Semalam berkatalah 'raja' Gagasan Melayu Perak, Datuk Seri Mohd Helmi Ismail, supaya gelaran Dato' seri kepada Mohammad Nizar Jamaludin, Bekas Menteri Besar Perak ditarik balik kononnya Nizar menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah atas keputusan Mahkamah Persekutuan dua hari lalu.
Nampaknya `raja' GMP ini hendak jadi juara membela institusi Kesultanan Perak yang selama ini dia dan kunco kunconya menuduh dan melebelkan Nizar sebagai penderhaka kepada Sultan Perak, sedangkan Dato' seri Nizar ketika itu hanya melafazkan `sembah derhaka' tetapi puak puak inilah yang memutarbelitkan Nizar sebagai penderhaka.
`Raja' GMP ini tidak faham ke hak multak Sultan Perak untuk memberikan anugerah kepada kepada sesiapa yang difikirkan layak? Kenapa beliau sibok sangat campurtangan hak Sultan Perak, atau beliau ingin menunjukkan dia lebih berkuasa sebab dia `Raja GMP. Tidak mutahil selepas itu `raja GMP ini bersama kunco kunconya akan berarak dan berdemontrasi di depan Istana Iskandariah Kuala Kangsar mohon Sultan Perak menarik balik gelaran Dato' Seri daripada Nizar. Ini memang kerja GMP yang suka buat tunjuk perasaan atas nama ketuanan Melayu.
Saperti kata Dato' Seri Nizar Jamaludin, kenyataan Helmi itu sebenarnya mencabar hak Tuanku Sultan dan institusi raja berpelembagaan kerana ia sudah termaktub dengan jelas penganugerahan sebarang gelaran adalah di bawah kuasa seseorang Sultan atau Yang Dipertuan Agong.
Helmi ini tidak tahu atau sengaja buat tidak tahu bahawa anugerah kurniaan pingat adalah hak multak Sultan? ,kenapa dia ``gatal mulut' seolah olah mencabar Tuanku Sultan. Sebenarnya dia sendiri telah menghina Sultan Perak dengan tindakannya mahu pihak Sultan Perak menarik balik anugerah yang diberikan oleh Sultan Perak kepada Dato' Seri Nizar Jamaluddin.
Kita tidak tahu atas agenda apa `raja GMP itu berkata demikian, adakah atas kepentingan politik untuk menunjukkkan dia seorang penyayang kepada Institusi Kesultanan Perak. Atau ada kepentingan lain, hendak dapat gelatan Tan Sri ke atau ada `udang sebalik batu'.
Saperti kata Dato' Seri Nizar, atas kepentingan dan agenda apakah Helmi mengutarakan isu ini, adakah beliau mencabar Tuanku Sultan atau pun ada agenda tertentu untuk kepentingan diri sendiri mahupun pihak tertentu.
Mungkinkah `raja GMP' dan kunco kunco ketuanan Melayu sakit hati kerana gelaran itu masih ada pada NIzar yang selama ini puak puak itulah yang melebelkan Nizar sebagai penderhaka . Mereka mahu jika anugerah itu ditarik balik balik ianya akan dijadi modal politik puak puak ini memang benarlah Nizar penderhaka kerana Tuanku Sultan telah menarik balik geklaran itu, itu sebenar motif puak puak ketuanan Melayu ini.
Selagi anugerah itu masih ada pada Nizar, hujah mereka tidak cukup kuat untuk melebelkan Nizar sebagai penderhaka kerana gelaran Dato' seri masih ada pada Nizar. Bila gelaran ini sudah ditarik balik oleh Sultan, barulah puak puak ketuanan Melayu rasa puas hati, mereka yang ke hulu ke hilir menjaja isu ini bahawa memang benarlah Nizar penderhaka sebab gelaran itu sudah ditarik balik.
Apakah `raja GMP' ingat pihak institusi kesultanan Perak akan `termakan' kata kata mereka? Tuanku Sultan bukannya `budak suruhan' GMP. Tuanku Sultan tidak akan terpengaruh dengan kenyataan `raja GMP ini.
Dalam perkara ini tidak pula Adun Rapat Setia, Datuk Hamidah Othman tampil ke depan mempertahankan institusi kesultanan Perak, sebelum ini dia yang kata Pakaran Rakyat telah menghina institusi Kesultanan Perak lantaran isu bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) Tetapi bila `raja GMP' dan `raja' ketuanan Melayu Perak itu menghina Sultan Perak apabila cuba campurtangan dalam anugerah yang diberikan Sultan Perak kerana sebarang anugerah adalah hak multak Sultan Perak.
Nampaknya `raja GMP' dan `raja' DUN Rapat Setia juga serupa, sama sama menyanyikan lagu `kita serupa'.
-JJ Anak Desa
No comments:
Post a Comment