Monday, February 1, 2010

Amerika sudah tahu keputusan kes MB Perak?

Kuasa besar dunia, Amerika Syarikat bagaikan telah mengetahui keputusan kes Menteri Besar Perak yang akan diumumkan pada 9 Februari ini.

Mungkin pihak risikan CIA Amerika yang serba cekap dan canggih telah mendapat keputusan yang sahih didalam kes ini.

Oleh kerana itu, kerajaan Amerika yang dibawah pimpinan Presiden Obama telah menghantar wakil mereka untuk bertemu dengan pimpinan Pas Perak terutamanya Dato Seri Nizar Jamaluddin.

Wakil Kedutaan Amerika Syarikat En. Jeremy Nathan, Timbalan Penasihat Politik, Bahagian Politik, Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur telah memberikan kunjungan hormat kepada pimpinan Pas Perak di Pejabat Perhubungan Pas di Ipoh.

Wakil Kedutaan Amerika kagum dengan PAS

Jeremy Nathan bersalaman dengan Pesuruhjaya
Pas Perak, Tuan Guru Haji Abu Bakar Hussain

Jeremy Nathan menyatakan kekagumannya
kepada kepimpinan Dato Seri Nizar

Kunjungan Wakil Kedutaan Amerika En. Jeremy Nathan, Timbalan Penasihat Politik US Embassy di Kuala Lumpur dan En. Ravi Manickam pagi tadi telah disambut mesra oleh Al fadhil Ust. Abu Bakar Husein selaku Pesuruhjaya PAS Negeri, YB Dato' Seri Hj Nizar, Setiausaha Perhubungan PAS Negeri dan beberapa pimpinan Harian PAS yang lain.

Menandatangani buku pelawat Pejabat Pas Perak

Bergambar bersama

Dalam pertemuan tersebut, Pesuruhjaya PAS Negeri telah memberi taklimat tentang dasar-dasar perjuangan PAS dan perkembangan isu-isu politik terkini di Perak.

Manakala wakil kedutaan Amerika, Mr . Jeremy menyatakan hasratnya bertemu PAS Perak untuk mengetahui perjuangan PAS sebenar yang selama ini kegiatan dan perjuangan PAS tidak mendapat liputan yang tepat melalui media arus perdana. Beliau menyatakan kekagumannya kepada PAS yang begitu terbuka pemikiran dan tindakan, ia sangat berbeza dengan gambaran yang diterima dari pihak lain yang mengambarkan PAS sebagai fanatik agama, anti pembangunan dan berbagai persepsi negatif yang lain. Melalui kunjungan-kunjungan ke PAS Kelantan dan Terengganu sebelum ini ternyata semua tohmahan adalah palsu. PAS juga disifatkan bijak dalam menanggani apa sahaja isu seperti penggunaan kalimah Allah, perkauman, rasuah dan sebagainya. Beliau berjanji akan memberi gambaran sebenar tentang PAS kepada rakyat dan media Amerika.

Suasana meenjadi rancak dalam sessi dialog dan soal jawab, pimpinan PAS dan En. Jeremy masing-masing memberi pandangan terhadap isu-isu politik nasional dan Perak. Beliau begitu peka terhadap perkembangan politik di negara ini, dan ingin mengetahui isu sebenar dari sumber yang sah. Melalui pertemuan seumpama ini, beliau mendapat gambaran sebenar dari sumber yang benar dan tepat.

3 comments:

azman kamarul said...

Awat tak pi jumpa mb HARAM tu...dulu kata pi Amerika nak cari pelabur dah dapat kot!

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) said...

Wahai Ajijoi,

Wakil Yahudi jumpa wakil rakyat Islam.

Hebat tu Ajijoi. Memang hebat.

Wakil Yahudi memang boleh hebat kerana kagum dan terlalu kagum dengan Nizar (MB yang sah selama 11 bulan).

Hairan juga wakil Yahudi yang sekerat itu boleh kagum dengan wakil Islam.

Berapa banyak kagum daaaa...

Kalau mengikut sejarah Yahudi dan Islam, benarkah Yahudi boleh kagum dengan Islam?

Kalau begitu memang hebat Nizar. Susah nak dikatakan tak hebat dan tak cukup kata sekali hebat.

Mesti kata banyak kali hebat.

Maklumlah Nizar ini lebih popular dari Najib. Tak cukup kata sekali popular.

Mesti kata banyak kali popular.

Begitulah hebat dan popularnya blogger pro PAS membuat iklan POLITIK untuk menjual keluarannya dari kilang PR (tak berdaftar).

Kalau begitu juallah di AS sebab tak laku di Perak Darul Ridzuan.

Nizar hanya laku di Perak Darul Kartun. Kerana politik, negeri sendiri jadi mangsa hingga dipanggil PERAK DARUL KARTUN.

Ajijoi tinggal dan lahir di mana? PERAK DARUL RIDZUAN atau Perak Darul Kartun.

Sudah PASti jawapannya wahai Ajijoi.

Saya rasa jawapannya bukan PERAK DARUL RIDZUAN kerana sebab politik.

Bukan begitu Ajijoi.

Sekian.

Muzika Akustika said...

Puntung,
Najib memang popular. Popularity nya menjangkau Seantero(dibaca 1)dunia. bukan sekadar 1 malaysia sahaja. Tapi orang kenai dia bukan kerana dia bagus sangat, tapi kerana si Toya tu. Malang sungguh aku ber-PM kan seorang penjenayah.

Followers