Sunday, February 14, 2010

Meriahkah sambutan tahun baru Cina buat Hee Yit Foong?


Masih ingatkah anda kepada YB Hee Yit Foong (Adun Jelapang)? Seorang adun daripada DAP yang juga OKU tetapi amat mengidamkan sebuah kereta Camry. Apabila impiannya tidak dapat dipenuhi maka melompatlah dia.

Tetapi agak melucukan apabila kenyataannya untuk melompat secara BEBAS tetapi kenyataannya tidak begitu. Katak ini diletakkan didalam akuarium agar tidak melompat bebas lagi. Katak tebusan rupanya.

Sudah setahun Dun Jelapang yang dimenanginya bersama DAP dulu tidak diuruskannya. Inikah BEBAS yang dimaksudkannya? Betapa malangnya apabila BN Perak hanya mahukan sokongannya sahaja tetapi tidak mahu Hee Yit Foong bersama-sama mereka sama ada didalam MCA ataupun Gerakan. Benda senang macam ni pun Hee tak boleh fikir ke dimana letaknya nilai dirinya didalam janji-janji manis BN Perak?

Apabila tiba tahun baru Cina, bagaimanalah agaknya dia merayakannya bersama keluarga, saudara-mara, sahabat handai dan pengundi-pengundi di kawasan dun Jelapang? Ataupun sekadar beraya bersama 2 ekor kaktak lagi, Jamaludin dan Mr Os? Kak Midah yang menjadi 'babysitter' mereka pula begitu sabar melayan kerenah mereka bertiga. Apa saja yang dimahukan pasti akan dituruti, akibat takut mereka melompat lagi.

Apalah salahnya jika Hee Yit Foong turun ke Jalepang untuk merayakan Tahun Baru Cina tahun ini bersama-sama penduduk di Jelapang sepertimana yang Dato Seri Nizar lakukan tenpohari.

Tobat lahom takkan beraninya dia berdepan dengan orang-orang Jelapang di hari raya ni. Walaupun sudah pasti banyak limau mandarin yang akan didapatinya, tetapi bukan dengan cara terhormat tetapi dipenggal dibaling oleh orang-orang Jelapang.

No comments:

Followers