'Blog sebagai Arena Dakwah dan Bukan Medan Memfitnah
ü Penulisan dengan menyebarkan maklumat yang baik akan menghasilkan pahala yang berpanjangan, manakala penyebaran berita dengan niat jahat menghasilkan dosa berterusan
ü Jangan hanya fikir populariti dengan jumlah pelawat yang ramai serta Alexa ranking dan sebagainya menjadi asas kepada posting dalam blog.
ü Blogger jangan syok sebar fitnah
ü mengingatkan para blogger supaya tidak ghairah menyebarkan maklumat yang boleh memecahbelahkan masyarakat biarpun maklumat tersebut difikirkan benar.
ü tidak semua yang benar boleh didedahkan apatah lagi jika yang benar itu boleh membawa kepada mudarat yang besar terhadap masyarakat.
ü Kita perlu meletakkan yang benar pada tempat yang betul,
ü Ada sesetengah blogger katanya syok apabila diberikan sesuatu maklumat lalu menyebarkannya tanpa memikirkan kesan negatif tersebut kepada masyarakat.
ü Ada dikalangan mereka suka mendapat upah untuk menyebarkan maklumat yang bohong.
ü Lebih penting, para blogger perlu memahami bagaimana islam mengajar kita agar teliti dalam setiap penyebaran maklumat mahupun berita.
ü contoh bagaimana islam mementingkan empat orang saksi sebelum mengabsahkan sesuatu fitnah, manakala jika tiada empat orang saksi, sebarang fitnah itu tidak dikira sah biarpun ianya benar-benar belaku.
ü Penulisan dengan menyebarkan maklumat yang baik katanya akan menghasilkan pahala yang berpanjangan, manakala penyebaran berita dengan niat jahat menghasilkan dosa berterusan.
ü "Jihad paling afdal adalah bercakap benar”
'Menguruskan Potensi Media Baru dalam Merekayasa Pengaruh Politik: Pemikiran Informasi Sebagai Strategi Menurut Perspektif Future Studies'
ü Beliau turut mengakui bahawa peranan blog cukup penting di kurun ke 21 ini.
ü Ianya telah dibuktikan dengan kemenangan besar Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke 12 lalu.
ü Suhubungan itu, melibatkan diri dalam aktiviti blog sekarang ini adalah satu kemestian yang perlu dipelajari.
ü "Wajib mengambil peluang dari perkembangan teknologi ini dan perli di lakukan dengan akhlak,"
ü Blogger yang disifatkan beliau sebahagian dari dunia media mampu mempertahan mahupun menjatuhkan kerajaan.
ü "Tulisan blog boleh menjadi senjata tajam jika diguna untuk membela islam, tetapi boleh menjadi racun berbisa merosakkan masyarakat jika disalah guna
ü Para penulis blog juga perlu sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan agar penyebaran sebarang maklumat memberi manfaat kepada semua.
ü Manakala penganjuran konvensyen blogger PAS ini juga katanya langkah terbaik untuk memastikan bloger mempunyai matlamat jelas dan tahu untuk berperanan secara strategik.
ü "Oleh kerana kewajipan ini besar, maka adalah lebih baik ianya ditanzimkan (diorganisasikan)",
Disediakan Oleh
Mohd Hafez Sabri
( Pegawai Khas Pesuruhjaya PAS Perak )
No comments:
Post a Comment