Showing posts with label umno. Show all posts
Showing posts with label umno. Show all posts

Saturday, January 28, 2012

YB Hamidah sabotaj program besar Najib dengan adakan Konsert Jamal Abdillah?


Dijangkakan kira-kira 50,000 orang terdiri daripada pemimpin negara dan orang awam akan hadir untuk memeriahkan sambutan Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina 2012 (Peringkat Kebangsaan) di Sitiawan, Perak, pada 28 Januari ini.

Sudah pastinya pihak kerajaan terutamanya kerajaan negeri Perak akan memastikan orang ramai berkunjung kesana untuk bersama-sama dengan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak dan juga Zambry Abdul Kadir dalam program tersebut.

Namun begitu, menurut blog yomamaparpu, terdapat sabotaj daripada pihak dalaman Umno negeri Perak sendiri apabila dimasa yang sama menganjurkan Konsert Jamal Abdillah di Stadium Indera Mulia, Ipoh. Konsert ini bertujuan untuk mengalihkan perhatian orang ramai daripada menghadiri program Najib dan Zambry di Sitiawan.

Yang paling menariknya menurut blog itu lagi, sabotaj ini dilakukan oleh YB Hamidah Osman kerana namanya tidak tersenarai sebagai calon di PRU-13 nanti.

Lagu buat Kak Midah....tapi bukan dinyanyikan Najib mahupun Zambry kerana mereka takkan kata "Aku Maafkan Kamu"

Skandal dalam Umno Perak buat Najib bertandang lagi


Skandal Bakal ADUN Umno-APCO Perak Makin Terbongkar!

Senario di Negeri Perak semakin PANAS, terutamanya di kawasan Beruas.

Azman Noh (tengah) yang memegang jawatan Naib Ketua Umno-APCO Bahagian Beruas telah melakukan 'onar' dan memalukan orang-orangnya di negeri bijih timah itu.

Apa yang berlaku ini patut digunakan sepenuhnya oleh Pakatan Rakyat sekiranya Azman Noh ini di calonkan untuk bertanding pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Sebelum ini, beliau pernah di hadapkan di mahkamah atas dakwaan rasuah.

Baca petikan di mstar pada 2009 seperti di bawah :-

"Tertuduh Azman Noh, 42, yang juga merupakan seorang kontraktor didakwa secara rasuah memberi suapan RM300 kepada Davad @ Daud Parman pada 11 Oktober lepas di sebuah rumah beralamat No.10 A, Kampung Sungai Ramai, Air Tawar dekat sini kira-kira 12 tengah malam.

Azman yang juga bekas seorang pendidik didakwa melakukan perbuatan itu sebagai dorongan supaya Davad @ Daud melakukan satu perkara iaitu memilihnya bagi jawatan Naib Ketua Umno-APCO bahagian itu dan Abdul Manaf Hashim bagi jawatan Ketua Umno pada pemilihan bahagian Beruas pada 12 Okt lepas."

Kali ini, ceritanya lebih menarik kerana ia melibatkan skandal seksyang terhebat di Negeri Perak.

Menurut sumber-sumber yang sangat rapat dengan beliau, Azman dan 'pasangan wanita nya' telah menghabiskan banyak masa yang 'intim' di Singapura dan juga Haadyai, Thailand.

Mereka dikhabarkan tinggal sebilik di tempat-tempat yang dilawati ini dan berkelakuan seperti 'suami isteri'.

Malah yang paling memalukan ialah apabila mereka juga berani tinggal sebilik semasa Perhimpunan Agong Umno-APCO tidak berapa lama dahulu.

Dikhabarkan, 'skandal' hebat mereka ini telah terbongkar seperti meletusnya gunung berapi yang sangat hebat.

Dikhabarkan juga 'pasangan wanita nya' ini sedang berperang besar dengan suaminya akibat terbongkarnya skandal ini.

Mungkin berbagai-bagai penafian boleh di lakukan oleh 'merpati dua sejoli' ini .

Adalah paling baik kalau sekiranya 'merpati dua sejoli' ini melakukansumpah laknat di dalam masjid bagi membuktikan mereka tidak bersalah.

Kalau mereka tidak melakukan sedemikian, bermakna mereka memang bersalah dan suami 'pasangan wanita' ini DAYUS sekiranya membiarkan perkara ini berlaku.

Eloklah apa yang berlaku di Beruas ini kerana Azman Noh berperangai seperti ini, manakala Dato Hamdi juga sama juga dua kali lima.

Salah seorang lagi yang turut merancakkan suasana ialah seorang cikgu sekolah bernama Cikgu Azizi yang kerja sampingannya membuat perniagaan menyewa khemah untuk majlis-majlis keraian.

