IPOH 6 FEB Sempena genap setahun rampasan kuasa yang dilakukan BN di negeri Perak ini, Pakatan Rakyat Perak telah mengadakan ekspedisi menjelajah ke setiap daerah di negeri Perak untuk bertemu dengan rakyat. Bermula daripada pokok demokrasi di Ipoh dan akan berakhir di Parit Buntar (xpdc utara) dan Teluk Intan (xpdc selatan).
Berbanding dengan Zambry yang menyambut setahun berkuasa secara haram dinegeri Perak ini dengan mengadakan Solat Hajat dikediamannya dengan
mengeluarkan arahan supaya setiap masjid dinegeri ini menghantar 5 orang imam mereka kerumah Zambry. Ini amat berlawanan dengan usaha yang dilakuakan oleh Dato Seri Nizar dengan beliau sendiri yang turun padang untuk bertemu dengan rakyat dinegeri Perak ini.
Destinasi keseluruh daerah yang dipilih telahpun
diumumkan sebelum ini, dengan dua buah bas yang membawa pimpinan Pakatan Rakyat, satu ke utara dan satu lagi ke selatan.
Saya yang berkesempatan untuk bersama-sama didalam ekspedisi ini akan membawakan laporan bergambar sepanjang perjalanan seharian kami bertemu dengan rakyat.

Tuan Guru Haji Abu Bakar Hussain membacakan doa
sebelum ekspedisi bermula

Pimpinan Pakatan Rakyat yang bersama-sama
mengaminkan doa untuk rakyat Perak

Ramai yang turut serta menghantar pimpinan berekspedisi
yang bermula di bawah pokok demokrasi

Muslimat juga turut serta bersama

Bersedia untuk menaiki bas

Isteri dan anak-anak Dato Seri Nizar juga turut serta

Lambaian seorang Menteri Besar yang berjiwa rakyat

Tuan Guru Haji Abu Bakar, Pesuruhjaya Pas Perak mengetuai
bas ke selatan bersama Ustaz Misbah, Sdr Mustafa Kamil Ayub
dan pimpinan yang lain.

YB Khalil Idham Lim, Adun Titi Serong yang menjadi
'pemandu pelancung' kami hari ini

Bas XPDC Jelajah Daerah yang membawa pimpinan
Pakatan Rakyat bertemu rakyat
No comments:
Post a Comment