Tuesday, February 16, 2010

Umno perintah negara 52 tahun, siapa yang kaya?

Robert Kuok Kekal Orang Terkaya Di Malaysia

KUALA LUMPUR: Kekayaan 40 orang terkaya di Malaysia terus mencatat peningkatan dengan kekayaan mereka yang terkumpul bernilai RM156.7 bilion semalam atau 63 peratus lebih daripada RM96.3 bilion berikutan pemulihan dalam pasaran saham, demikian didedahkan hasil satu kaji selidik oleh Malaysian Business.

Bagaimanapun, menurut kenyataan hasil kaji selidik majalah itu yang dikeluarkan hari ini, kekayaan terkumpul mereka masih kurang daripada RM171.9 bilion yang direkodkan pada tahun 2008.

Penanda aras FBM KLCI telah meningkat 44.3 peratus sejak kaji selidik terakhir ketika masyarakat dunia berusaha bangkit semula berikutan krisis kewangan global.

Senarai penuh 40 orang terkaya dan maklumat mengenai kekayaan mereka telah diterbitkan dalam majalah itu dalam keluaran 16 Februari. Seperti tahun lepas, kekayaan 40 teratas itu dinilai berdasarkan kepada nilai saham mereka di dalam syarikat yang tersenarai semalam.

Kaji selidik itu juga menunjukkan hampir separuh daripada senarai yang tercatat tahun ini melonjak 50 peratus atau lebih.

Ada lebih jutawan tahun ini iaitu 22 orang - lebih lapan orang berbanding tahun lepas.

Tan Sri Robert Kuok dari Kumpulan Kuok yang melepaskan mahkotanya "Raja Gula" tahun lepas, masih mendahului senarai dengan kekayaan RM42.76 bilion, meningkat RM16.1 bilion daripada RM26.6 bilion, setahun lalu.

Hartawan telekomunikasi Ananda Krishnan berada pada kedudukan kedua dengan kekayaan RM27 bilion.

Tan Sri Lee Shin Chen dari IOI Corporation Bhd menduduki tempat ketiga dengan kekayaan RM11.92 bilion diikuti ahli perbankan terkemuka Tan Sri Teh Hong Piow dengan kekayaannya berjumlah RM10.86 bilion.

Tan Sri Lim Kok Thay dari Kumpulan Genting dengan kekayaan bernilai RM10.38 bilion, melonjak kepada kedudukan kelima. Ini kerana beliau mewarisi sejumlah besar kekayaan daripada mendiang bapanya Tan Sri Lim Goh Tong.

Tan Sri Quek Leng Chan dari Kumpulan Hong Leong menduduki tempat keenam dengan RM7.09 bilion manakala Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary dengan kekayaan bernilai RM6.01 bilion, menduduki tempat ketujuh.

Jutawan lain yang tersenarai dalam 10 teratas adalah balu Lim Goh Tong, Puan Sri Lee Kim Hua, Tan Sri Tiong Hiew King dari Rimbunan Hijau Group dan Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Group.

Lima muka baru dalam senarai itu ialah Lee Swee Eng dari KNM Group, Datuk Shahril Shamsuddin dan Shahriman Shamsuddin dari Sapura, Datuk Seri Nazir Razak dari CIMB Group dan Ong Leong Huat dari OSK Holdings, yang muncul semula dalam senarai itu selepas tiada dalam tempoh setahun. - BERNAMA

Senarai 10 Individu Terkaya Di Malaysia

1) Tan Sri Robert Kuok Hock Nien (Kerry Group/Kuok Group) RM42.76 bilion

2) Tan Sri T. Ananda Krishnan (Usaha Tegas) RM27b

3) Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Group) RM11.92b

4) Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) RM10.86b

5) Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) RM10.38b

6) Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) RM7.09b

7) Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (Al-Bukhary Foundation) RM6.01b

8) Puan Sri Lee Kim Hua (Genting Group) RM4.4b

9) Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau) RM3.5b

10) Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun (Berjaya Group) RM3.2b

-mstar.com

Ajijoi ~ Dimana orang Melayu yang kaya? Bukankah umno membela melayu? DEB katanya untuk bela melayu? Segala projek dalam negara dikaut orang melayu? Takkan seorang je nama melayu yang naik daripada 10?

