Saturday, February 13, 2010

Utusan berbohong mengenai pembatalan perarakan Maulidur Rasul - Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR, Feb 13 — Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (gambar) telah mengesahkan bahawa perarakan sambutan Maulud Nabi tahun ini tetap diadakan dan menafikan laporan Utusan Malaysia yang mengatakan perarakan tersebut telah diharamkan. Laporan itu juga telah memulakan bantahan daripada pihak Umno.

Beliau menafikan dakwaan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai anti-Islam dengan membatalkan perarakan tersebut dan menjemput Timbalan Perdana Menteri itu untuk turut serta mengambil bahagian didalam perayaan yang berlangsung selama tiga hari pada penghujung bulan ini.

"Utusan Malaysia berbohong dan saya tidak mahu Muhyiddin Yassin memalukan dirinya sendiri dengan mempercayai pembohongan laporan itu," Lim berkata kepada The Malaysian Insider malam tadi.

Setiausaha Agung DAP itu yang kini sedang bergelut dengan pelbagai pertuduhan sebagai anti-Melayu dan punca kepada Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim keluar dari PKR sebagai memprotes terhadap kepimpinan beliau. Lim telah melalui pahit getir dalam memenuhi kehendak kaum Melayu dan umat Islam dengan mengambil bahagian didalam acara tahunan sambutan Maulud Nabi pada dua tahun yang lepas.

"Jangan politikkan isu ini. TPM tidak sepatutnya bergantung kepada maklumat yang belum disahkan seperti yang dilaporkan oleh Utusan. Laporan yang mengatakan kami mahu membatalkan perarakan itu adalah bohong semata."

"Saya mencabar TPM untuk menyertai sambutan itu bila diadakan nanti," katanya, sambil menambah bahawa media perdana telah dengan sengaja menyembunyikan berita sebenar atau melaporkan yang tidak betul mengenai negeri ini.

Lim juga telah mengharamkan Utusan Malaysia dan New Straits Times, akhbar harian yang mempunyai kaitan dengan Umno, sebagai apa yang dikatakannya telah melaporkan yang tidak benar dan enggan menyiarkan jawapan balasnya.

Muhyiddin, Timbalan Presiden Umno, telah memberikan komen kepada laporan Utusan mengenai pembatalan perarakan tersebut, berkata ianya mungkin disebabkan oleh isu keselamatan akibat situasi politik yang hangat ketika ini berikutan pertelingkahan di antara DAP dan beberapa pimpinan PKR di sana.

Umno dilihat telah cuba menambah kekuatannya dengan mengambil kesempatan diatas permusuhan diantara kerajaan berbangsa Cina dengan pemimpin Melayu yang kecewa.

Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi juga telah menyuarakan pendapatnya didalam isu ini dengan berkata pembatalan perarakan itu memberikan gambaran bahawa kerajaan negeri berpendapat bahawa perarakan itu boleh mengancam keselamatan.

"Pemikiran yang sebegini tidak sepatutnya dimiliki sebuah kerajaan negeri kerana sambutan Maulidur Rasul telah disambut setiap tahun," katanya lagi seperti yang dilaporkan oleh agensi berita Bernama.

-diterjemah daripada The Malaysian Insider

1 comment:

adf55650 said...

Adakah Lim Guab Eng tarik balik kenyataan selepas mendapat reaksi dari Utusan?

Followers