Beliau yang sangat rapat dengan Ketua Bahagian, telah mendapat peruntukan dari MPP untuk menternak ayam dan kambing.

Setahu saya, mana boleh kakitangan kerajaan berniaga?

Apakah tindakan Guru Besar dan Jabatan Pendidikan Daerah berkenaan perkara ini?

Baguslah biar mereka semua berebut dan Pakatan Rakyat yang akan menguasai kawasan ini.

Selamat Berjuang!!!!!

Party leader and two others charged with bribery

Three charged: (From left) Beruas Umno division
vice-chief Azman Noh, businessman Johari Ibrahim
and primary school senior assistant Junaidi Abdul Hamid
were taken to Sessions Courts in Ipoh, Malacca and Kuala Lumpur
and charged with offering bribes during the Umno
division elections. All three denied the charges

PETALING JAYA: An Umno division vice-chief and two others have been charged with offering bribes during the party division elections last year.

Beruas Umno vice-chairman Azman Noh was charged at the Ipoh Sessions Court while primary school senior assistant Junaidi Abdul Hamid and businessman Johari Ibrahim were charged at the Kuala Lumpur and Malacca Sessions Courts respectively yesterday.

All three pleaded not guilty.

Azman, 42, a contractor, is accused of giving a RM300 bribe during the Beruas division elections to a Davad @ David Parman.

The payment was to ensure that Azman was voted in as the division's vice-chief. Azman won.

The money was also meant as an inducement for Davad to cast his votes for Abd Manaf Hashim and Azhar Ahmad, who were contesting for the division chief and deputy chief posts respectively.

Azman, who was arrested on Tuesday, is said to have committed the offence at a house in Kampung Sungai Ramai, Manjung, around midnight on Oct 11, 2008.

Judge Azhaniz Teh Azman Teh fixed bail at RM6,000 with one surety. Hearing was fixed for June 1.

In Kuala Lumpur, Junaidi, a senior assistant at a primary school in Raub, pleaded not guilty to giving RM200 each to two Umno members – Noranizah Abd Hamid and Adnan Samad – as an inducement to vote for Datuk Mustafar Kamal Abdul Hamid for the post of Raub Umno division chief and Datuk Abdullah Bakar as the deputy chief.

He is alleged to have committed both offences at the coffeehouse at the Grand Seasons at 8pm on Sept 13.

- Jalan Pulang

Wednesday, January 25, 2012

Rebutan kuasa Umno Gopeng kian parah, penyokong 'dilarikan' ke Jakarta & Bandung

Kemelut rebutan kuasa didalam Umno Gopeng telah lama kedengaran, namun mutakhir ini ianya semakin galak dan parah. Biarpun berkali-kali dinafikan, namun penyokong akar umbi telah mula menghidu sesuatu yang tidak enak di dalam bahagian tersebut.

Pilihanraya umum menjelang tiba, perebutan sesama mereka untuk menduduki kerusi Dun Sg Rapat masih berlangsung sehinggakan masih tiada kata putus siapakah bakal calon di Dun tersebut. Dan perlawanan ini bertambah rancak apabila bukan hanya kerusi Dun sahaja yang menjadi idaman malah kerusi Ketua Bahagian juga semakin tidak selamat. Peruntukan pilihanraya bakal digenggaman Ketua Bahagian, maka ada yang mula mengatur langkah untuk berkuasa menggenggam peruntukan tersebut.

Ketua Bahagian Umno Gopeng, Datuk Hamzah Kassim yang dikatakan bakal bertanding sebagai calon Dun Sg Rapat menggantikan Hamidah, kini ditentang oleh Timbalannya sendiri iaitu Mejar (B) Roslan Zakaria. Mejar Roslan kini dilihat semakin aktif memainkan peranan untuk merebut kedua-dua kerusi iaitu di Dun Sg Rapat dan juga Ketua Bahagian Umno Gopeng sekaligus. Dengan menggelarkan dirinya sebagai 'orang kuat' Zambry, perancangan yang dijalankannya tampak drastik dan licik.

Mejar Roslan adalah seorang yang bercita-cita tinggi untuk duduk di peringkat atasan di dalam Umno Gopeng, dengan mendapat bantuan daripada Musa Nordin, seorang AJK Bahagian yang juga bekas orang Datuk Hamzah. Musa kini bertindak sebagai kempen manager kepada Mejar Roslan dengan dijanjikan jawatan Naib Ketua apabila Mejar Roslan menduduki kerusi Ketua Bahagian nanti.

Gandingan Mejar Roslan dan Musa Nordin telah berjaya 'melarikan' ramai penyokong-penyokong Datuk Hamzah dengan tajaan bercuti ke Jakarta dan Bandung. Ramai diantaranya adalah Ketua Cawangan dan juga Timbalan Ketua Cawangan.

