskan skop pelaburan dan geran yang dibenarkan di bawah Tabung Petroleum
sedia ada" juga berupaya untuk melonjakkan pendapatan negara menerusi pengkomersilan hasil-hasil R&D secara besar-besaran

4. Merujuk kepada muka surat 11 manifesto Pakatan Rakyat, empat langkah besar jangka sederhana di Sabah dan Sarawak yang cukup berpotensi untuk melonjakkan pendapatan negara iaitu "Menghapuskan sistem kabotaj yang menyebabkan harga barangan keperluan di Sabah dan Sarawak lebih tinggi dan membebankan rakyat", "Mewujudkan insentif pelaburan yang bersyaratkan pengwujudan peluang pekerjaan di Sabah dan Sarawak bagi tujuan memastikan kesaksamaan pembangunan ekonomi", "Menubuhkan dua buah syarikat minyak tahap dua milik Kerajaan Sabah dan Sarawak untuk menyertai industri minyak dan gas negara sebagai pelaburan masa depan dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah dan Sarawak", dan keempat "Memulakan pembinaan lebuhraya merentasi Sabah dan Sarawak yang menghubungkan Kuching ke Kota Kinabalu dan Kudat". Keempat-empat langkah ini bukan sahaja akan menjana pendapatan yang bukan sedikit kepada negara untuk membayar hutang, malah sekali gus meletakkan Sabah dan Sarawak sebagai gergasi baru ekonomi Borneo.

5. Akta Gaji minimum RM1100 juga akan meningkatkan kuasa beli rakyat, sekaligus berpotensi untuk meningkatkan pendapatan negara apabila rakyat berbelanja (muka surat 15)

6. Merujuk muka surat 17 manifesto Pakatan Rakyat, langkah memfokuskan galakan bantuan oleh institusi kewangan kepada sektor IKS disamping tabung RM500 juta juga berpotensi mendatangkan pulangan dalam kadar yang cepat dan tinggi

7. Merujuk muka surat 17 manifesto Pakatan Rakyat, langkah penyelarasan percukaian rakyat kepada golongan berpendapatan melebihi RM400,000 berbanding RM250,000 sekarang turut menjana lebih kuasa beli rakyat yang seterusnya menambah pendapatan negara

8. Merujuk muka surat 12 manifesto Pakatan Rakyat, langkah menaikkan royalti kepada negeri-negeri pengeluar minyak dan gas kepada 20% berbanding 5% akan menyuburkan lagi ekonomi di peringkat negeri-negeri terbabit di mana pelbagai insentif dan program pembangunan dan tarikan pelaburan yang lebih mapan dapat direncana oleh kerajaan negeri terbabit dan seterusnya secara tidak langsung memperkasa pendapatan kerajaan pusat apabila kuasa beli dan kualiti hidup rakyat di negeri terbabit melonjak

9. Langkah segera menurunkan harga minyak, elektrik, penghapusan AES, tol, hutang PTPTN, dan penurunan harga kereta akan membawa kepada potensi rakyat untuk berbelanja atau melabur lebihan pendapatan hasil penjimatan terbabit dengan lebih produktif dan menguntungkan kantung pendapatan negara

10. Merujuk muka surat 19 manifesto Pakatan Rakyat, peruntukan sebesar RM2 Billion telah diumumkan khusus untuk menyelesaikan pengangkutan awam

11. Hampir kesemua intipati manifesto ekonomi politik yang terdapat di dalam Manifesto Pakatan Rakyat di atas telah "disalin" oleh BN, maka 11 untuk PR, 0 untuk BN


- Analisis ini dibuat oleh seorang pelajar PHD di Belanda

No comments:

Followers