Monday, February 1, 2010

Zambry dicabar berdebat

IPOH, 1 Februari : PAS Perak melalui setiusahanya, Ustaz Misbahul Miunir Masduki menempelak kenyataan Dato’ Seri Zambry dalam wawancara Setahun Melayari Arus di Perak FM yang telah mencabar PR membubarkan 28 kerusi yang dimenangi secara sah dalam pilihanraya yang lalu.

Menurut beliau kenyataan ini bukan sahaja sombong bahkan ini menunjukkan kedangkalan Dato’ Seri Zambry dalam berpolitik.

Menurut beliau lagi pembubaran hanya boleh berlaku jika DUN Perak dibubarkan, di Perak hanya dengan pembubaran DUN membolehkan pilihanraya semula diadakan bagi memilih kerajaan yang baru.

Beliau juga menyatakan bahawa PR dipilih oleh rakyat melalui suara demokrasi yang sah, sedangkan pembentukan kerajaan BN adalah melalui cara rampas kuasa dan perkara ini jelas telah mengkhianati amanah rakyat.

Sehubungan dengan itu beliau berpendirian sepatutnya DUN Peraklah yang wajib dibubarkan, dan rakyat akan mengundi sekali lagi bagi memilih kerajaan yang baru.

Beliau juga turut mencabar supaya Dato’ Seri Zambry berdepan dan berdebat dengan Dato’ Seri ir Haji Nizar bagi membuktikan keupayaan masing-masing dalam tempoh setahun Prakatan Rakyat memerintah dengan setahun pemerintahan rampasan kuasa oleh Umno BN ini.

Memetik ucapan beliau “ Jika umno BN berani, kita cabar supaya siarkan debat tersebut secara langsung di media arus perdana”.

“Selepas berdebat, esok bubarkan DUN bagi membolehkan rakyat menjadi hakim yang adil dalam menilai pencapaian kerajaan masing-masing”.

Sehubungan dengan itu, beliau akan menghantar surat cabaran terbuka kepada Dato’ Seri Zambry untuk menawarkan pentas rakayt untuk merealisasikan debat antara Dato’ Seri ir Haji Nizar dan Dato’ Seri Zambry.

1 comment:

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) said...

Wahai Ajijoi,

Misbahul ini ada blog sendiri tetapi beliau menutup ruangan komennya.

Maknanya tiada komunikasi dua hala yang menunjukkan siapa dirinya yang sebenarnya.

Saya menyertai blog beliau dengan satu soalan tetapi TIADA JAWAPAN.

Dan soalan yang sama saya kemukakan dalam blog pro PAS yang lain termasuk blog Ajijoi ini.

Soalan itu ialah pemimpin PAS menuduh UMNO kafir kerana bekerjasama dengan parti bukan Islam dalam BN seperti MCA dan MIC. Tetapi sekarang PAS berkawan dengan DAP parti bukan Islam dan PKR parti sekerat Islam kita nak panggil PAS dengan gelaran apa?

Kalau soalan itu pun tidak dijawab langsung, apa guna berdebat?

Buat malu parti Islam ala PAS.

Bukan soalan itu saja nak ditanya. Banyak lagi.

Kalau tak dijawab macam mana soalan lain pula.

UMNO tak takut walaupun Misbahul mengatakan UMNO takut.

Kalau dia berani sangat jawablah soalan itu dengan jujur.

Cabaran yang dibuat oleh MB Yang Sah, DS Dr Zambry kepada PAS adalah wajar sebab berapa banyak IKLAN Bubar DUN telah dilakukan oleh pendukung PR (tak berdaftar).

Kalau betul berani jangan kata PR (tak berdaftar)dipilih oleh rakyat suara demokrasi yang sah.

Apakah BN yang dipilih membentuk kerajaan pusat dan negeri di Malaysia ini bukan menwakili suara demokrasi yang sah?

Saya tahu PR (tak berdaftar) adalah PENAKUT dengan cabaran itu.

Jadi apa perlunya berdebat sedangkan cabaran itu tidak disahut.

Kalau nak debat sahut cabaran mengosongkan kerusi PR (tak berdaftar) terlebih dahulu.

Barulah tahu JANTAN DAN BETINANYA seperti dalam filem NUJUM PAK BELALANG.

Sekian.

Followers