Tajaan bercuti selama 3 hari 2 malam tersebut telah berlangsung 2 minggu yang lalu dimana 17 orang telah dibawa ke Jakarta manakala selebihnya dibawa pula ke Bandung pada 28 Januari (Sabtu) ini.

Antara yang mengikuti percutian ini adalah:-

Zon Sg Rapat

Ketua Cawangan Medan Gopeng
Ketua Cawangan Rapat Jaya
Timbalan Ketua Cawangan Pengkalan Pegoh
Timbalan Ketua Cawangan Kg Pisang
Ketua Cawangan Station 18
Ketua Cawangan Changkat Larang
Ketua Cawangan Pengkalan Seberang

Zon Simpang Pulai

Ketua Cawangan Merawan Indah
Timbalan Ketua Cawangan Kg Tanjung

Zon Teja

Ketua Cawangan Tekah
Ketua Cawangan Batu 5
Ketua Cawangan Kg Kurnia

Turut bersama-sama dengan kumpulan ini adalah seorang daripada Jawatan Kuasa Bahagian.

Bakal tergulingkah kepimpinan Datuk Hamzah sebagai Ketua Bahagian Umno Gopeng? Berjayakah Mejar Roslan mendaki takhta di bahagian itu?

Luka di Umno Bahagian Gopeng sedang digaru-garu. Tidak lama lagi kudis tersebut akan menanah dan mengeluarkan bau yang cukup tidak enak. Kita tunggu dan lihat sejauh mana permainan merebut kuasa ini mampu bertahan.

- Pak Long

Sumber: Blog DPP Gopeng

Saturday, April 30, 2011

Najib nak meminang lagi


Bukannya meminang anak dara, andartu ataupun janda sebab nak kahwin lagi. Nak mampus? Mana dia berani dengan 'suami'nya si Rosmah tu. Bukan, bukan.

Najib meminang PAS lagi, untuk sertai BN. Tak faham-faham agaknya. Tuan Guru Nik Aziz daripada dulu lagi telah memberikan jawapan yang muktamad untuk Pas sertai Umno ataupun BN, ubah dasar kepada Islam maka Pas akan dibubarkan untuk bersama-sama memperjuangkan Islam didalam Umno dan BN.

Dah la tak nak melaksanakan Islam, yang terbaru kini cuba merosakkan lagi Islam di Malaysia dengan penyebaran video seks porno dan mengangkat sumpah untuk lepas daripada kesalahan.

Umno dan BN yang kini semakin membusuk dan hanya menantikan masa untuk luput, sudah pasti mencuba nasib sekali lagi untuk mendapatkan bantuan talian hayat daripada Pas yang semakin didekati oleh bukan sahaja orang-orang Melayu, malah bangsa yang lain juga yang telah menyaksikan prinsip Islam pegangan Pas didalam pentadbiran kerajaan negeri Kelantan dan juga Kedah yang diterajuinya.

Setelah memalitkan Anwar Ibrahim dan PKR dengan video seks, kini Pas pula cuba dipecahkan dengan 'peminangan' untuk bergabung. 'Divide and Rule', satu teori lama yang masih menjadi pegangan kuat Umno dan BN sudah pasti tidak akan berjaya mempengaruhi minda rakyat Malaysia yang kini mempunyai maklumat yang terkini dan sahih dihujung jari.

Semoga pimpinan PAS tidak akan termakan dengan permainan politik Najib Razak yang semakin NAZAK.


Najib sekali lagi ajak PAS sertai BN

KUALA TERENGGANU, 30 April — Datuk Seri Najib Razak meneruskan usahanya dengan hari ini sekali lagi mempelawa PAS agar menyertai BN sambil berkata, sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP atas alasan ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.

“Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam?

“Hadi (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN,” kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia dekat sini.

Najib (gambar) mengadakan lawatan kerja ke Terengganu hari ini.

Laporan Utusan Online memetik Najib memberitahu masa depan Malaysia sebenarnya lebih terjamin menerusi kepimpinan kerajaan BN dan Umno.

Kata Presiden Umno, parti itu yang akan menyambut ulang tahun penubuhan 11 Mei ini berkata ia lahir di istana dan bukannya lahir di jalanan seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Katanya, rakyat telah bijak untuk menilai kepimpinan yang benar-benar dapat memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.

Pelawaan BN-Umno hari ini bukan sesuatu yang baru khususnya sejak selepas pilihan raya umum ke-12 8 Mac 2008.

