Showing posts with label zambry. Show all posts
Showing posts with label zambry. Show all posts

Saturday, February 11, 2012

Zambry juga pernah 'gadai akidah' - Surat Terbuka buat Mufti Perak


Asalamu ‘Alaikum Ya Sahibus-Samahah, Tan Sri Harussani Zakaria,Mufti Perak,

Rakyat Satu Malaysia ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tan Sri diatas keberanian Tan Sri memberi teguran kepada Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Najib Tun Abd Razak yang telah hadir dalam perayaan agama lain baru-baru ini.Syabas Tan Sri!

Tindakan berani menegur kesilapan pemimpin atau pembesar negara amat jarang berlaku kerana kebanyakan mereka yang ada disekeliling pembesar atau pemimpin kita hanyalah Tukang Ampu dan Tukang Angguk atau Pak Turut semata-mata.

Walau apa pun, bersama ini, ingin saya sertakan beberapa bukti penglibatan Menteri Besar Perak, Zambry Abdul Kadir dalam menyambut perayaan yang sama seperti laporan di sini dan juga yang ada di sini

Sukacita saya sertakan diakhir surat ini satu rakaman video clip lama menunjukan kehadiran Zambry menyambut perayaan tersebut 3 tahun yang lalu.

Dengan ini, atas kapasiti Tan Sri sebagai Mufti kerajaan negeri Perak, adalah menjadi tanggung jawab Tan Sri untuk menasihati Zambry supaya beliau selamat daripada tergelincir akidah.

Saya merayu kepada Tan Sri, agar dapat diusahakan satu kursus Pemulihan Akidah khas untuk Zambry kerana beliau kerap melakukan kerja-kerja penyelewengan akidah dimana sebelum ini Zambry pernah terlibat dalam melakukan upacara sesat ‘Ancak’.

Terima Kasih , Datuk!


Sumber: AlHusseyn

Sunday, September 25, 2011

Bawa Najib menaiki bas melawat Perak, Zambry tiru idea Nizar

PERTAMA KALI NAIK BAS ... Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor menaiki bas sempena lawatan sehari beliau ke Perak di sini, Sabtu. Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Zambry Abd Kadir (kanan) dan isteri Datin Seri Sharifah Zulkifli (kiri) . Gambar ini dirakamkan ketika Najib dalam perjalanan dari pekan Tanjung Tualang ke Sekolah Kebangsaan Changkat Tin bagi menghadiri majlis perkahwinan iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohd Radzi dan pasangannya Ahmad Fariz Hassan.

Mungkin Zambry tersenyum lebar kerana dipuji oleh Najib apabila berasa teruja menaiki bas semasa lawatan sehari ke Perak semalam.

Ramai yang memperkatakan bahawa bukanlah suatu yang ganjil apabila Perdana Menteri tidak dapat merasai pahit getir rakyat mengharungi kehidupan yang susah dengan harga barangan melambung tinggi apabila beliau hanya pertama kali menaiki bas. Dan bas itu pula bukanlah sepertimana bas yang dinaiki oleh orang awam setiap hari. Bas yang dihias khas dengan kos yang entah berapa banyak menelan wang rakyat, hanyalah sebagai kosmetik politik semata-mata. Jika dilihat dari foto diatas, sudah pasti orang-orang kampung mengatakan bahawa mereka itu sedang menaiki kapalterbang.

Idea menjelajah negeri untuk bertemu dengan rakyat ini bukanlah sesuatu yang baru, apatah lagi dinegeri Perak ini. Jika Zambry mengatakan bahawa ini adalah idea beliau sendiri, sila fikirkan sekali lagi.

Selepas setahun episod rampasan kuasa dinegeri Perak, Pakatan Rakyat telah mengadakan satu ekspedisi menjelajah daerah dengan pimpinan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Datuk Seri Nizar Jamaluddin menaiki bas ekspres bersama-sama pimpinan yang lain, bertemu dengan rakyat dilokasi-lokasi yang dipilih didaerah-daerah negeri Perak ini.

Bas yang mereka naiki adalah bas ekspres yang disewa, sama seperti yang dinaiki oleh orang awam. Bukannya bas yang dinaik taraf, dihias, diubahsuai demi keselesaan 'sang raja'.

Untuk rujukan mengenai ekspedisi menaiki bas pimpinan Pakatan Rakyat Perak tersebut, sila klik EKSPEDISI 1, EKSPEDISI 2, EKSPEDISI 3, EKSPEDISI 4, EKSPEDISI 5, EKSPEDISI 6, EKSPEDISI 7, EKSPEDISI 8, EKSPEDISI 9 dan EKSPEDISI 10.

Bukankah saya telah katakan tadi bahawa idea menjelajah negeri dengan menaiki bas bukanlah idea asal Zambry. Sebaliknya dan sepertimana biasa, Zambry meniru apa yang telah dan pernah dibuat oleh Nizar.

Sunday, August 7, 2011

Pilihanraya Olok-olok: Penafian Zambry sebagai berbohong atau olok-olok?


Kenyataan Media (5 Ogos 2011)
NAFI PILIHAN RAYA OLOK-OLOK: BN PERAK AKAN MENANG?

Badan Perhubungan PAS Negeri Perak berterima kasih kepada Timbalan Presiden MIC, Datuk Dr S. Subramaniam atas ulasan beliau yang berkeyakinan bahawa Barisan Nasional (BN) tidak akan kehilangan Negeri Perak dan Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Ulasan ini yang dibuat berikutan peningkatan sokongan rakyat terhadap BN bersandarkan pengumuman Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Isnin yang lalu hasil pilihan raya olok-olok yang dijalankan parti itu sejak Mei lepas. Ulasan ini juga jelas membenarkan berita bahawa memang telah berlaku pilihan raya olok-olok kendalian BN di seluruh negara termasuk di Perak, sesuatu yang sedang dinafikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir.

