LAPORAN KECURIAN BALAK DI GERIK KEPADA SPRM
Saya menerima satu maklumat mengenai kes kecurian kayu balak di Gerik, maka atas tanggungjawab sebagai seorang yang bermastatutin di Perak dan dipilih oleh rakyat sebagai salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Perak maka saya ingin melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai mana maklumat berikut:
1. Pihak Jabatan Hutan Negeri Perak telah menyita satu kawasan longgokan/simpanan kayu balak yang siap dipotong dan siap untuk diangkut keluar. Saya telah melawat tempat tersebut dan mendapati sebanyak 24 longgokan kayu balak dengan kayu yang bernilai tinggi dengan anggaran kasar saya sebanyak lebih RM 1juta.
2. Lokasi longgokan tersebut terletak di batu 11 Jalan Gerik ke Kelantan (Jalan timur barat) dan terletak tidak jauh dari jalan utama tersebut.
3. Oleh itu saya beranggapan kawasan kayu balak yang dicuri adalah terletak tidak jauh dari kawasan longgokan kayu yang disita oleh Jabatan Hutan tersebut.
4. Saya telah melawat ke lokasi kayu balak yang disita oleh Jabatan Hutan Perak pada 24 Januari yang lepas bersama Unit Amal Gerik dan Lenggong.
5. Menurut maklumat yang saya perolehi, samua kenderaan pengangkut dan yang lain telah dirampas oleh Jabatan Hutan dan disimpan di Stor Jabatan Hutan di Sungai Siput.
Terdapat saksi mata yang melihat kenderaan tersebut dikonvoi oleh pihak Jabatan Hutan menuju arah ke Kuala Kangsar.
Berdasarkan maklumat dan gambar yang saya lampirkan bersama laporan ini, maka saya dengan ini mendesak pihak SPRM:-
1. Satu siasatan yang menyeluruh mestilah dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sekiranya terdapat unsur penyalahgunaan kuasa dan rasuah kepada pihak-pihak yang berkaitan dengan urusan meluluskan kawasan balak di Negeri Perak sehingga Jabatan Hutan bertindak menyita kayu balak tersebut.
2. Saya mendesak supaya kes ini tidak disembunyikan dari pengetahuan umum kerana khazanah hutan di Perak adalah milik semua rakyat Perak.
3. Semua pihak yang terlibat mestilah dibawa kemuka pengadilan dan dihukum setimpal dengan peruntukan undang-undang yang sedia ada.
4. Siasatan juga mestilah meliputi pihak syarikat yang bertanggungjawab menebang hutan tersebut, pihak yang memiliki kenderaan yang disita, pekerja yang terlibat dan termasuklah jawatankuasa yang meluluskan kawasan balak yang dipengerusikan oleh MB Kudeta Perak.
Sekian laporan dari saya/Laporan pada 1 Februari 2010
YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM
Adun Titi Serong

1 comment:
mungkin laporan akan dibuat terhadap yb titi serong kerana menambahkan sampah-sampah diSPRM yang mmg telah sarat dgn sampah lame.eh eh eh.
ana copy pastekan...dlm blog ana
Post a Comment