Thursday, February 4, 2010

Saiful saksi pertama perbicaraan kes liwat

Mohd Saiful Bukhary Azlan memulakan keterangannya dalam perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, dengan menceritakan tentang dakwaan ajakan seks oleh ketua pembangkang itu.

Mohd Saiful adalah pengadu dalam kes tersebut dan merupakan saksi pertama pihak pendakwaraya.
Anwar dituduh melakukan kesalahan tersebut di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Dalam kenyataan pembukaannya, Peguamcara Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin berkata pihak pendakwaraya akan membuktikan bahawa kesan air mani Anwar ditemui dalam dubur Mohd Saiful.

Katanya, kesan air mani itu diperolehi oleh doktor dari sampel tisu.

Mohd Yusof berkata, pihak pendakwa akan membuktikan kesnya melalui keterangan oleh Mohd Saiful dan laporan ahli kimia, pakar forensik dan doktor.

Menurut Mohamed Yusof berkata, pihak pendakwaraya akan memanggilkan lebih 20 saksi untuk memberi keterangan dalam perbicaraan tersebut, yang didengar di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Dalam keterangannya, Mohd Saiful menceritakan bagaimana dengan bertemu dan Anwar dan bekerja dengannya.

Baca seterusnya di sini

3 comments:

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) said...

Wahai Ajijoi,

Saya rasa pelik kenapa MB Kelantan dan Husam sahaja yang datang sokong Anwar di Mahkamah.

Ajijoi dan kawan2 bagaimana?

Tak sokongkah?

Saya saran Ajijoi dan kawan2 yang muda2 sebulan jagung dan tua buluh selepas rebung pergilah ke KL beri sokongan tak berbelah bagi macam Nik Aziz dan Husam.

Bukankah Nik Aziz itu buah hati kesayangan Ajijoi.

Sebagai pengikut Nik Aziz, Ajijoi dan kawan2 patut hadir dengan berbondong2 dengan bas.

Kalau tak ada bas carilah kuda, lembu dan keldai tanda sokongan untuk Anwar.

Bagi Ajijoi dan kawan2, Anwar lebih baik dari Isa Samad dan Mohd Ali Rustam dari geng yang berlainan.

Demi PR (tak berdaftar), Ajijoi harus fikirkan.

Tapi jangan pula baring atas jalan dan menangis tak tentu pasal.

Tak molek orang tengok.

Tapi saya yakin Ajijoi tak terfikir untuk datang. Sayangnya terlepas peluang.

Mungkin Ajijoi terfikir tarikh 9/2 nanti.

Buat apa datang ke Putrajaya yang pemimpin PAS nak lelong tu.

Jumpa lagi.

Sekian.

Anonymous said...

puntung kaki rokok...kau nie kenape????tak sihat...kesiaaaan

Mama Izzah Nabihah said...

woi PKR,
patutnya si saiful tu kena sekali dituduh
section 377B-KK kata voluntarily commits carnal intercourse against the order of nature-
dalam statement dia tak kata pun dipaksa... rela semacam je aku tgk...
dia boleh dituduh bersubahat....tapi biasalah org lain cover! sape?
tepuk dada tanya akal memasing...
blah dulu

Followers