Tuesday, February 2, 2010

Penangguhan ditolak, kes Anwar didengar esok

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin hari ini menolak permohonan untuk menangguhkan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan prosiding akan diteruskan jam 2.30 petang esok.

Sebelum ini, Anwar telah memfailkan permohonan semakan semula keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuannya bagi mendapatkan lebih dokumen dan bukti-bukti untuk membuat persiapan menghadapi perbicaraan kes liwat terhadapnya.

Beliau juga turut memfailkan permohonan di mahkamah yang sama untuk menangguh, dan untuk menemui Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi, bagi mendapatkan tarikh awal pendengaran semakan semula itu.

sankara nairPeguam Sankara Nair berkata, permohonan tersebut telah difailkan di Mahkamah Persekutuan pada kira-kira jam 8.40 pagi tadi.

“Kami perlu memfailkan permohonan semakan semula kerana tanpa dokumen-dokumen tersebut, tangan kami terikat dalam membuat persiapan menghadapi kes ini,” katanya.

karpal singhPagi tadi, Hakim Mohamad membenarkan prosiding ditangguh sehingga jam 2.30 petang ini, untuk mendengar hujah-hujah berhubung perkara tersebut.

ramlang porigi imam witness in saiful bukhari azlan anwar ibrahim sodomy 2 210808 01Jumaat lalu, Mahkamah Persekutuan juga turut menolak rayuan Anwar untuk mendapatkan lebih banyak bukti dari pihak pendakwaraya seperti rakaman CCTV, nota doktor, senarai saksi dan kenyataan hemat saksi.

Dalam afidavit sokongannya, Anwar berkata Mahkamah Persekutuan - sebagai mahkamah tertinggi di negara ini - mempunyai kuasa untuk mendengar dan menyemak keputusan awalnya.

Menurut Anwar, beliau tidak diberi keadilan oleh Mahkamah Persekutuan yang didakwanya tidak memberi pertimbangan secukupnya terhadap rayuannya itu, kerana dokumen dan bahan-bahan tersebut, amat penting dalam menyedia pembelaannya.

-malaysiakini.com

2 comments:

Mama Izzah Nabihah said...

usah risau DS.. lawan tetap lawan
tgk prosecution dapat buktikan kes prima facie atau tak
bukti pun tak berape nak ade...
reformasi! reformasi! reformasi...

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) said...

Wahai Ajijoi,

Kehadiran MB dan Exco Selangor dan Kelantan sangat jadi bahan ketawa.

Mereka ini tak kerja ke. Datang dari Kelantan naik kapal terbang buang duit rakyat bukan tujuan kerja tetapi semata2 nak tengok kes liwat.

Cuba Ajijoi tengok UMNO dan BN yang tengah kerja, adakah mereka pergi hadir kes rasuah dan liwat yang melibatkan orang lain?

Buang masa aje.

MB Khalid, MB Nik Aziz, Eli, Xavier, Yaakob Sapari, Husam Musa dan Setpol MB Selangor datang jenguk Anwar.

Pejabat MB Selangor hampir kosong.

Habis duit rakyat bukan setakat bayar gaji. Tiket kapal terbang dari Kelantan pun hangus kena bedal.

Paling teruk lepas ini pergi ceramah di mana2. Kena zalim konon.

Habis lagi duit rakyat yang ketagih usaha pemimpin.

Dulu Nik Aziz ada kata duit gaji adalah haram. Kalau bagi dia halal bagi orang lain haram.

Tapi malangnya Nik Aziz lepak kat mahkamah. Jarang pergi pejabat sebab sakit.

Kalau jadi pemimpin yang berjaya dan dihormati bukan begini caranya dengan membuang masa sedangkan khidmat bakti adalah satu AMANAH.

Dalam blog ini ada gambar Ajijoi dengan pujaan hatinya.

Kalau nak sokong banyak perkara harus diteliti. Begitu juga cara membantah cakap orang.

Kalau dikaji blog pro PAS, macam2 perkataan keluar seperti bangang, bacul, terompah kayu, celaka, katak, babi, meroyan, anjing, badak sumbu, kafir, mampus dan lain2 lagi.

Ada juga perkataan tersebut yang keluar dari mulut pemimpin pujaan saudara.

Saya nak tanya Ajijoi.

Ada nas dan dalilkah yang membenarkan orang yang berjuang atas nama Islam mengeluarkan perkataan tak senonoh?

Kalau Ajijoi terkena macam ini apa rasanya?

Adakah Ajijoi kata... COBAAAAAAANNNNN? Sabarlah.

Belum tentu.

Sekian.

Followers