Friday, February 12, 2010

GMP hina institusi kesultanan - DS Nizar

Shah Alam, 11 Feb - Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyifatkan gesaan individu tertentu agar Sultan Perak melucutkan gelaran ‘Datuk Seri’ yang diberi kepadanya, sebagai menghina institusi kesultanan.

Sebaliknya Nizar berkata Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mempunyai hak mutlak untuk memberi anugerah kepada mana-mana rakyat.

“Itu lagi menghina Sultan. Sebab itu adalah hak sultan. Hak Sultan nak beri anugerah kepada sesiapa. Orang lain tidak boleh nak mempengaruhi Sultan untuk tarik balik atau hendak beri. Itu hak dia”, tegas beliau.

Nizar berkata demikian mengulas tindakan Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd Helmi Ismail yang menyarankan supaya gelaran ‘Datuk Seri’ yang dianugerah kepadan beliau ditarik balik.

Saranan itu dibuat berikutan dakwaan Nizar bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak menjurus kepada pemerintahan monarki mutlak, bersifat menghina Sultan.

Nizar turut menyifatkan agenda rampasan kuasa oleh UMNO-Barisan Nasional (BN) baru-baru ini sebagai mencabuli hak rakyat serta penghinaan mutlak kepada institusi di raja Perak.

Beliau menganggap UMNO-BN di negeri itu bersifat kejam dan biadap dalam mempertikaikan perkenan Sultan Azlan Shah.

“Saya menafikan saya menghina Sultan sebab ini adalah kebiadaban UMNO merampas kuasa. Oleh kerana sultan telah memilih kerajaan dan juga perkenan menteri besar yang telah dipilih oleh rakyat. Tiba-tiba UMNO merampas, itu menunjukkan penghinaan kepada institusi di raja”, katanya. HY

-selangorkini

No comments:

Followers