Friday, April 5, 2013

Nizar mendapat anugerah terbaru

DS Nizar seperti yang semua tahu, memang telah dianugerahkan dengan gelaran Datuk Seri, jadi anugerah apa lagi yang dimaksudkan tajuk di atas?

Anugerah yang terbaru kurniaan Ilahi buat DS Nizar adalah gelaran Datuk hakiki yang mana anak sulung beliau, Faatihah telah selamat melahirkan cucu ke empat buat DS Nizar malam tadi.

Tahniah buat pasangan Faatihah dan juga suami, Muhammad Hazimin di atas kelahiran bayi perempuan yang comel itu.

Bertambah besar keluarga DS Nizar Jamaludin sekarang ini dan semoga rahmat kebahagiaan buat mereka semua.

Tahniah sekali lagi daripada Ajijoi.


No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...