
Ustaz Shuib yang sebelum ini menerima rawatan di Hospital Kampar selama 3 hari, kemudian dibenarkan pulang kerumah. Tetapi, rakan beliau iaitu Dr Jeyakumar (Ahli Parlimen Sg Siput) telah menasihati dan mengusahakan agar Ustaz Shuib menerima rawatan lanjutan di Kinta Medical Centre.
Antara yang telah menziarahi beliau di sini adalah Tuan Guru Haji Abu Bakar Hussain, Pesuruhjaya Pas Perak, Asmuni Awi, Pengarah Pilihanraya Pas Perak serta Dato Seri Haji Nizar Jamaluddin.
Keadaan beliau kelihatannya beransur pulih. Namun begitu, doa daripada kita semua amat diperlukan agar beliau dapat kembali aktif memperjuangkan Islam sepertimana aktivitinya sebelum ini.
No comments:
Post a Comment