Penafian Datuk Seri Zambry terhadap pilihan raya olok-olok di Perak amat mengejutkan. Adakah benar Umno / BN Perak tidak melaksanakan pilihan raya olok-olok sepertimana pengumuman Datuk Seri Tengku Adnan baru-baru ini? LaporanThe Malaysian Insider yang menyebut BN mungkin akan tewas sekali lagi di Perak dan kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) BN yang dimenangi oleh Umno juga bakal tergugat dilihat telah menjadikan pemimpin BN celaru dan membuat kenyataan yang bertentangan. Jika hasil sebenarnya pilihan raya olok-olok tersebut bertentangan dengan apa yang telah di keluarkan dalam laman portal The Malaysian Insider, mengapa Datuk Seri Zambry perlu menafikan apa yang diumumkan oleh Datuk Seri Tengku Adnan? Apa yang perlu beliau lakukan hanyalah menyokong kenyataan Datuk Dr S. Subramaniam dan membidaskan laporan portal tersebut.

Apa yang pasti Datuk Seri Zambry tentunya tidak akan merelakan imejnya tercalar dengan jangkaan kegagalan BN Perak untuk kembali menerajui Kerajaan Negeri Perak setelah tumbang pada PRU 12 tahun 2008 di bawah Tan Sri Mohamad Tajol Rosli Mohamad Ghazali dahulu. Malah laporan itu juga seolah mengesahkan bahawa BN dan Umno Perak yang diterajui oleh Datuk Seri Zambry masih gagal memulihkan masalah dalaman mereka yang semakin meruncing? Bagi kami jika laporan tersebut tidak bertepatan, banyak ruang lain termasuk ruang perundangan yang boleh diambil oleh Datuk Seri Zambry bagi membuktikan kepalsuan berita tersebut, dan bukan dengan hanya mengambil langkah mudah menafikannya tanpa ulasan manasabah.

AHMAD NURI AL-AMIN
Ketua Penerangan,
Badan Perhubungan PAS Negeri Perak.

Tuesday, March 1, 2011

Undi Pos bertambah, Zambry dan Umno Perak mahu jadi wakil pos?

Kebimbangan Umno Perak dengan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat menampakkan realitinya apabila mereka beralih kepada taktik menggunakan undi pos untuk menang mudah pada pilihanraya yang akan datang.

Pertambahan yang ketara disemua dun yang diwakili oleh Umno membuktikan betapa pengecutnya mereka untuk berdepan dengan rakyat, mengambil jalan mudah dengan menggunakan undi pos.

Hamidah Osman yang kononnya hebat juga dikatakan mengharapkan tuah undi pos kali ini.

Statistik pilihanraya di Perak mungkin menunjukkan betapa Umno akan tersungkur jika diadakan pilihanraya waktu yang terdekat ini. Taktik bacul dengan memperalatkan undi pos bukanlah perkara baru buat Umno, tetapi dengan pertambahan yang ketara menjelaskan lagi kebimbangan mereka.

Setelah 2 tahun Umno Perak berkuasa dengan merampas kerajaan negeri, kini mereka rela untuk terus berkuasa walaupun sebenarnya hanya menjadi WAKIL POS, bukannya wakil rakyat.

5,669 undi pos bertambah di Dun diwakili Zambry

PETALING JAYA, 1 Mac: Timbalan Pengarah Pilihanraya PKR Perak, Chan Ming Kai telah mendedahkan kemasukan pengundi pos besar-besaran di kawasan-kawasan Dun diwakili Umno BN di Perak pada tahun 2010.

Bercakap dalam sidang media mingguan parti di sini, hari ini, beliau memberi contoh, di Dun Pangkor yang diwakili Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir telah menerima kemasukan 5,669 pengundi pos berbanding hanya 368 yang keluar pada 2010.

Katanya, bilangan pengundi pos kini mencapai hampir separuh daripada jumlah 26,000 pengundi di Dun Pangkor yang merupakan sebahagian daripada Parlimen Lumut.

Katanya, calon PKR tewas hanya 298 undi di Parlimen Lumut kepada calon MCA BN pada Pilihan Raya Umum 2008.

Ming Kai juga menjangkakan Umno akan memberikan tumpuan untuk menambah pengundi pos di Dun Sungai Rapat yang diwakili oleh Exco Kanan, Hamidah Osman yang hanya menang tipis 636 undi dengan calon PAS.

Katanya, pada 2010 sebanyak 248 pengundi pos masuk ke Dun itu.

“Usaha ini jelas untuk memberi manfaat kepada Umno. Kawasan-kawasan majoriti Cina seperti Canning Garden yang juga mempunyai kem tentera tidak pula melihat pertambahan undi pos,” katanya.

Beliau yang juga Adun Simpang Pulai khuatir wujud penyalahgunaan undi pos dan meminta SPR serta Kementerian Pertahanan menjelaskan perkembangan itu.

Selain Pangkor, pertambahan ketara pengundi pos ialah di Dun Kamunting yang menerima 1,102 berbanding keluar 146, Temenggor (masuk 690, keluar 38), Pengkalan Hulu (masuk 506, keluar 117), Chenderiang (masuk 255, keluar 31) dan Sungai Rapat (masuk 248, keluar 31).

Beranikah Zambry isytihar harta?

Saranan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) agar Zambry dan exco-exconya mengisytiharkan harta mereka umpama meminta perompak memberitahu lokasi rompakan yang akan dilakukan mereka.

Setelah 2 tahun merampas kerajaan Perak, pasti Zambry dan exco-exconya telah 'senang' dan 'kenyang' sekarang.

Kalau dia tak isytihar hartanya pun, persepsi rakyat Perak terhadap dia dan exco-exconya pasti sama dengan pimpinan Umno yang lain.

Kenapa Zambry takut isytihar harta

IPOH, 1 Mac: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) kesal komen yang telah diberikan oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di atas saranan mengisytiharkan harta semua Exco Kerajaan Negeri Perak.