Ini termasuklah satu pertemuan membabitkan empat pemimpin kanan - masing-masing dua dari Umno dan PAS sempena majlis santapan bersama Yang di-Pertuan Agong di Istana Terengganu di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun menjelaskan isu di sebalik pertemuan 24 Disember itu, Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Januari lalu berkata, PAS telah mengulangi jaminan kepada rakan-rakannya dalam perikatan itu parti Islam itu tiada rancangan untuk menjalin kerjasama politik dengan Umno.

Anwar memberitahu, Hadi telah memberi penjelasan mengenai objektif pertemuan di Istana Terengganu.

“Kami berpuas hati dengan penjelasan. Sebagaimana dikatakan oleh (Mursyidul Am PAS Datuk) Nik Aziz (Nik Mat), PAS komited untuk bersama dengan Pakatan Rakyat.

“Tidak perlu untuk kita membangkitkan isu ini lagi atau meragui mereka,” kata beliau.

Bagaimanapun seminggu sebelum itu, Najib mengambil langkah untuk tidak mendedahkan hasil pertemuan bersama pemimpin 24 Disember lalu, yang dihadiri atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Nik Aziz, yang tegas dengan pendirian menolak idea kerajaan campuran antara PAS-Umno, juga hadir pada pertemuan itu.

Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan, telah berulang kali menekankan bahawa PAS tidak akan kembali menjalin kerjasama politik dengan Umno atas alasan telah dikhianati pada akhir 1970-an.

PAS pernah menyertai BN pada 1974 atas jemputan perdana menteri ketika itu Tun Abdul Razak, yang juga bapa kepada Najib.

PAS membentuk kerjasama dengan DAP dan PKR untuk mewujudkan perikatan PR pada April 2008.

Justeru PAS mengetuai kerajaan negeri Kelantan dan Kedah sekarang, Pulau Pinang pula wakil dari DAP manakala Selangor pula pemimpin PKR.

Selain pemimpin Umno sendiri Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria juga pernah mengatakan kesediaan mahu menjadi orang tengah antara PAS-Umno.Pelawaan BN-Umno hari ini bukan sesuatu yang baru khususnya sejak selepas pilihan raya umum ke-12 8 Mac 2008.

Ini termasuklah satu pertemuan membabitkan empat pemimpin kanan - masing-masing dua dari Umno dan PAS sempena majlis santapan bersama Yang di-Pertuan Agong di Istana Terengganu di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun menjelaskan isu di sebalik pertemuan 24 Disember itu, Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Januari lalu berkata, PAS telah mengulangi jaminan kepada rakan-rakannya dalam perikatan itu parti Islam itu tiada rancangan untuk menjalin kerjasama politik dengan Umno.

Anwar memberitahu, Hadi telah memberi penjelasan mengenai objektif pertemuan di Istana Terengganu.

“Kami berpuas hati dengan penjelasan. Sebagaimana dikatakan oleh (Mursyidul Am PAS Datuk) Nik Aziz (Nik Mat), PAS komited untuk bersama dengan Pakatan Rakyat.

“Tidak perlu untuk kita membangkitkan isu ini lagi atau meragui mereka,” kata beliau.

Bagaimanapun seminggu sebelum itu, Najib mengambil langkah untuk tidak mendedahkan hasil pertemuan bersama pemimpin 24 Disember lalu, yang dihadiri atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Nik Aziz, yang tegas dengan pendirian menolak idea kerajaan campuran antara PAS-Umno, juga hadir pada pertemuan itu.

Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan, telah berulang kali menekankan bahawa PAS tidak akan kembali menjalin kerjasama politik dengan Umno atas alasan telah dikhianati pada akhir 1970-an.

PAS pernah menyertai BN pada 1974 atas jemputan perdana menteri ketika itu Tun Abdul Razak, yang juga bapa kepada Najib.

PAS membentuk kerjasama dengan DAP dan PKR untuk mewujudkan perikatan PR pada April 2008.

Justeru PAS mengetuai kerajaan negeri Kelantan dan Kedah sekarang, Pulau Pinang pula wakil dari DAP manakala Selangor pula pemimpin PKR.

Selain pemimpin Umno sendiri Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria juga pernah mengatakan kesediaan mahu menjadi orang tengah antara PAS-Umno.

Saturday, March 5, 2011

Adnan Yaakob tak berani menjawab isu Pas sampai ke sudah

Adnan Yaakob hanya pandai mencarut, tak pandai menjawab isu

Malang sungguh warga Pahang bermenteri besarkan seorang samseng yang bernama Adnan Yaakob. Langsung tidak bertanggung jawab untuk menjawab isu-isu yang perlu diketahui warga Pahang mengenai ketidak cekapan dalam mengurus tadbir kerajaan negeri.

Daripada hari mula berkempen sehinggalah hari terakhir, pelbagai isu-isu yang berkenaan dengan pentadbirannya yang rakyat perlu tahu, tidak berani untuk dijawabnya. Seolah-olah dia tidak perlu bertanggungjawab terhadap pentadbirannya dan rakyat Pahang tidak perlu tahu apatah lagi menyoal beliau mengenai perkara-perkara tersebut.

