Saturday, June 2, 2012
Pimpinan UMNO Perlu Bertaubat Kerana Rosakkan Aqidah Muda Mudi
Monday, February 6, 2012
Sunday, August 28, 2011
Monday, August 15, 2011
Pemimpin perlu didik masyarakat dengan Al-Quran - Pesuruhjaya Pas Perak
Ustaz Abu Bakar dalam tazkirahnya selepas menunaikan solat tarawih menyeru supaya membersihkan hati rakyat daripada fahaman-fahaman yang tidak benar. "UMNO telah berjaya menyempitkan pemikiran rakyat tentang Islam. "Selagi hati rakyat tidak dibersihkan, rakyat tidak akan dapat menerima dasar yang diperjuangkan oleh PAS," jelas beliau.
Pasa majlis yang dianjur oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Perak tersebut, lebih 200 orang telah hadir memenuhi Surau Madah. Program bermula dengan ucapan pimpinan dan berbuka seterusnya tazkirah daripada Pesuruhjaya PAS Perak.
Monday, August 1, 2011
Friday, June 17, 2011
Utusan Malaysia biadap siarkan kartun menghina Islam - Pesuruhjaya Pas Perak
IPOH, 17 Jun: Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain hari ini mengecam karikatur terbaru yang diterbitkan oleh Utusan Malaysia berjudul "Kekeliruan Kes Rogol" pada 15 Jun lalu yang disifatkan menghina syariat Islam.
Beliau kesal atas karikatur sebegitu yang dianggap langsung tidak bertanggungjawab dan menidakkan sensitiviti masyarakat beragama Islam di Malaysia. Karikatur itu yang disiarkan pada muka surat 15 Utusan Malaysia, menyaksikan dua situasi berbeza yang terpaksa dialami oleh mangsa rogol.
Dalam situasi pertama, mangsa rogol telah mengemukakan aduan kepada jabatan agama, namun ditolak kerana menurut karikatur itu mangsa memerlukan empat orang saksi sedangkan mangsa hanya mempunyai rakaman video. Sementara itu dalam situasi kedua, mangsa telah membuat laporan polis dan pegawai yang menguruskan kes itu berkata rakaman video boleh dijadikan bukti.
Penyiaran karikatur itu yang menggambarkan mangsa rogol membuat laporan kepada 2 pihak berkuasa berbeza jelas mempersendakan golongan ulama dan Islam.
Beliau berkata, "Kartun sebegini jelas mempunyai niat jahat untuk memperlekeh pandangan alim ulama dan memberikan tanggapan negatif kepada Islam. Unsur-unsur sebeginilah yang membawa kepada perpecahan umat. Bertentangan dengan objektif media itu sendiri sebagai alat perpaduan."
Ujar beliau lagi, "Pihak Utusan Malaysia seharusnya jelas dalam membicarakan soal ini. Zina dan rogol, adalah dua perbuatan yang mempunyai definisi berbeza. Justeru, mempunyai pemberat serta pertimbangan berbeza dalam soal hukum. Karikatur sebegini boleh mencetuskan salah faham kepada Islam malah mempersenda aspek sistem keadilan di dalam Islam."
Dalam pada itu, beliau meluahkan kekesalan terhadap sikap PERKASA dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang dilihat seolah-olah membela Utusan Malaysia dengan mendakwa ia hanyalah sindiran terhadap golongan yang tidak memahami undang-undang Islam dan masalah persepsi individu.
Tindakan Utusan Malaysia ini turut dikecam oleh Persatuan Ulama Malaysia dan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan. Selain itu, Mursyidul Am PAS Datuk Bentara Setia Nik Abdul Nik Mat pula menyifatkan Utusan Malaysia sebagai "Denmark Malaysia" kerana menyiarkan karikatur yang menghina syariat Islam.
Sehubungan dengan itu, PAS Perak menggesa pihak Utusan Malaysia menarik balik siaran karikatur ini dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia atas kebiadapannya mempersendakan perundangan Islam.
Thursday, May 19, 2011
Tahniah atas kejayaan Himpunan Pas Ganti Umno peringkat Zon Utara Perak - PJ Pas Perak
IPOH: Pesuruhjaya PAS Perak,Ustaz Abu Bakar Hussain mengucapkan jutaan tahniah kepada seluruh jawatankuasa program yang terlibat atas kejayaan program himpunan PAS ganti UMNO peringkat negeri Perak yang dianjurkan pada 14 dan 15 Mei baru-baru ini.Menurut beliau, komitmen yang telah diberikan oleh seluruh ahli jawatankuasa program serta sokongan dari seluruh ahli PAS Perak dapat menguatkan lagi istiqamah dan semangat PAS Perak untuk menyusun strategi bagi merealisasikan agenda PAS ganti UMNO selepas PRU 13 nanti
Beliau juga menyatakan, dengan kejayaan program PAS ganti UMNO ini,jelas menggambarkan PAS Perak sentiasa bersiap sedia untuk berhadapan dengan pilihanraya umum ke 13 pada bila-bila masa dari sekarang.
Memetik ucapan beliau “ PAS harus menjadi jauh lebih baik daripada Umno dan berlumba untuk menawarkan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, kita serius ingin menggantikan Umno dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti ”.
