Tuesday, February 16, 2010

Kak Midah kantoi lagi, gotong-royong tak jadi


Kak Midah terkedu lagi! Kantoi beb!!!

Kak Midah yang menganjurkan satu gotong-royong untuk membersihkan kawasan kampung XXX (dirahsiakan untuk menjaga hati penduduk kampung, bukannya jaga hati Kak Midah) telah bertukar kepada makan-makan tengahari saja.

Kenapa jadi begitu?

Kak Midah menganjurkan program bersama penduduk kampung tetapi tidak seorang pun orang kampung yang keluar rumah untuk bersamanya. Orang-orang Umno disitu bersama ketua kampung mereka juga tidak kelihatan. Yang ada hanyalah Kak Midah dan beberapa orangnya yang dibawa daripada kawasan lain.

Program gotong-royong dan makan tengahari yang dianjurkan Kak Midah dikatakan mahu mengutip wang sejumlah RM10 untuk setiap rumah. Ada yang berkata,"kenapa pula seorang Adun datang untuk memberi khidmat kepada kampung ini tetapi orang-orang kampung pula yang kena keluar duit?".

Nampaknya Kak Midah sudah tidak dipedulikan lagi. Kemana-mana pergi pun pasti ada yang tak kena.

Sampaikan pembantu peribadinya juga dikatakan sudah meletakkan jawatan. Betul ke begitu? Alahai Kak Midah.

Nampak gayanya, ini musim terakhir Kak Midah menjadi wakil rakyat kepada warga Dun Sg Rapat. Selepas ini bolehlah Kak Midah buka bisnes membiak katak pulak.

3 comments:

semangatbesi said...

Orang kampung geli... sebab dia bawa katak sekali kot...

Kak Midah said...

Salam Tuan Azizul,

Kenyataan yang Tuan tulis berhubung dengan artikel ini memiliki unsur fitnah dan tiada asas yang kukuh. Tuan boleh disabitkan dengan kesalahan memfitnah seandainya sumber bahan kurang jelas atau tiada. mohon Tuan tarik balik artikel ini atau Tuan boleh dikenakan tindakan merosakkan imej dan reputasi individu lain. Makluman

Hamidah Osman

ejoi said...

Kepada tuan blogger
yang bijak dan pandai mengata
nak pinjam skejap mutiara kata
yang masih lagi tertera
untuk renungan tuan sekeluarga
dan pengikut yang rasanya dah takda


Rasulullah s.a.w. bersabda:
Janganlah bercakap melebihi dari zikrullah. Sesungguhnya dengan banyak bercakap akan mengeraskan hati dan bila hatinya telah keras, maka ia akan menjadi semakin jauh dari Allah.


LU PIKIR LA SENDIRI.....

Followers

Video ajijoi

Loading...