Hanya Umno yang tahu dan boleh memerintah, itulah kata-kata yang dipahatkan ke kepala orang-orang Melayu yang masih menyokong mereka. Jika beginilah caranya Umno memerintah, tidak perlu bertanggung jawab, tidak payah menjawab isu, siamang di hutan Pahang juga berupaya untuk duduk dikerusi beliau sekarang ini.

MB Pahang perlu jawab pendedahan PAS

TEMERLOH, 4 Mac: PAS mahu Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menjelaskan kemana peruntukan RM1 juta setahun kepada setiap ahli parlimen dan RM500 ribu kepada ahli dewan undangan negeri (Adun) itu disalurkan.

Pengarah Pilihan Raya Kecil PAS bagi PRK Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perkara itu dipersoal kerana melihat kepada kegagalan pembangunan kawasan-kawasan di negeri ini termasuk Kerdau yang masih ketinggalan dari pelbagai aspek.


"Berapakah peruntukan kerajaan negeri bagi pembangunan setiap Dewan Undangan Negeri?

"Ternyata bahawa kegagalan pembangunan adalah akibat ketidaktelusan, ketirisan, kebocoran dan amalan kronisme," katanya pada sidang media markas induk PAS di sini.

Turut serta pada sidang media hari ini, Pengerusi Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman.

Tambahnya, Kerdau telah ketinggalan dalam arus pembangunan sejak 53 tahun lalu dan jika calon BN dibiarkan menang lagi, maka Kerdau akan terus mengalami zaman kemunduran.

Beliau turut membawa fakta yang dikeluarkan Yayasan Pahang, bahawa sebanyak 25 ribu pelajar miskin telah diberi bantuan di seluruh negeri.

Selain itu, terdapat 8,000 pelajar di negeri ini dilaporkan buta huruf berpunca dari faktor kemiskinan.

"PAS mahukan menteri besar Pahang supaya berterus terang masalah-masalah yang gagal diselesaikan.

"Dalam tempoh tujuh hari berkempen, PAS telah mendedahkan pelbagai urus tadbir yang lemah dan tempang khususnya dari segi kewangan dan belanjawan, ketirisan serta hutang yang ditanggung oleh kerajaan negeri dibawah kepimpinan Umno BN," katanya.

Sebelum ini, Adnan mendakwa PAS akan ketandusan isu di Kerdau namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Sehingga hari ini, pelbagai isu yang didedahkan PAS namun tidak dijawab oleh menteri besar itu.

Sehubungan itu, PAS mahu Adnan mengakui kelemahan urus tadbirnya atau berdepan kemarahan rakyat dalam undi mereka di PRK Kerdau, 6 Mac ini.

Tuesday, March 1, 2011

Undi Pos bertambah, Zambry dan Umno Perak mahu jadi wakil pos?

Kebimbangan Umno Perak dengan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat menampakkan realitinya apabila mereka beralih kepada taktik menggunakan undi pos untuk menang mudah pada pilihanraya yang akan datang.

Pertambahan yang ketara disemua dun yang diwakili oleh Umno membuktikan betapa pengecutnya mereka untuk berdepan dengan rakyat, mengambil jalan mudah dengan menggunakan undi pos.

Hamidah Osman yang kononnya hebat juga dikatakan mengharapkan tuah undi pos kali ini.

Statistik pilihanraya di Perak mungkin menunjukkan betapa Umno akan tersungkur jika diadakan pilihanraya waktu yang terdekat ini. Taktik bacul dengan memperalatkan undi pos bukanlah perkara baru buat Umno, tetapi dengan pertambahan yang ketara menjelaskan lagi kebimbangan mereka.

Setelah 2 tahun Umno Perak berkuasa dengan merampas kerajaan negeri, kini mereka rela untuk terus berkuasa walaupun sebenarnya hanya menjadi WAKIL POS, bukannya wakil rakyat.

5,669 undi pos bertambah di Dun diwakili Zambry

PETALING JAYA, 1 Mac: Timbalan Pengarah Pilihanraya PKR Perak, Chan Ming Kai telah mendedahkan kemasukan pengundi pos besar-besaran di kawasan-kawasan Dun diwakili Umno BN di Perak pada tahun 2010.

Bercakap dalam sidang media mingguan parti di sini, hari ini, beliau memberi contoh, di Dun Pangkor yang diwakili Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir telah menerima kemasukan 5,669 pengundi pos berbanding hanya 368 yang keluar pada 2010.

Katanya, bilangan pengundi pos kini mencapai hampir separuh daripada jumlah 26,000 pengundi di Dun Pangkor yang merupakan sebahagian daripada Parlimen Lumut.

