Koordinator NGO Institut Pemikir Muda Malaysia Saudara Mohd Hafez Sabri menggesa anak-anak muda di seluruh negeri Perak untuk menjadi penentu perubahan politik pada pilihanraya DUN Perak yang dijangka berlaku dalam masa terdekat ini.
Menurut beliau, suasana politik masa hadapan di negari ini perlu diselamatkan daripada menjadi lebih teruk dan buruk selepas berlakunya rampasan kuasa oleh kerajaan umno pada februari tahun lepas.
Beliau menjelaskan, perkembangan situasi politik di Perak terkini menyaksikan sikap dan perangai sebenar pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang terus menerus meragut demokrasi di negara ini.
Justeru itu beliau menyarankan agar anak-anak muda yang akan menjadi pengundi pada pilihanraya DUN Perak tidak lama lagi perlu menterjemahkan satu perubahan situasi politik di masa hadapan.
Menurut beliau lagi, Institut Pemikir Muda Malaysia akan terus konsisten mengajak anak-anak muda di negara ini untuk bersama-sama aktif dalam membawa masa hadapan negara yang lebih baik dan cemerlang.
Oleh itu sumbangan tenaga dan fikiran anak muda akan menjadi pemangkin yang paling efektif untuk membawa perubahan kearah kebaikan dan kesejahteraan rakyat di negara ini.
Menurut beliau lagi, beliau sangat yakin dengan keterlibatan aktif generasi anak muda di negara ini mampu membina Malaysia menjadi sebuah negara yang hebat di pentas dunia.
Bagi beliau, anak-anak muda yang majoritinya mempunyai semangat perjuangan yang kental merupakan aset penting yang perlu disepadukan untuk perubahan arus politik di negara ini.
Tambah beliau lagi, diperingkat kesatuan ngo anak muda seluruh malaysia mereka menggesa supaya anak-anak muda bersama dengan denyut nadi arus perubahan dunia yang semakin hebat.
Memetik ucapan beliau ” Saya yakin anak muda sedang bersungguh bekerja untuk perubahan politik di seluruh dunia dan kini sudah tiba masanya anak-anak muda berperanan secara aktif di pentas glokal dan global dan tidak hanya menjadi pemerhati kepada proses perubahan besar ini.”
” Saya juga yakin bahawa generasi anak muda masa kini semakin celik dan bijak politik. Malahan mereka juga semakin terdedah dengan maklumat yang pantas dan tepat serta tidak bergantung kepada hanya maklumat yang bersifat sensasi dan mengelirukan.
Kehadiran generasi anak muda berinformasi pasti mampu diterjemahkan dalam satu kerangka besar perubahan politik di negara ini ”.
Bagi beliau, suasana politik di Perak telah banyak mengajar dan memberi erti kepada generasi muda berkenaan demokrasi, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Pencemaran demokrasi yang diaksikan oleh ADUN-ADUN UMNO/BN Perak semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Perak yang lepas hanya menyerlahkan lagi siapakah menjadi dalang kepada pencemaran demokrasi yang telah menggelapkan
ruang lingkup sistem demokrasi di negara ini. jelas beliau.
Institut Pemikir Muda Malaysia, akan terus memastikan agenda generasi muda membawa perubahan politik di negara ini akan disambut dengan semangat perjuangan yang ikhlas,kental dan bersemangat, tegas beliau.
“ Kita juga yakin kini semakin ramai pejuang-pejuang muda yang akan terus menyumbangkan bakti,idea dan tenaga bagi menjayakan agenda besar arus perubahan di negara ini” memetik kata-kata beliau.
Beliau juga menggesa generasi muda mendaftar sebagai pengundi dengan dengan segera. Mulakan langkah besar ini dengan generasi muda menjadi pemilih yang bijak dan bermaklumat untuk membawa perubahan politik di negara ini. Tekanan, ancaman dan ugutan yang semakin hebat dikenakan mutakhir ini hanya menjadi penguat dan iltizam kepada generasi muda untuk merealisasikan perubahan besar ini.
PRU-13 adalah detik yang cukup penting untuk generasi muda. Ini dan saat ketikanya generasi muda menjadi gelombang besar baru dan mampu menjadi penyelamat kepada negara ini dengan membawa sistem siasah dan harapan baru untuk Malaysia yang lebih demokratik, jelas beliau.
No comments:
Post a Comment