Monday, February 1, 2010

Pelawaan Umno kepada ahli Pakatan bukti nyata ketandusan pemimpin

Tatkala Pakatan Rakyat menapis pimpinan yang dilihat membawa masalah kepada parti dan juga masyarakat, Umno pula mempelawa mereka menyertainya. Ini merupakan bukti jelas dan nyata bahawa Umno telah ketandusan pemimpin untuk menjadi pelapis pada waktu ini dan juga di masa hadapan.

Umno juga tidak mengambil kira rekod serta keperibadian seseorang pemimpin yang bermasalah untuk diajak bersama kedalam parti. Tindakan ini hanya akan mengumpulkan pimpinan bermasalah didalam parti Umno yang telah sedia membusuk dengan pelbagai masalah kepada rakyat dan negara.

Anggota pembangkang 'dipelawa' sertai BN

Umno dan Barisan Nasional (BN) membuka seluas-luasnya pintu parti itu kepada pemimpin dan anggota parti dari pakatan pembangkang yang meninggalkan parti masing-masing berikutan hilang kepercayaan terhadap perjuangan asal mereka.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata Umno mengajak mereka berbuat demikian ekoran kepincangan parti dalam pakatan pembangkang kini semakin terserlah apabila wujudnya beberapa krisis sesama mereka sejak kebelakangan ini.

"Saya menyeru kepada kawan-kawan lain yang tidak lagi bersetuju dengan pembangkang supaya lekas-lekas tinggalkan parti itu dan kita di Umno sentiasa menerima mereka dengan tangan terbuka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan Ekspo Pendidikan Program Juara Rakyat Umno Bahagian Indera Mahkota di Balok, Kuantan hari ini.

Ahmad berkata krisis yang berlaku di antara beberapa pemimpin parti pembangkang kebelakangan ini bukanlah satu sandiwara tetapi ia benar-benar terjadi yang telah memperlihatkan kepada rakyat tentang ketidaksefahaman yang wujud sesama mereka selama ini.

"Pakatan pembangkang yang terdiri daripada PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP ini bukanlah pakatan pembangkang tetapi merupakan pakatan rapuh dan kita bersedia menerima ahli-ahli pembangkang untuk menyertai Umno dan BN," katanya mengulas kemelut politik antara pakatan pembangkang terutamanya di Pulau Pinang yang semakin serius sejak kebelakangan ini.

Khamis lalus, Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed menuduh K
etua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebagai seorang diktator, cauvinis dan berfikiran komunis.

"Apa yang berlaku di antara Zahrain dan Lim Guan Eng memang betul-betul berlakunya gelombang besar dalam pakatan itu dan mereka ini adalah Pakatan Rapuh dari dulu lagi malah Zahrain merupakan satu simbol yang melambangkan ketidaksetujuan oleh pihak PKR dan PAS di Pulau Pinang terhadap Ketua Menterinya," kata Ahmad.

Beliau tidak menolak kemungkinan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menuduh Umno sebagai dalang terhadap apa yang berlaku dalam pakatan pembangkang pada masa ini.

"Umno dan BN tidak ada kena-mengena dengan apa yang berlaku dalam pakatan terbabit dan itu memang taktik Anwar yang akan menuduh Umno dan BN sebagai punca berlaku sesuatu masalah walaupun ia terjadi dalam pakatan pembangkang," katanya.

- Bernama

3 comments:

Kay Du Lac said...

Relaks bro Jijoi,

Jangan takut... Sila percaya kepada pemimpin PR. Buat apa nak takut? PR kuat maa.

Silap paparkan berita remeh camni. Bersorak orang UMNO nanti. Mana ada orang PR nak masik UMNO.

wartasungairapat said...

Tahniah kerana berfikiran rasional. Lihat drpd mata burung. Inilah bakal pemimpin yg kita inginkan. Jangan cepat melatah. Be rational.

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) said...

Wahai Ajijoi,

Selepas PRU 12, Pulau Pinang telah mendapat seorang Khalifah Lim Guan Eng yang setaraf dengan Khalifah Umar Abdul Aziz.

Berbanding Kelantan tiada Khalifah tetapi dipanggil Tok Guru.

Tapi malangnya di Pulau Pinang, seorang pengikut Khalifah Lim Guan Eng telah menggelar wakil rakyat PKR sebagai Pengutip Sampah.

Dulu DAP kata kepada PAS langkah mayat aku dulu, kini PKR terkena peluru sesat DAP dengan gelaran pengutip sampah.

Kalau begitu pakatan ini boleh disimpulkan sebagai PKR - PARTI ANGKAT SAMPAH (PAS) - DAP.

Nampaknya Ajijoi tak hairan pun gerai Melayu jadi sasaran. Apa nak dihairankan sebab Khalifah itu geng aku. Hang buatlah ikut suka engkau.

Khalifah LGE ada kuasa mutlak di PP.

Agaknya kalau dibangkitkan isu ini kedengaran suara menuding jari kepada UMNO dan BN.

Sekian.

Followers