Katanya, calon PKR tewas hanya 298 undi di Parlimen Lumut kepada calon MCA BN pada Pilihan Raya Umum 2008.

Ming Kai juga menjangkakan Umno akan memberikan tumpuan untuk menambah pengundi pos di Dun Sungai Rapat yang diwakili oleh Exco Kanan, Hamidah Osman yang hanya menang tipis 636 undi dengan calon PAS.

Katanya, pada 2010 sebanyak 248 pengundi pos masuk ke Dun itu.

“Usaha ini jelas untuk memberi manfaat kepada Umno. Kawasan-kawasan majoriti Cina seperti Canning Garden yang juga mempunyai kem tentera tidak pula melihat pertambahan undi pos,” katanya.

Beliau yang juga Adun Simpang Pulai khuatir wujud penyalahgunaan undi pos dan meminta SPR serta Kementerian Pertahanan menjelaskan perkembangan itu.

Selain Pangkor, pertambahan ketara pengundi pos ialah di Dun Kamunting yang menerima 1,102 berbanding keluar 146, Temenggor (masuk 690, keluar 38), Pengkalan Hulu (masuk 506, keluar 117), Chenderiang (masuk 255, keluar 31) dan Sungai Rapat (masuk 248, keluar 31).

Friday, November 19, 2010

Umno Perak akur kuasa blog dan facebook


Kesilapan tarikh perayaan Aidil Adha yang dilakukan Umno Perak di banner-banner mereka (gambar bahagian atas) telah mendapat teguran (tidak kurang juga kecaman) daripada orang ramai melalui blog-blog dan juga laman facebook.

Namun begitu, kesilapan tersebut telahpun diperbetulkan (gambar bahagian bawah) agar rakyat tidak lagi terkeliru.

Begitulah kuasa blog dan juga facebook yang kini semakin meluas penggunaannya serta begitu berkesan dan berpengaruh didalam menyatakan sesuatu kesilapan mahupun kebenaran.

Umno Perak telah akur akan kuasa media baru tersebut dengan membetulkan kesilapan yang dilakukan.

Semoga segala tindak tanduk Umno Perak kemudian hari disemak terdahulu (terutamanya yang berkaitan dengan agama) sebelum membuat sesuatu pekerjaan.

Friday, September 24, 2010

Doa Mahathir dan Utusan Malaysia

'Melayu Hilang Kuasa'. Itulah sahaja modal Mahathir dan juga akhbar Penyebar Fitnah Rakyat, Utusan Malaysia untuk mengetuk tempurung kepala orang-orang Melayu Umno agar terus menyokong dan menggendong sebuah parti perkauman tertua di Malaysia sebelum rebah menyembah ke bumi.

Sebenarnya, yang amat mereka takutkan bukanlah hilangnya kuasa Melayu itu tetapi hilangnya kuasa mereka sendiri untuk terus menerus mengaut keuntungan negara selagi hayat masih ada.

Adakah dengan kuasa pemerintahan ditangan PAS, Melayu akan kehilangan kuasa? Bukankah PAS dipimpin, didokong dan disokong oleh orang-orang Melayu? Begitu juga bilangan orang-orang Melayu yang bersama-sama dengan PKR. Adakah orang Umno sahaja yang dikira sebagai orang Melayu?

Retorik yang senantiasa dimainkan oleh kuda tua Umno, Mahathir dan juga lidah bercabang mereka, akhbar Utusan ternyata bakal memakan diri sebagaimana isu-isu sebelum ini yang dimainkan secara berlebihan sehingga mendatangkan mual rakyat semakin menebal terhadap Umno.

Mimpi ngeri pemimpin Umno akan kehilangan pelukan kuasa nampaknya semakin menyiksakan dan dengan berkat doa oleh Mahathir dan juga akhbar Utusan sepertimana yang mereka paparkan besar didada akhbar mereka akan menjadi kenyataan.

Masinlah hendaknya lidah Mahathir dan Utusan tu...tajuk akhbar tu sepatutnya 'Umno Hilang Kuasa' dan bukannya mempergunakan sentimen Melayu untuk meraih sokongan. Melayu sekarang bukannya sepertimana Melayu saluran satu.
Melayu saluran satu kian pupus seperti juga kuasa Umno yang punya tarikh luput.

Tuesday, August 31, 2010

Umno bertambah ligat tabur fitnah dipenghujung Ramadhan

Fitnah terbaru daripada Umno yang tak henti-henti mencemarkan Ramadhan

Umno juara fitnah, cetus sentimen agama
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal kerana Umno terus memainkan intrumen fitnah bagi memburukkan Imej PAS dan Pakatan Rakyat, walaupun masih berada dalam bulan Ramadhan.

