Friday, February 12, 2010

Akhbar menipu atau tak tahu mengira

Hampir kesemua akhbar perdana membawa berita "1,000 berarak serahkan memorandum isu YBK" yang dipetik daripada Bernama. Utusan Malaysia, Berita Harian, Sinar Harian dan mStar Online menyiarkan berita ini. Tetapi ianya tidak diberitakan didalam akhbar berbahasa Inggeris. Mungkin mereka lebih beretika didalam menyampaikan berita ataupun memang orang-orang Melayu yang membaca akhbar berbahasa Melayu begitu mudah ditipu dan dimanupulasikan.

Cuba anda lihat dan kira (foto atas - minaq jinggo) berapa ramai sangatlah orang-orang Perkasa pimpinan Ibrahim Ali yang berarak dan berdemo tadi. Pada saya, tak sampai 100 orang pun tetapi telah ditambah dan dibesar-besarkan oleh akhbar dengan mengatakan 1,000 orang. Lebih memualkan apabila tiada gambar disertakan untuk membukti dan mengukuhkan dakwaan mereka itu.

Sama ada Bernama yang dipetik oleh akhbar-akhbar perdana sengaja berniat untuk menipu ataupun mereka masih belum pandai mengira kehadiran orang ramai disesuatu majlis.

1 comment:

Abdur Raheem said...

Assalamualaikum,

Maaf tuan aji, surat khabar semua tu ada iklan nombor ramalan tak? kalau ada, biasalah nombor ramalan selalu tak kena.

Followers

Video ajijoi

Loading...