Naib ketuanya, Salman Saleh berkata, ini sepertimana langkah Kerajaan Negeri Selangor bagi memberikan peluang kepada seluruh rakyat untuk menilai sendiri kedudukan sebenar harta setiap Exco Kerajaan Negeri tersebut.

Sepatutnya, kata beliau Zambry sebagai orang nombor satu menunjukkan contoh yang baik dikalangan semua Exco Kerajaan Negeri serta sebagai bukti bersihnya setiap Exco sedia ada.

“Siapakah yang mentadbir kerajaan negeri sekarang?

“Kenapa cuba memburukkan orang lain sedangkan perkara tersebut adalah untuk menunjukkan ketelusan kerajaan negeri,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini.

Katanya, DPPN Pk kesal sikap berdalih Zambry di dalam perkara itu.

Justeru, DPPN Pk mendesak agar Zambry dan semua exco mengisytiharkan harta mereka dengan segera.

Menurutnya, berdasarkan maklumat terkini dikatakan seorang Exco Kerajaan Negeri sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sepatutnya Zambry berusaha membersihkan imej mereka dengan mengisytiharkan harta.

“Tetapi Datuk Seri Zambry bersikap angkuh dan tidak mengambil ikhtibar langsung,” ujarnya lagi.

DPPN Pk, tegasnya memberikan tempoh seminggu kepada Zambry untuk mengisytiharkan harta beliau dan seluruh Exco Kerajaan Negeri.

Tambahnya, jika Zambry dan Exco Kerajaan Negeri gagal mengemukakan atau mengisytihar harta untuk dinilai oleh rakyat, maka memang benarlah persepsi yang berlegar di kalangan rakyat ketika ini bahawa kepimpinan Barisan Nasional (BN) adalah di kalangan mereka yang tidak bersih.

Monday, November 15, 2010

Zambry dan Umno Perak raya Aidil Adha lewat seminggu?

Jika diperhatikan kepada banner diatas, ianya bukanlah buatan Umno cawangan tetapi bertaraf negeri kerana terkandung ucapan hari raya daripada Menteri Besar Rampasan Perak serta barisan kepimpinan kerajaan rampasan mereka.

Jika pada hari raya Aidilfitri yang baru lalu, Umno memperkenalkan kita dengan bulan Islam yang baru, tetapi pada hari raya Aidiladha kali ini, Umno sekali lagi membuat kejutan dengan menyambut raya lewat seminggu daripada yang telah ditetapkan.

Ditika seluruh umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidil Adha pada 10 Zulhijjah 1431H tahun ini, Zambry dan juga Umno Perak membuat suatu kelainan dengan merayakannya pada 17 Zulhijjah 1431H (rujuk banner diatas).

Sekarang ini, Zambry boleh melakukan apa saja kerana pasti mendapat pembelaan daripada Harussani biarpun perkara tersebut jelas melanggar syariat Islam.

Diharap semoga Zambry tidak mengikat lembu-lembu qurbannya di mana-mana tiang seri selepas ini sudah le. Nanti tiang seri tu tumbang, payah pulak Zambry nak explain pada Mufti yang dia tolong pegang tiang seri tu aje, jangan bagi tumbang.

{Dia pening lepas buat rumah terbuka Deepavali hari tu kot?}

Monday, November 8, 2010

Zambry tetap menipu walau telah terbukti



Zambry masih mengekalkan ketebalan kulit mukanya dengan secara selamba menipu bahawa perbuatan khurafatnya hanyalah rekaan dan hebahan daripada pihak PAS semata.

Lihatlah dan dengarkan ulasan Zambry di dalam video di atas dan bandingkan dengan perbuatannya yang dirakamkan pada upacara itu, segala-galanya jelas terbukti akan perbuatan khurafat Zambry dikhalayak ramai dengan memakai gelaran seorang Menteri Besar yang beragama Islam tatkala itu.

Malahan, Mufti Perak juga turut dikaitkan sama dengan mengatakan PAS Perak sengaja melagakan antaranya dengan Tan Sri Harussani didalam hal khurafatnya itu.

Tindakan Dewan Pemuda PAS Perak memohon agar Mufti Perak menasihati beliau mengenai perbuatan khurafatnya itu telah mengundang kemarahan yang amat sangat, mungkin baginya Mufti Perak tiada berkelayakan menasihati seorang yang bertaraf Menteri Besar sepertinya [mungkin beliaulah yang sepatutnya menasihati Mufti apa yang boleh dikatakan dan apa yang tidak boleh diperkatakan(?)].

Mungkin juga, beliau bimbang Mufti akan 'menggunakan agama' untuk menasihatinya sepertimana yang beliau dakwa bahawa PAS 'menggunakan agama' untuk menilai perbuatan khurafatnya itu.

Apakah perbuatan 'menggunakan akal' tanpa 'menggunakan agama' satu tindakan yang bijak lagi betul pada pandangannya. Dan bukankah perbuatan khurafatnya itu semata-mata kerana beliau 'menggunakan akal' tanpa 'menggunakan agama' di dalam setiap tindak tanduk selama hidup dimuka bumi ini?

Sekali lagi, tontonlah video perbuatan khurafat diatas dan nilaikan sendiri apakah jawapan yang diberikan Zambry didalam video tersebut selari dengan apa yang telah dilakukannya?

Jangan lepas ni ada yang gatai mulut panggil Zambry dengan gelaran 'Tiang Seri' pulak bagi menggantikan 'Dato Seri' dia tu.

Yang pasti, tidakkan selalunya 'berseri'.

Zambry perlu mengaku kesilapan bukan pertahan - Pesuruhjaya Pas Perak

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyokong tindakan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak kerana telah mengecam  tindakan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang  masih meneruskan amalan perbuatan khurafat dan syirik ketika merasmikan program Projek Infra Bina Upaya (IBU) di Kampung Guar dalam DUN Manong sebelum ini.

