Friday, February 12, 2010

Zahrain keluar PKR, jadi MP bebas


Ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim mengumumkan keluar dari PKR berkuatkuasa serta merta dan menjadi wakil rakyat bebas.

Beliau mengumumkan demikian dalam satu sidang akhbar di ibunegara pagi ini - yang disambut dengan laungan "hidup datuk seri" daripada kira-kira sepuluh penyokongnya yang hadir.

Zahrain berkata, beliau akan menjadi ahli parlimen yang bebas sepenuhnya dan tidak mesra BN.

"Tidak. saya tidak bercakap dengan mana-mana pemimpin BN. Umno atau mana-mana (pihak) tidak timbul.

NONE"Saya berdiri dengan prinsip sendiri sebagai ahli parlimen yang bebas," katanya dalam sidang media ringkas kira-kira 10 minit.

Berikutan itu, beliau mengumumkan meletakkan semua jawatannya dalam PKR berkuatkuasa serta merta.

Zahrain berkata, beliau bertindak demikian kerana hilang sudah kepercayaan kepada kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP Lim Guan Eng.

Ajijoi ~ Sungguh aneh bin hairan apabila adun mahupun ahli parlimen daripada Pakatan Rakyat yang disogok oleh Umno untuk keluar daripada parti mereka tetapi Umno tidak berani untuk mengambil mereka sebagai ahli. Mengapa perlu isytihar keluar parti dan menjadi bebas? Apa yang dapat dilaksanakan kepada pengundi-pengundi mereka dengan menjadi bebas? Melayu memang senang dijual beli rupanya. Letakkan harga anda dan mereka akan gadaikan maruah 7 keturunan mereka malah anda mungkin bernasib baik jika agama mereka pun mereka sanggup gadaikan.

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...