Pemangku ketuanya, Herman Samsudeen berkata, tindakan cybertrooper Umno yang menggunakan nama "PAS Beruk" mencipta dan menyebarkan gambar super impose yang kononnya Lim Guan Eng sedang menyembelih lembu korban untuk umat Islam dengan tagline "Sanggupkah kita lihat jika jadi begini? Dalil apa lagi nak halalkan perbuatan DAP??" adalah keterlaluan dan sengaja mencetus sentimen agama.

“DPPWP kesal kesal budaya fitnah terus membiak dalam Umno walaupun dalam bulan Ramadhan ini. Begitu jauh mereka tersasar dari hidayah Allah,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Baginya, demi kepentingan politik mereka, gambar sedemikian dicipta, walhal gambar sebenar adalah menunjukan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sedang menyembelih lembu korban untuk rakyat.

Katanya, gambar berkenaan sengaja direka dengan harapan rakyat melihat bahawa kerjasama PAS dan DAP kononnya merosakan Islam.

“Hal sebegini sudah berakar umbi dalam Umno sehingga diwarisi oleh anak-anak muda hingusan yang baru bersama Umno,” katanya.

Sebelum ini, media Umno-Utusan Malaysia memutar belitkan fakta dengan menyebarkan kepada rakyat yang ahli parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching beri 'tazkirah' dalam surau di mana ucapan aluan sengaja ditukar kepada 'tazkirah' bagi mencetuskan polemik awam.

Dua hari lepas, Tan Sri Zainuddin Maidin yang juga mantan Ketua Penerangan Umno pula menyebarkan fitnahnya dengan mengatakan PAS mahu rampas harta Cina semasa peristiwa 13 Mei dan PAS kononnya turut menyokong tindakan Indonesia menyerang Malaysia semasa konfrontasi.

“Semua ini adalah fantasi Umno. Kini mereka bermain gambar pula, sama seperti gambar Zaid minum arak yang mereka cipta di Hulu Selangor. Tindakan ini menunjukan Umno semakin kehabisan modal untuk burukkan PAS dan Pakatan rakyat,” katanya lagi.

Sehubungan itu, DPPWP berharap pemimpin dan ahli Umno bertaubat.

Katanya, semakin banyak fitnah disebar, semakin terdedah keburukan Umno, semakin banyak fitnah disebar, semakin meluat rakyat kepada Umno.

“Malulah kepada bukan Islam, malulah kepada umat Islam, malulah kepada Allah kerana perbuatan fitnah ini begitu jijik dan jauh lebih dahsyat dari membunuh. Ianya tidak akan diterima oleh mana-mana kaum dan agama sekalipun,” ujarnya lagi.


Cukup-cukuplah tu tabur fitnah wahai Umno. Bertaubatlah dipenghujung Ramadhan ini.

Sunday, August 22, 2010

Bulan Islam baru ciptaan Umno

Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia. Sekecil-kecil manusia sehinggalah setua-tua manusia. Semuanya tahu nama bulan Islam ini.

Agak memeranjatkan apabila timbul satu bulan Islam yang baru ciptaan pemuda Umno. Bulan yang ke tigabelas agaknya. Bulan Ramadahan namanya.

Mungkin ini merupakan bulan dimana umat Melayu berpuasa mengikut adat bukannya mengikut syariat. Contohnya: berpuasa tetapi tidak solat. Berbuka dengan hiburan sehingga terlepas solat Maghrib dan banyak lagi...

Agaknya lah....

Perhati betul-betul banner di atas. Bahasa Arab yang digunakan juga memeningkan pelancong-pelancong Arab yang ramai berkunjung ke Malaysia. 'AHLAN WASAHLAM'? Jenuh pak Arab membuka kamus mencari maknanya. Pakcik-makcik dikampung tambah-tambah lagi la tak fahamnya.

Ini semua Pemuda Umno punya kerja.....

Yang ini pula mungkin bulan yang ke empatbelas. Bulan Islam ada 12 tapi mereka tambah 1Umno disebelah kiri tu dengan 1Malaysia disebelah kanan tu. Jadilah 14 bulan kesemuanya. Bulan baru ni namanya Ramadzan.

Sebab terlampau sibuk dengan masyuk bulan puasa ni dibazaar ramadhan berniaga murtabak, Ramadhan Al Mubarak dah jadi 'RAMADZAN AL MURABAK'. Memang koyak-RABAK bahasa ibunda dilacur Umno.

Kehancuran bahasa bertambah-tambah dengan sambutan ditukar menjadi sabutan. Umno tak habis-habis memalukan bangsa Melayu.