Menurut beliau perkara yang diamalkan , Zambry yang didakwa telah meletak ancak ke tiang seri di tapak pembinaan rumah jelas menunjukkan Zambry tidak sensitif terhadap isu umat Islam yang menyentuh berkenaan umat Islam di Perak.

Menurut Pesuruhjaya PAS Perak itu lagi, amalan khurafat ialah perbuatan atau perkara-perkara yang menyalahi hukum syarak yang masih terdapat dalam aktiviti masyarakat. Kepercayaan yang telah kuat bertapak dan berakar umbi dalam masyarakat  itu seolah-olah telah menjadi satu pegangan atau tradisi yang mesti dilakukan dalm majlis-majlis atau perayaan tertentu.
 
Selain itu beliau juga menyatakan, Antara perkara khurafat yang dibuat oleh Zambry ialah meletak ancak ke tiang seri di tapak pembinaan rumah  Syarat dan adat Istiadat yang mesti di buat untuk mendirikan rumah baru seperti mengantungkan buah kelapa muda di tiang seri rumah, menanam tahi besi ,emas , perak , tembaga pada setiap tiang seri rumah dan menepung tawar sebagai upacara memulih rumah tersebut.
 
Beliau juga menyatakan, Acara-acara khurafat tersebut  biasanya akan dilakukan oleh Bomoh, kononnya untuk mengelakkan daripada di ganggu oleh jin dan syaitan dan untuk mendapatkan kesejahteraan dan keselamatan kepada semua penghuni rumah tersebut. Sebenarnya upacara tersebut tidak lebih daripada upacara menjamu jin dan tidak ada kena mengena dengan keselamatan dan kesejahteraan penghuni rumah itu.

Selain itu Pesuruhjaya PAS Perak itu juga mengharapkan agar rakyat Perak  dapat menjauhkan diri dari amalan-amalan khurafat sepertimana yang diamalkan oleh Zambry, atau mana-mana amalan yang boleh menggugat akidah umat Islam. Hal ini kerana perkara berkaitan akidah adalah perkara yang penting dan merupakan perkara teras dalam kehidupan umat Islam, jika akidah tergugat maka seluruh amalan yang lain turut   tidak diterima Allah SWT.

Saturday, October 23, 2010

Rakyat kecam kerajaan Zambry rampas rumah

Hutan Melintang - Seramai 59 pemilik rumah di Rancangan Perumahan Awam (RPA) Sungai Dulang, di sini panik apabila rumah yang dibeli mereka akan diambil oleh Kerajaan Negeri.

Seorang pembeli, Razali Sabdin, 54, berkata, majoriti pemilik rumah tidak berpuas hati dengan tindakan Kerajaan Negeri mengenakan tindakan ‘spray’ tanpa sebarang perbincangan dengan penduduk.

Menurutnya, surat arahan supaya menjelaskan tunggakan itu diterima penduduk pada Jumaat lalu.

“Bukannya kami tidak bayar langsung, cuma ada tunggakan sahaja tetapi mereka tak patut buat macam ini kepada kami.

“Kami tidak mahu kehilangan rumah dan masalah ini perlu dibawa berbincang dengan penduduk yang terlibat,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya, di RPA Sungai Dulang, di sini, kelmarin.

Razali berkata, jumlah tunggakannya cuma RM7,411 dan kadar bulanan sebanyak RM137 masih terus dibayar.

"Masih ada enam tahun lagi tempoh untuk melangsaikan bayaran rumah berkenaan yang akan tamat pada 2016," katanya.

Tempoh terlalu singkat

Seorang lagi penduduk, Tan Teck Chai, 52, berkata, tempoh yang diberikan oleh kerajaan terlalu singkat iaitu sebulan dan hujung bulan nanti penduduk diarahkan pindah.

Menurutnya, jumlah tunggakannya RM7,000 tidak mampu untuk dibayar sekali gus kerana keluarganya bukan berpendapatan tinggi.

“Saya cuma kerja kampung dan mana boleh dalam tempoh sebulan untuk bayar semua hutang yang tertunggak itu.

“Penduduk di sini memohon Kerajaan Negeri menggunakan budi bicara untuk menyelesaikan masalah ini kerana kebanyakan penduduk berpendapatan rendah,” katanya yang turut mengadukan hal tersebut kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hutan Melintang, S Kesavan, kelmarin.

Katanya, harga setiap rumah di situ berbeza-beza dan nilai rumah yang dibelinya adalah bernilai RM41,000.

"Rumah yang dibeli ini saya didiami bersama isteri, seorang anak dan bapa yang sudah pun uzur," katanya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, G Pendamah, 59, berkata, dia kini menghadapi masalah untuk membayar sejumlah RM29,565 iaitu tunggakan yang dikenakan.

Menurutnya yang juga merupakan ibu tunggal, dia sukar menjelaskan hutang itu selepas mengalami lumpuh separuh badan dan tidak boleh bekerja.

"Saya cuma sempat membayar ansuran selama enam bulan sahaja sebelum penyakit berkenaan menyerang.

"Selepas menerima surat arahan itu, keadaan hidup saya semakin tertekan kerana memikirkan cara untuk mendapatkan wang bagi membayar jumlah yang tertunggak itu," katanya.

Ibu kepada enam anak itu berkata, mungkin dia akan meminta anak-anaknya membantu untuk menjelaskan tunggakan rumah berkenaan.

"Dengan hanya bergantung kepada bantuan bulanan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) RM300, saya tidak mampu untuk membayar wang tunggakan itu," katanya.

ADUN mahu bincang dengan MB

Sementara itu, ADUN Hutan Melintang, S Kesavan yang menemui penduduk di situ berkata, beliau akan cuba mengadakan temu janji dengan Menteri Besar (MB) Perak bagi mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi penduduk.

Menurutnya, bayaran balik perlu dibuat mengikut kemampuan penduduk dan tidak boleh dibuat secara paksa.