“PAS adalah Gerakan Islam yang membawa pakej perjuangan yang menarik, mengulangi pakej asal yang diperjuangkan oleh Rasulullah saw. Pakej yang dimaksudkan ialah tarbiyah, dakwah dan siasah. Melalui pakej ini, PAS bergerak ke tengah medan lantas mengadun gerakkerja amal Islaminya secara seimbang berasas ramuan 3 elemen dari pakej tersebut”
Justeru beliau mengharapkan agar himpunan rayat PAS ganti UMNO yang akan diadakan di zon selatan ( Cenderung Balai Teluk Intan Perak ) pada 28-29 Mei 2011 akan dapat menarik lebih ramai lagi kehadiran ahli dan rakyat untuk sama-sama berpadu tenaga bagi menjayakan program tersebut.
Dewan Ulama' Pas Perak bersedia memimpin ummah - Pesuruhjaya Pas Perak
IPOH: Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussain menyatakan beliau yakin bahawa Dewan Ulama’ PAS Perak bersedia memimpin ummah bagi mendekatkan diri ummah kepada Allah dan terus bersama Pakatan Rakyat membimbing rakyat untuk menumbangkan kezaliman umno di Perak dan Malaysia.
Beliau menyatakan demikian sempena majlis perasmian muktamar Dewan Ulama’ PAS Perak yang berlangsung baru-baru ini, di Pusat Tarbiyyah PAS Perak.
Menurut beliau, Kepimpinan ulama PAS sudah menjangkau suku abad, satu tempoh yang tidak pendek dan tidak terlalu panjang untuk dinilai semula pencapaiannnya, melihat sejak daripada era kepimpinan ulama, pencapaian besar perjuangan yang diletakkan atas landasan Islam bagi menuju matlamat, keagungan Islam dan memartabatkannya menjadi perjuangan yang memikat hati majoriti umat Islam di negara ini, antara hasilnya, bermula pada 1990, PAS menang di Kelantan, dan sampai kini terus memerintah Kelantan.
Selain itu beliau juga menyatakan, PAS juga pernah menang di Terengganu untuk satu penggal dan menjadi pembangkang yang kuat di Parlimen sehingga kini, pada 2008 PAS mendapat sokongan daripada bukan Islam. Kecenderungan ini mula nampak beberapa ketika sebelum pilihan raya lagi apabila kita berjaya menubuhkan Kelab Penyokong PAS kepada bukan Islam.
Keanggotaannya bertambah dengan pesat sekali. Ini bukan retorik sokongan tetapi ia berkaya diterjemahakan oleh bukan Islam dalam pilihan raya umum dan pilihan raya kecil selepas itu.Dominasi majoriti dua pertiga BN berjaya dinafikan. Dengan izin Allah jua, hitungan politik yang dulunya kita rasa mustahil, misalnya untuk Pakatan menguasai negeri-negeri seperti Kedah, Selangor, Perak dan Pulau Pinang, kini menjadi realiti.
Memetik ucapan beliau, “ Ulama boleh bergandingan dengan sesiapa sahaja serta sentiasa bantu-membantu di antara satu sama lain.Kepimpinan ulama hanyalah satu arah tuju yang kita nampak sebagai pengemudi parti”.
“Ulama laksana juruterbang yang mambawa kapal terbang atau nahkoda bagi sebuah kapal. Namun ia bukan kerja dia seorang tetapi beserta parajurit-parajurit yang lain, kesinambungan itu yang membuatkan sesuatu perjalanan menjadi lancar”.
“Analogi itu ada di dalam PAS. Begitu juga seperti sejarah peperangan. Ada yang hebat berjuang dan ke depan. Nabi Muhammad mengetuai peperangan tetapi tidak pernah sekali pun membunuh. Begitu juga ada yang diperintahkan Nabi tetapi Nabi sendiri tidak pernah lakukan seperti azan dan qamat, sesuai dengan dirinya yang sentiasa jadi imam”.
“Ada ketika Nabi pernah perintah pasukan tentera Islam berkhemah tetapi ditegur oleh pakar perang bahawa kawasan itu tidak sesuai kerana jauh daripada air, dekat dengan laluan angin dan mengadap pancaran matahari. Nabi bersetuju dan pindah tempat lain. Itu menandakan, dalam perang masing-masing ada kepakarannya. Ada yang hebat menombak, memanah dan ada yang hebat berdakwah.Begitu juga dalam PAS, masing-masing ada kelebihannya dan saling tampung-menampung”.
Justeru Pesuruhjaya PAS Perak itu menyatakan, perjuangan PAS dan UMNO sangat berbeza. UMNO pentingkan keduniaan, catur politiknya juga dunia dan modal besar serta janji mereka juga adalah dunia seperti pembangunan dan penambahan dari segi material.
Untuk berdepan dan menyaingi UMNO, PAS bukan sahaja perlukan ulama, tetapi juga tenaga dan buah fikiran berbagai pemikiran dan idea untuk memantapkan parti dan bergerak memastikan kejayaan perjuangan Islam ini, Tegas beliau.