Pssstttt...mungkin banner ni umno sub print daripada cina mca kot....ataupun memang umno yang tak tahu mengeja disuruh order banner ni....

Tak tau le nak kata apa lagi pada umno ni....fikir-fikirlah sendiri

Friday, May 14, 2010

Zambry kehabisan modal

Menteri Besar Perak yang disahkan di Mahkamah, Zambry Abdul Kadir nampaknya sudah kehabisan modal dengan melakukan sesuatu yang sangat tidak masuk akal bila mempelawa Pemuda PAS di Perak meninggalkan parti dan menyertai UMNO dengan alasan Pemuda PAS ada minat yang tinggi terhadap UMNO sejak kebelakangan ini.

Zambry berkata kepimpinan Pemuda PAS Perak sentiasa memberi komen dan pandangan terhadap perkembangan UMNO dan dengan alasan itu Zambry mengatakan "mereka berminat kepada UMNO".

Sebenarnya Zambry diminta mengulas beberapa kenyataan Pemuda PAS Perak termasuk dakwaan bahawa UMNO Perak kini lemah dan tenat apabila perasmian serentak mesyuarat UMNO Cawangan tidak mendapat sambutan, kenapa pula sampai sejauh itu Zambry mengelamun , malah tidak menjawab soalan sebenar dari wartawan. Berikut adalah beberapa kenyataan saya dalam perkara berkaitan.

1. Saya sangat terkejut dengan kenyataan Zambry yang saya sifatkan sebagai sangat terdesak dan kehabisan modal untuk bercakap bila mengajak Pemuda PAS untuk masuk UMNO sedangkan apa yang dikeluarkan dalam banyak kenyataan Pemuda PAS selama ini bukan bermasud Pemuda PAS minat kepada UMNO, tetapi saya tegaskan adalah kenyataan-kenyataan yang menyatakan kebencian dan jijiknya UMNO dimata sayap kanan Parti PAS.

2. Sesunggunya pemuda PAS telah melalui proses tarbiyah yang terancang dan telah disusun rapi oleh PAS bagi memastikan mereka dihiasi dengan akhlak Islam dan jauh sekali untuk mencium "bau busuk UMNO" yang memiliki kepimpinan yang jauh sekali dari akhlak Islam.

3. Adakah kerana baru sekali mengadakan "usrah" dikediamannya Zambry sudah naik perasan sudah jadi pemimpin gerakan Islam dan lebih baik dari PAS. Kalau baru sekali Usrah sudah perasan jadi baik, bagaimana pula yang ada pada Pemuda PAS yang setiap minggu berusrah tentunya jauh kedepan dari Zambry yang baru melakukan Usrah. itupun saya yakin kerja sebeigitu adalah diluar kotak pemikiran UMNO yang Sekular itu.

4. Sepatutnya Zambry sedar golongan muda di Perak dan Malaysia amnya semakin benci dan muak kepada pemimpin UMNO yang menjadi "makluk perosak" di Malaysia. Selepas dibuktikan bersekongkol dengan yahudi laknatullah , menggadaikan Blok L dan M kepada Brunei dengan kerugian RM 320 Billion, sekali lagi malang datang lagi untuk golongan pemuda di Malaysia bila judi bolasepak diberikan lesen secara sah oleh menteri kewangan kepada Syarikat Berjaya.

5. Tidakkah pemimpin UMNO sedar bahawa indek dalam apa saja kegiatan salah laku dan jeyaah dijuarai oleh anak-anak muda Melayu, sedangkan pemimpin UMNO semacam membenarkan mereka rosak serosaknya, bila kegiatan sukan yang sihat itupun dibenarkan dalam bentuk perjudian di lebih 200 kedai TOTO seluruh negara bermula hari ini, saya tidak dapat bayangkan dosa yang tertanggug oleh Pemimpin UMNO yang membenarkan judi yang jelas haram disisi Islam. Malah menyokong UMNO berarti menyokong Judi yang "dihalalkan" dengan lesen oleh UMNO.

6. Kalau begitulah, sebenarnya Zambry selepas mengadakan usrah mestilah menyuruh Pemuda UMNO untuk masuk PAS untuk mengelakkan mereka terus dirosakkan oleh Pemimpin UMNO. Kedudukan UMNO yang bukan lagi penyelamat kepada Agama Islam dan bangsa Melayu mengesahkan bahawa UMNO mestilah ditinggalkan secapat mungkin.

7. Kerana itu saya mengesahkan bahawa Pemuda PAS memang berminat kepada UMNO, tetapi berminat untuk menyaksikan ianya cepat dikuburkan dibumi tercinta ini. Selamat tinggal UMNO !

Kenyataan Media, 13 Mei 2010

DRS. KHALIL IDHAM LIM
KETUA PENERANGAN PAS PERAK

Followers