“Memang kita dah terima aduan ini sejak Jumaat lalu dan hari ini (kelmarin) saya sendiri datang bertemu penduduk untuk mengetahui masalah yang mereka hadapi,” katanya.

Menurut Kesavan, kerja melabel dengan cat merah perlu ditarik balik kerana ia memalukan penduduk seolah-olah mereka langsung tidak membuat permbayaran ansuran bulanan yang ditetapkan.

"Bagi masyarakat India yang akan meraikan Deepavali tidak lama lagi, masalah itu sesuatu yang memeritkan.

"Bukan sahaja penduduk terpaksa mengosongkan rumah, tetapi mereka juga terpaksa menanggung malu apabila saudara mara datang ke rumah sempena perayaan kaum India itu," katanya. -SH

Friday, October 22, 2010

Zambry sesat?

Dah lama tak dengar cerita pasal Zambry. Senyap je. Runsing pasal Perak sekarang ni negeri ketiga termiskin ke?

Baru-baru ni muncullah gambar machaa hensem(?) dia tu di blog milosuam.blogspot.com sedang menjalankan upacara yang dinamakan mengikat ancak untuk membuang sial.

Sebelum ada yang menjerit-jerit sial ataupun sialan ini anak kepadanya, mari kita lihat gambar-gambar dan komen blogger tersebut mengenai upacara itu. (Psss...upacara ni ikut ajaran Islam ke Hindu? Kalau Zambry buat, maknanya gerenti Tok Mufti dah cop Halal punya...)

Apa lagi nak dikata? Kalau pemimpin dah sesat sampai macam ni, apa lagi para penyokongnya? Gambar-gambar ini menunjukkan Menteri Besar Perak Zambry Kadir sedang melakukan upacara sesat lagi menyesatkan apabila ia dilakukan di hadapan puluhan penonton di lokasi yang tidak dikenal pasti.

Apa yang jelas di sini, perbuatan ini menimbulkan persoalan kepada kita. Inikah pemimpin yang boleh diharapkan untuk membela Agama islam? Perkara syirik ini dilakukan secara terang-terangan di hadapan para hadirin. Adakah Zambry seorang yang jahil tentang larangan agama terhadap upacara seperti ini? Sekiranya dia seorang yang jahil, adakah pemimpin seperti ini yang mahu diharapkan oleh rakyat untuk membela Islam?

Zambry Kadir melakukan bacaan doa sebelum melakukan upacara sesat!

Upacara sesat dimulai oleh Zambry.

Upacara sesat diteruskan sambil diperhatikan oleh para hadirin.

ReJaM© "Ini yang dikatakan pejuang Islam? Jauh panggang dari api! Jadi ayah Pin sesuailah!"

Jika pencacai Umno nak mempertahankan tindakan Zambry ini, silalah mengomel diruangan komen. Serlahkan pemikiran anda disana.

Thursday, August 12, 2010

Kisah Zambry si 'Penyamun Tarbus'

Terpampang jelas banner yang membuktikan Zambry
sememangnya LEMAH SEMANGAT

Oleh :Mohd Rashidi Hasan

SEMUA pihak sama ada golongan istana, mufti, orang politik, pegawai kerajaan NGO dan sesiapa sahaja yang membantu Umno-Barisan Nasional Perak merampas kuasa dari kerajaan Pakatan Rakyat, seharusnya berasa malu dan berdosa.

Mereka harus berasa malu kerana mereka tersilap langkah, mengembalikan Umno-BN sebagai kerajaan negeri secara yang tidak demokratik dan melantik Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang bacul sebagai Menteri Besar.

Mereka harus rasa berdosa kerana akibat daripada pengambil alihan kuasa secara haram, negeri Perak Darul Ridzuan sudah tidak demokratik lagi.

Zambry mencemar kebanggaan Perak, walaupun Rajanya pernah menduduki kerusi Ketua Hakim Negara, yang terkenal dengan keadilan dan kebijaksanaanya.

Mereka juga harus berasa malu dan berdosa kerana menabalkan seorang yang bacul sebagai MB. Apa tidak baculnya. Jika Zambry 'anak jantan' beliau harus berani berhadapan dengan Adun-Adun Pakatan Rakyat secara terbuka, gentleman dan demokratik, sama seperti yang dilakukan Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sepanjang 11 bulan setengah pentadbirannya.

Sekarang ini BN majoriti dalam Dun Perak, kerana mereka dibantu oleh tiga Adun pengkhianat. Oleh itu, jika Zambry 'anak jantan' apa yang beliau hendak takutkan.

Sama ada hendak bentang belanjawan negeri, soal dasar pemerintahan, soal bajet tambahan, sepatutnya dibuka ruang seluas-luasnya untuk berbahas dan berbincang secara matang dalam Dun.

Apa pun biar dibincang dalam Dun, selepas itu dengan majoriti yang Umno-BN ada, luluskanlah, apa masalahnya?

Walaupun Pakatan Rakyat tidak pernah menerima kerajaan haram Umno-BN memerintah Perak, namun atas keterbukaan dan sifat toleran yang tinggi, Pakatan Rakyat 'menghormati' keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengesahkan Zambry sebagai MB.

Pakatan Rakyat mahu menjadi 'pembangkang' yang efisyen. Bekerjasama untuk membangunkan Perak, mengajak Zambry dan Umno-BN bersemuka, berdialog untuk kebaikan rakyat.

Justeru, selepas Zambry 'dilantik' Mahkamah sebagai MB, seharusnya beliau mentadbir negeri, memanggil sidang Dun dan melaksanakan tugas-tugasnya sebagai pentadbir, selaras dengan prinsip demokrasi yang diamalkan dalam negara.

Tetapi apa yang berlaku di Perak adalah sebaliknya. Demokrasi sudah tidak wujud. Zambry, Umno-BN selaku pemerintah, membuat sesuatu tindakan secara 'diam-diam'. Sampaikan bayang-bayang sendiri pun Umno-BN takut.

