Friday, February 12, 2010

Umno semakin gian berdemo, kerjaya baru Ibrahim Ali

Umno Selangor, NGO berdemo isu YBK

Umno Selangor hari ini menganjurkan demonstrasi di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam bagi membantah cara Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menangani isu Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK).

Dipimpin ketua penerangannya Shukor Idrus, mereka dan anggota NGO Melayu Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) berarak daripada masjid negeri.

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali turut hadir.

Kumpulan tersebut juga menghantar memorandum enam perkara yang diserahkan kepada setiausaha menteri besar Nik Nazmi Nik Ahmad.

Dihubungi Malaysiakini selepas demonstrasi itu, Shukur berkata demonstrasi itu diadakan hari ini rentetan daripada satu laporan polis yang Ahad lalu berhubung isu sama.

"Kita pertikaikan tindakan merampas tanah YBK. Itu tindakan zalim, sedangkan ramai lagi syarikat lain yang tidak jelaskan hutang kepada kerajaan negeri.

"YBK juga sudah jelaskan tunggakan tersebut, cuma terlewat dua hari sahaja. Kemudian (menteri besar) pulangkan bayaran itu kepada YBK dan ambil balik tanah tersebut," katanya lagi.

Shukor juga berkata tindakan Khalid memulangkan bayaran cukai tanah YBK merupakan satu tindakan politik yang mengenepikan kepentingan Melayu.

Shukor juga menyifatkan tindakan Khalid sebagai "angkuh, sombong, berdendam dan menyalahgunakan peruntukan kanun tanah apabila memulangkan bayaran cukai tanah YBK."

Katanya lagi, tindakan itu juga "dibuat dengan niat untuk merampas kembali tanah bagi pembinaan kampus baru UiTM di Serendah, Selangor."

"(Umno Selangor) menolak sekeras-kerasnya tindakan menteri besar dalam membuat keputusan politik yang mengenepikan hak-hak orang Melayu di daerah Hulu Selangor."

Sehubungan itu, tambahnya, Khalid juga didesak supaya mengambil "perhatian serius perasaan tidak puas hati serta tuntutan rakyat Selangor."

Selain isu tersebut, memorandum enam perkara itu juga mengariskan perkara-perkara berikut:

- Mempertikai tindakan Khalid "menyelamatkan" Talam Corporation, sebuah syarikat milik kerajaan negeri, melibatkan pembayaran sebanyak RM391 juta.

- Mengutuk kenyataan penasihat ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

-malaysiakini

Ajijoi~ Inilah padahnya membiarkan Ibrahim Ali 'bebas' tanpa terikat dengan mana-mana parti. Dia membuat sesuka hatinya tanpa perlu bertanggungjawab kepada mana-mana pihak. Nak masuk Umno pun umno dah segan nak ambik dia balik. Pas, Pkr memang tak nak dia ni. DAP lagi la.

Nampaknya Ibrahim Ali dah ada kerjaya yang baru. 'Promoter' demo dinegeri-negeri Pakatan Rakyat.


No comments:

Followers