Apa lagi yang hendak dikatakan mengenai sistem perundangan dan perlembagaan di negeri Perak dan juga negara kita Malaysia.
Segala penat jerih rakyat keluar dan beratur untuk mengundi untuk memilih pemimpin yang mereka mahukan meneraju negeri dan negara telah dijentik buang dengan begitu senang sekali oleh rejim pemerintah yang kini menjajah negara secara paksa. Rakyat tiada lagi hak untuk memilih dan berfikir.
Kesemuanya telah sedia diatur untuk rakyat patuh tanpa soal bicara. 'Democracy is Dead' adalah satu istilah yang telah berjaya dibuktikan kebenarannya hari ini.
Bagi para hakim yang telah membuat keputusan setragis hari ini pula, mungkin mereka masih belum menjumpai atau mendengar akan hadith Nabi yang berbunyi :
Sabda Rasulullahi Sallallahu Alaihi Wassalam yang bermaksud :
(hakim) itu tiga jenis ; dua daripadanya masuk ke Neraka dan satu daripadanya masuk ke Syurga. Lelaki (hakim) yang tahu perkara yang benar, lalu ia menghukum berlandaskan kebenaran tersebut, maka ia masuk ke Syurga. Dan lelaki (hakim) yang tidak tahu perkara yang benar, lalu ia menjalankan hukuman atas kejahilannya,maka ia masuk ke Neraka.
Kenyataan dan kebenaran yang perlu ditelan kita semua adalah, bukan Nizar yang dikalahkan hari ini tetapi rakyat Perak-lah yang sebenar-benarnya dikalahkan dalam menentukan pemilihan pimpinan dan perjalanan kehidupan mereka dimasa hadapan.
Kepada yang boleh menelan kepahitan ini, ZAMBRY adalah Menteri Besar Perak yang disahkan oleh Mahkamah Persekutuan dibawah NAJIB dan ROSMAH.
Laporan perbicaraan hari ini boleh dilayari di SINI
4 comments:
Salam..Saya cuma nak bagi sedikit pandangan ye..Kalu le Sultan Perak tidak brkenan ngan Zambry..Yakni kerajaan Kudeta seperti didakwa..sudah tentu Baginda Sultan menentang peralihan kuasa,kan??
Bukan ke teorinya mudah,hilang majoriti..maka hilang le kuasa..
Sistem ni budak2 skolah rendah pun tau..(lantik ketua darjah/pengawas)
Belajar terima hakikat..Sekian..
Buat Dato SRK Melaka,
teori memang mudah, hilang majoriti, hilang kuasa
tapi hilang majoriti perlu diundi melalui DUN
tapi itulah, titah sultan tak dapat disanggah.
DS Nizar tidak kalah tapi MENANG, menang dalam membuktikan bahawa demokrasi telah hilang di bumi ini, menang kerana apa saja permasalah hubung kait negeri tak perlu dibawa sidang DUN tetapi terus kpd sultan, menang dalam menunjukkan bahawa lompat-lompat parti adalah perkara biasa yang boleh sewenang2nya dilakukan tanpa perlu ditentukan statusnya oleh Speaker DUN....
TAHNIAH DS, kita semua melihat kehancuran sistem demokrasi terpimpin ini... hak rakyat dinafikan...
memang betul kata mantan ketua hakim negara, badan kehakiman akan malap untuk tempoh 50 thn selepas crisis 1988... malap buat selamanya....
Wahai Ajijoi,
Mama Nabiha telah kembali ketika Ajijoi protes atas alasan DEMOKRASI TELAH MATI.
Asas majoriti yang dijelaskan oleh Dato' SRK Melaka adalah betul dan benar.
Mama Nabiha orang berpelajaran tinggi dan bekerja loyo/pegawai kehakiman dan undang2 boleh mempersoalkan tentang keperluan majoriti.
Mama pernah mengakui tidak tahu pasal politik dan lagi teruk apabila bijak undang2 malangnya komen macam budak berhingus.
Saya bagi contoh mudah buat Mama.
Dalam permainan bola sepak dalam perlawanan akhir, katakan BN 1 PR(tak berdaftar) 3. Siapa yang dapat piala?
PAStilah PR (tak berdaftar) sebab ada majoriti gol yang dijaringkan. Dengan kemenangan PR (tak berdaftar) ini, BN terima kekalahan dengan gentleman.
Sebaliknya, kalau BN 3 PR (tak berdaftar) 1. Siapa dapat piala? Tentulah BN. Malangnya PR tidak terima kekalahan dengan membawa ke mahkamah untuk mendapatkan piala itu.
Dalam contoh ini piala yang dimaksudkan ialah KUASA MEMERINTAH.
Bolehkah sesebuah kerajaan dibentuk tanpa majoriti?
Kalau ini pun Mama sebagai orang terpelajar tidak terfikir tentang majoriti, malulah dengan budak tahun 1.
Siapa yang kata demokrasi terpimpin mengalami kehancuran kecuali puak PR (tak berdaftar)?
Selagi dunia belum kiamat apa saja di dunia termasuk demokrasi ala barat tetap hidup.
Demokrasi bukan setakat di dalam bidang politik malah meliputi bidang lain termasuk korporat.
Jadi Mama janganlah bersedih dengan keputusan itu.
Sekian.
owh pkr...
jumpa lagi..
saya tidak sedih apatah lagi kesal dgn keputusan itu... saya terima majoriti 5-0... tapi 5-0 itu takkan sama dgn jiwa rakyat perak yg mahu mengundi memilih kerajaan yg mereka mahukan....
atas apepun, 5 hakim itu juga org biasa... yg tau undang-undang, yg decide berdasarkan fakta tapi mereka juga tak lepas salah silap... pandangan mereka begitu.. pandangan org lain lain laah pulak...sebab mereka hakim maka keputusan mereka akan mengikat...
silalah pkr cari alasan penghakiman tersebut... kalau nak saya boleh dapatkan...saya kan pegawai kehakiman...
Post a Comment