Sidang Dun dikawal ketat. Mengalahkan amalan undang-undang negara komunis. Semuanya dihadkan dan disekat, seolah-olah kerajaan negeri mentadbir dalam keadaan curfew (darurat).

Lagak Zambry di Perak seumpama 'penyamun tarbus' yang merampas kuasa secara haram, tetapi sentiasa dalam keadaan kegusaran dan kebimbangan kerana kesalahannya merampas kuasa.

Akibat daripada kegusaran itu juga Zambry mempergunakan polis begitu ramai, semacam mengiyakan bahawa Malaysia adalah negara polis.

Seperti kata Nizar, yang memperjelaskan ketakutan Zambry, "Persidangan Dewan Negeri Perak lebih sesuai dipanggil Persidangan Polis Diraja Malaysia. Lebih ramai polis berkerumun di pekarangan Bangunan Perak Darul Ridzuan dibandingkan dengan wakil-wakil rakyat."

Di sebalik kawalan ketat anggota polis yang begitu ramai, Zambry tetap tidak mampu menyembunyikan ketakutannya, sehingga terpaksa mengatur dan memaksa bajet tambahan negeri sebanyak RM80 juta diluluskan dengan perbahasan yang amat singkat dan dalam keadaan tergesa-gesa.

Itu pun keseluruhan sidang Dun diadakan hanya dalam tempoh yang singat, dua atau tiga jam sahaja. Lagak takut Zambry, macam orang hendak menyamun di siang hari.

Zambry harus ingat, jawatannya sebagai MB hanyalah amanah seketika. Beliau harus mentadbir kewangan negeri secara telus dan transparen. Duit kerajaan negeri adalah duit rakyat, bukan duit 'mak bapak' pemimpin Umno. Jangan hendak membahagi atau membidak-bidak sesuka hati.

Oleh kerana itu, rakyat keseluruhannya berhak mengetahui dari mana sumber wang itu diperolehi, ke mana ianya dibelanjakan dan untuk apa ia dibelanjakan.

Golongan agama, khususnya mutfi harus mengingatkan Zambry, bahawa setiap sen yang dibelanjakan secara yang tidak halal akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah di akhirat kelak.

Peranan mufti ialah, beliau harus mengingatkan Raja, MB, Exco, orang-orang politik dan pegawai kerajaan, supaya tidak membazir, jangan menyeleweng wang rakyat, jangan berjudi, jangan meminum arak dan sebagainya. Bukan hanya cakap soal perpaduan Melayu-Islam sahaja.

Peranan mufti yang utama antaranya, ialah membantu sesebuah kerajaan negeri, melaksanakan pemerintahan mengikut panduan Islam, terutamanya dalam soal menjaga halal haram.

Dalam soal hukum minum arak misalnya, jika ianya dilakukan pemimpin, tetapi mufti tidak menegur. Mufti akan turut bersubahat dan sama-sama menanggung dosa.

Jangan kerana mufti dilihat terlalu akrab dengan pemimpin, maka jika dia membuat kesalahan, mutfi hanya mendiamkan diri. Takut-takut nanti beroleh gelaran ulama bisu pula.

Berbalik soal politik Perak. Jelas Zambry bukan tandingan Nizar. Tiada karisme langsung. Beliau jauh lebih bacul jika dibandingkan dengan bekas MB, Dato' Seri Tajol Rosli Ghazali yang dilihat 'lembik' oleh orang-orang Umno.

Zaman Tajol, sidang Dun dibuat selama beberapa hari. Boleh bahas enakmen atau perbekalan tambahan dua tiga hari, zaman Zambry pintu demokrasi disempitkan akibat ketakutan yang melampau.

Ketakutan Zambry diungkapkan oleh Adun Pantai Remis Nga Kor Ming, katanya, "Berani kerana benar, takut kerana salah. Jika tidak buat salah, mengapa BN begitu takut mendengar suara rakyat dari Pakatan Rakyat."

Maka di atas ketakutan itu, sejak memerintah Perak, Zambry terpaksa mempergunakan ramai anggota keselamatan, kononnya untuk mengendurkan tekanan Pakatan Rakyat.

Namun Zambry tersilap langkah. Beliau masih tidak sedar bahawa rakyat tidak takut kepada gertakan polis. Rakyat tidak takut kepada Umno.

Rakyat tidak takut kepada sesiapa pun yang melanggar prinsip demokrasi, walaupun jika pemerintah berselindung di sebalik istana.

Hal ini diperkatakan rakyat kebanyakan. Apa yang Zambry hendak takut kalau dia memerintah secara halal? Inilah akibatnya, apabila mengambil kuasa secara haram.

Memerintah dalam keadaan takut-takut.Seolah-olahnya banyak perkara yang hendak Umno-BN sembunyikan daripada rakyat.

Barangkali dengan mengehadkan sidang Dun, Zambry fikir beliau boleh menghalang suara Pakatan Rakyat.

Namun sebenarnya, tindakan yang dibuat Zambry semakin membuatkan rakyat semakin membenci Umno-BN, kerana hanya menunjukkan pemerintahan kerajaan negeri Umno-BN terumbang ambing dan caca merba.

Umno-BN tidak boleh mempersalahkan Pakatan Rakyat dalam hal ini. Selepas Nizar dan anggota Exconya digugurkan, mereka langsung tidak ada access dengan pentadbiran negeri.

Kelemahan yang berlaku berpunca daripada Umno-BN sendiri. Umno serta parti-parti yang berada dalam komponen BN semua lemah dan tidak stabil.

Bagaimana sebuah parti atau coalition boleh mentadbir negeri dengan baik, jika dalaman mereka berpecah belah dan tidak mendapat sokongan rakyat?

