Kami tiba di Parit Buntar pada jam 7.15 malam. Haji Rahman bertindak selaku tuan rumah yang sudi menerima kami untuk solat Maghrib dan makan malam dirumahnya. Sup kijang power yang lebih memanaskan suasana malam kami.
Dari sana, kami dibawa dengan menaiki kereta untuk memasuki kampung menuju ketempat ceramah kelompok diadakan.
Kg Parit Tok Ngah, Titi Serong
Wajah yang paling menarik perhatian saya pada malam itu
Kami selesai ceramah pada jam 11.20 malam dan bertolak ke rumah Haji Rahman untuk menaiki bas pulang ke Ipoh.
Jam 11.55 malam bas mulakan perjalanan pulang dan tiba di pokok demokrasi, Ipoh tepat jam 1.45 pagi.
Sekalung tahniah kepada Pakatan Rakyat Perak terutamanya Pas Perak yang berjaya menganjurkan program seumpama ini yang mendekatkan serta membawa pemimpin Pakatan Rakyat Perak kepada rakyat di negeri Perak.
Terima kasih kepada pimpinan Pas negeri yang sudi menjemput blogger picisan seperti saya untuk turut serta didalam rombongan ini. Amat besar maknanya buat saya untuk menikmati satu pengalaman bersama-sama dengan rakyat Perak.
Saya juga ingin memohon kemaafan sekiranya terdapat kesalahan dan kekurangan didalam laporan saya selama sehari mengikuti ekspedisi jelajah daerah bersama Dato Seri Nizar serta adun-adun dan pimpinan Pakatan Rakyat Perak.

No comments:
Post a Comment