Saturday, February 20, 2010

Konvensyen Blogger Pas Perak 2010: Tiba di dewan konvensyen

IPOH 20 FEB: Alhamdulillah, saya selamat tiba di Bangunan Bio Career, Parit Buntar untuk menghadiri Konvensyen Blogger Pas Perak hari ini. Bersama saya adalah blogger Anak Sengat, Sendiri Mau Ingat dan AlHusseyn.

Konvensyen kali ini adalah kesinambungan kepada 'Santai Blogger Pas Perak' yang diadakan di Gopeng pada tahun lalu.

Ketibaan kami disambut penuh mesra oleh wak Albanjari
dan YB Khalil Idham Lim (CinaIslam)

Pendaftaran untuk para blogger

Lobby bangunan Bio Career

Bagaikan berkonvensyen di hotel lima bintang

Dewan yang masih menanti ketibaan para bloggers

Auditorium yang bakal digegarkan didalam Misi Tawan Perak
hari ini

Kedudukan dimana saya berada

Lagi laporan yang lain akan menyusul. Wi-fi dibangunan ini begitu laju membangkitkan semangat untuk melaporkan yang tekini kepada pengunjung semua.

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...