Apa yang berlaku di Perak, jelas menunjukkan bahawa, Zambry sendiri tiada karisme, tidak tahu mentadbir. Oleh kerana itu Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak sepatutnya berasa malu mempunyai MB yang spesies seperti Zambry.

Zambry menjatuhkan maruah Umno, memalukan Umno dan semakin merosakkan imej Umno-BN di Perak. Inilah hasilnya jika mengambil alih kuasa secara haram. Kesemua ini sudah disimpulkan kartunis Zunar dalam idea klasik beliau dalam majalah bertajuk 'Perak Darul Kartun'.

Maka dalam soal ini bukan Zambry seorang yang salah sahaja. Ramai yang terbabit. Terutama mereka-mereka yang bersekongkol dengan Umno-BN untuk merampas kuasa dari rakyat.

Dosa-dosa akibat tangan-tangan kotor mereka yang membantu Umno-BN terlalu banyak dan harus dibersihkan. Angkara mereka ini hanya memperkukuhkan tekad rakyat untuk memastikan Perak bersih daripada najis, kotoran dan daki Umno-BN, dengan mengembalikan kuasa kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum akan datang.


Zambry, oh Zambry.

Friday, May 14, 2010

Zambry kehabisan modal

Menteri Besar Perak yang disahkan di Mahkamah, Zambry Abdul Kadir nampaknya sudah kehabisan modal dengan melakukan sesuatu yang sangat tidak masuk akal bila mempelawa Pemuda PAS di Perak meninggalkan parti dan menyertai UMNO dengan alasan Pemuda PAS ada minat yang tinggi terhadap UMNO sejak kebelakangan ini.

Zambry berkata kepimpinan Pemuda PAS Perak sentiasa memberi komen dan pandangan terhadap perkembangan UMNO dan dengan alasan itu Zambry mengatakan "mereka berminat kepada UMNO".

Sebenarnya Zambry diminta mengulas beberapa kenyataan Pemuda PAS Perak termasuk dakwaan bahawa UMNO Perak kini lemah dan tenat apabila perasmian serentak mesyuarat UMNO Cawangan tidak mendapat sambutan, kenapa pula sampai sejauh itu Zambry mengelamun , malah tidak menjawab soalan sebenar dari wartawan. Berikut adalah beberapa kenyataan saya dalam perkara berkaitan.

1. Saya sangat terkejut dengan kenyataan Zambry yang saya sifatkan sebagai sangat terdesak dan kehabisan modal untuk bercakap bila mengajak Pemuda PAS untuk masuk UMNO sedangkan apa yang dikeluarkan dalam banyak kenyataan Pemuda PAS selama ini bukan bermasud Pemuda PAS minat kepada UMNO, tetapi saya tegaskan adalah kenyataan-kenyataan yang menyatakan kebencian dan jijiknya UMNO dimata sayap kanan Parti PAS.

2. Sesunggunya pemuda PAS telah melalui proses tarbiyah yang terancang dan telah disusun rapi oleh PAS bagi memastikan mereka dihiasi dengan akhlak Islam dan jauh sekali untuk mencium "bau busuk UMNO" yang memiliki kepimpinan yang jauh sekali dari akhlak Islam.

3. Adakah kerana baru sekali mengadakan "usrah" dikediamannya Zambry sudah naik perasan sudah jadi pemimpin gerakan Islam dan lebih baik dari PAS. Kalau baru sekali Usrah sudah perasan jadi baik, bagaimana pula yang ada pada Pemuda PAS yang setiap minggu berusrah tentunya jauh kedepan dari Zambry yang baru melakukan Usrah. itupun saya yakin kerja sebeigitu adalah diluar kotak pemikiran UMNO yang Sekular itu.

4. Sepatutnya Zambry sedar golongan muda di Perak dan Malaysia amnya semakin benci dan muak kepada pemimpin UMNO yang menjadi "makluk perosak" di Malaysia. Selepas dibuktikan bersekongkol dengan yahudi laknatullah , menggadaikan Blok L dan M kepada Brunei dengan kerugian RM 320 Billion, sekali lagi malang datang lagi untuk golongan pemuda di Malaysia bila judi bolasepak diberikan lesen secara sah oleh menteri kewangan kepada Syarikat Berjaya.

5. Tidakkah pemimpin UMNO sedar bahawa indek dalam apa saja kegiatan salah laku dan jeyaah dijuarai oleh anak-anak muda Melayu, sedangkan pemimpin UMNO semacam membenarkan mereka rosak serosaknya, bila kegiatan sukan yang sihat itupun dibenarkan dalam bentuk perjudian di lebih 200 kedai TOTO seluruh negara bermula hari ini, saya tidak dapat bayangkan dosa yang tertanggug oleh Pemimpin UMNO yang membenarkan judi yang jelas haram disisi Islam. Malah menyokong UMNO berarti menyokong Judi yang "dihalalkan" dengan lesen oleh UMNO.

6. Kalau begitulah, sebenarnya Zambry selepas mengadakan usrah mestilah menyuruh Pemuda UMNO untuk masuk PAS untuk mengelakkan mereka terus dirosakkan oleh Pemimpin UMNO. Kedudukan UMNO yang bukan lagi penyelamat kepada Agama Islam dan bangsa Melayu mengesahkan bahawa UMNO mestilah ditinggalkan secapat mungkin.

7. Kerana itu saya mengesahkan bahawa Pemuda PAS memang berminat kepada UMNO, tetapi berminat untuk menyaksikan ianya cepat dikuburkan dibumi tercinta ini. Selamat tinggal UMNO !

Kenyataan Media, 13 Mei 2010

DRS. KHALIL IDHAM LIM
KETUA PENERANGAN PAS PERAK

Wednesday, April 7, 2010

Berita yang semua orang dah lama tahu

Zambry: Tiada pilihan raya walaupun kajian positif

Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir (bawah, kiri) berkata kerajaan negeri tidak berhasrat membubarkan dewan undangan negerinya (DUN) bagi mengadakan pilihan raya baru sekalipun hasil kajian menunjukkan Barisan Nasional (BN) berupaya untuk menang.