Nak salahkan DAP lagi ke?

2 comments:

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) said...

Wahai Ajijoi,

Ajijoi memeprsoalkan UMNO memerintah negara selama 52 tahun tetapi kaum lain yang kaya.

Ajijoi tak perlu tanya orang lain tapi cuba tepuk dada sendiri.

Ajijoi anti BN dan dalam BN ada UMNO yang menjadi mastermind BN selama 52 tahun. BN telah banyak usahakan supaya umat Islam berbangsa Melayu mengubah sikap termasuk Ajijoi.

Pelbagai dasar, program dan aktiviti yang disasarkan kepada umat Islam berbangsa Melayu telah tersedia tapi orang macam Ajijoi banyak mempersoalkan kelemahan kerajaan berbanding kelemahan sendiri walaupun telah diberi peluang.

Peluang itu ialah pelajaran, kesihatan dan lain2 lagi yang telah disediakan oleh BN yang saudara anggap TIDAK ISLAM dan tak masuk syurga oleh parti dukungan saudara.

Dengan nikmat pelajaran dan kesihatan yang disediakan akhirnya Ajijoi memilih jadi kerani bank dan blogger menyebarkan dakyah dan propaganda politik yang ganjaran yang tidak diinginkan oleh Ajijoi iaitu sekupang dua berbanding RAJA GULA (bukan jual gula di tepi jalan) dengan ekuiti berjumlah RM42.76 bilion.

Kalau mengikut propaganda dan dakyah politik Ajijoi, orang Melayu tidak boleh senang macam Ajijoi sebab takut dituduh KRONI oleh PAS, DAP dan PKR.

Oleh itu, tidak ada KETELUSAN dalam memberi projek dan program disebabkan ia diberi kepada KRONI.

Pantang orang Melayu dan Islam dapat projek besar2 akan masuklah ke dalam blog ini kononnya yang dapat projek telah menghulurkan DUIT KOPI JANDA walaupun tidak bukti orang itu beri kepada ORANG YANG MEMBERI PROJEK.

Bagi Ajijoi, untuk masuk syurga itu semua tak perlu kerana yang hendak masuk neraka sahaja yang perlu jadi kroni.

Bukankah PAS itu Islam dan Islam itu PAS yang dijamin masuk syurga. Jadi tak perlu itu semua.

Bukankah mengundi UMNO dan BN masuk neraka kerana dasar UMNO dan BN adalah sekular, komunis dan tidak Islam seperti kata pemimpin dan idola kesayangan mak nenek moyang Ajijoi.

Jadi apa perlunya Ajijoi pergi sekolah tajaan BN, klinik dan hospital tajaan BN dan segala dasar dan program yang digubal oleh kerajaan yang dituduh KAFIR kerana mengekalkan perlembagaan penjajah.

Bagi Ajijoi, cukuplah hanya sekupang dua untuk masuk SYURGA tajaan PAS.

Oleh itu, tak payah RM42.76 bilion masuk dalam poket aku kecualilah KALAU ROBERT KUOK NAK BAGI, BAIK AKU AMBIL.

Biarlah kerajaan BN buat dasar dan program untuk bantu orang Melayu dan Islam.

Aku apa peduli nak jadi apa pun.

Aku bukannya BN tapi PR (tak berdaftar).

Walaupun PR (tak berdaftar) tak ada benda pun nak tolong aku, aku tetap plolitik cara aku, demokrasi cara aku dan baring atas jalan untuk ke syurga yang ditawarkan oleh PAS itu tetap aku pilih.

Jadi apa perlunya Melayu dan Ajijoi kaya, nanti tak masuk syurga PAS.

Sekian.

Unknown said...

Saudara yg tulis tu tak tau ke urusan negara ni mcm mana..tak tau beza antara parti politik dan kerajaan..memang org mcm ni le yg tak sedar diri anggap umno/bn ni mak bapak kamu yg punya.... tak pyh nak kenang jasa umno/bn...memang itu tugas kerajaan lah ....semua k'jaan kena beri pendidikan,kesihatan,pekerjaan,dll...habis tu kat jepun,australia,singapore..tu sume umno ke yg buat.....apalah bodoh punya manusia

Followers