Beliau berkata, buat masa ini kerajaan negeri pimpinannya itu mahu menumpukan kepada agenda pembangunan Perak selain mengotakan janji kepada rakyat negeri berkenaan.

"Terima kasih atas hasil kajian itu dan yang pasti ada pihak yang tidak gembira dengannya. Apa yang lebih penting bagi kita ialah kerajaan BN di Perak kini melaksanakan perkara yang betul dan berada di landasan yang betul untuk memenuhi janji ke arah kebaikan rakyat," katanya kepada pemberita di Selama, hari ini.

Bagaimanapun, Zambry yang ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Exco negeri berkata, hasil kajian itu mendorong BN Perak untuk bekerja keras dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat.

Beliau diminta mengulas kajian oleh sebuah badan pemikir bebas, Ilham Center yang menunjukkan sokongan majoriti rakyat Perak telah beralih kepada BN dan parti itu boleh memenangi pilihan raya DUN jika ianya diadakan sekarang.

"Dalam penilaian saya, rakyat akan memberi mandat baru apabila tiba pilihan raya berdasarkan apa yang kita laksanakan untuk mereka," katanya.

- Bernama

Ajijoi ~ Memang semua orang dah lama tahu yang Apco ....oppss maksud saya Umno takkan berani nak buat pilihanraya di Perak. Walaupun kajian yang turun dari langit mengatakan yang Apco....oppss tersasul lagi, Umno mendapat sokongan majoriti di negeri ini. Sokongan atas angin kotttt

Tuesday, February 16, 2010

Zambry terkeliru identiti

Perlembagaan negeri Perak telah termaktub bahawa hanya orang Melayu sahaja yang dibenarkan untuk dilantik sebagai Menteri Besar Perak.

Apabila Zambry yang berketurunan India Muslim (juga dikenali sebagai Mamak) dilantik oleh Umno sebagai Menteri Besar, dia menjadi terkeliru dengan identitinya yang sebenar.

Yang terbaru, dia merayakan Tahun Baru Cina di kediaman rasmi Menteri Besar Perak. Habislah duit rakyat Perak apabila asyik dibuat sambutan makan free untuk orang kaya (yang datang semuanya berkereta, maknanya orang kaya la tu).

Kalau sebelum ini dia merasakan dirinya Melayu, kini dia melayan halunisasinya sebagai orang Cina pula?

Payah kalau dah meroyan ni.....

Monday, February 1, 2010

Zambry dicabar berdebat

IPOH, 1 Februari : PAS Perak melalui setiusahanya, Ustaz Misbahul Miunir Masduki menempelak kenyataan Dato’ Seri Zambry dalam wawancara Setahun Melayari Arus di Perak FM yang telah mencabar PR membubarkan 28 kerusi yang dimenangi secara sah dalam pilihanraya yang lalu.

Menurut beliau kenyataan ini bukan sahaja sombong bahkan ini menunjukkan kedangkalan Dato’ Seri Zambry dalam berpolitik.

Menurut beliau lagi pembubaran hanya boleh berlaku jika DUN Perak dibubarkan, di Perak hanya dengan pembubaran DUN membolehkan pilihanraya semula diadakan bagi memilih kerajaan yang baru.

Beliau juga menyatakan bahawa PR dipilih oleh rakyat melalui suara demokrasi yang sah, sedangkan pembentukan kerajaan BN adalah melalui cara rampas kuasa dan perkara ini jelas telah mengkhianati amanah rakyat.

Sehubungan dengan itu beliau berpendirian sepatutnya DUN Peraklah yang wajib dibubarkan, dan rakyat akan mengundi sekali lagi bagi memilih kerajaan yang baru.

Beliau juga turut mencabar supaya Dato’ Seri Zambry berdepan dan berdebat dengan Dato’ Seri ir Haji Nizar bagi membuktikan keupayaan masing-masing dalam tempoh setahun Prakatan Rakyat memerintah dengan setahun pemerintahan rampasan kuasa oleh Umno BN ini.

Memetik ucapan beliau “ Jika umno BN berani, kita cabar supaya siarkan debat tersebut secara langsung di media arus perdana”.

“Selepas berdebat, esok bubarkan DUN bagi membolehkan rakyat menjadi hakim yang adil dalam menilai pencapaian kerajaan masing-masing”.

Sehubungan dengan itu, beliau akan menghantar surat cabaran terbuka kepada Dato’ Seri Zambry untuk menawarkan pentas rakayt untuk merealisasikan debat antara Dato’ Seri ir Haji Nizar dan Dato’ Seri Zambry.

Sunday, January 10, 2010

Zambry jadikan Nizar sebagai idola

Zambry ternyata ketandusan idea di dalam merangka sesuatu projek ataupun rancangan untuk rakyat Perak.

Oleh yang demikian, segala perancangan yang telah dijalankan oleh Dato Seri Nizar Jamaludin, Menteri Besar Perak yang sah akan ditiru oleh Zambry dengan bantuan propaganda daripada pihak media cetak dan elektronik milik kerajaan.

Telah banyak program-program ataupun perancangan yang dijalankan oleh Zambry sebenarnya telah diceduk daripada idea asal oleh Dato Seri Nizar.

Program Zambry yang terbaru iaitu Pertandingan Bolasepak Liga Terbuka Manjung bagi merebut Piala Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir adalah peniruan terbaru terhadap Pertandingan Bolasepak Piala Datuk Seri Nizar yang dianjurkan oleh pihak PAFA (Perak Football Associatian).

Diharap semoga Zambry berhenti daripada menjadi bayang-bayang tiruan kepada Dato Seri Nizar walaupun semua maklum kini bahawa Zambry menjadikan Nizar sebagai idolanya dalam mencari kedudukan didalam arena politik tanahair.

Followers