Wednesday, September 16, 2009

Doakan cepat sembuh

Haziq yang berjaya dibedah lewat petang semalam kini ditempatkan di wad ICU kanak-kanak 6D. Sedikit lemah walaupun telah mula sedar pagi tadi. Sesekali liar matanya melihat sekeliling yang amat asing baginya. Tambahan wajah-wajah para jururawat dan doktor yang belum pernah dilihatnya sebelum ini.

Hanya wajah abah yang dapat menenangkan sedikit perasaan anak kecil ini. Namun begitu, pasti hatinya tertanya-tanya dimana ibu, along dan angah? Kesan daripada ubat pelali semasa pembedahan semalam membuatkannya bagaikan khayal dan sering terlelap seketika.

Ibu...ibu...ibu dimana? Anak kecil yang masih menyusu badan ini amat merindui wajah ibu yang sebelum ini senantiasa tidak pernah berenggang kemana saja.

Ibunya kini ditempatkan di wad 4B menunggu laporan daripada doktor pakar tulang. Menurut doktor yang bertugas petang tadi, Chor perlu dibedah dan dimasukkan besi untuk mengikat tulangnya yang patah. Tulang peha kirinya perlu menggunakan besi yang dimasukkan kedalam tulang manakala sebelah kanan pula menggunakan besi panjang yang mengikat diluar tulang peha dan tulang lutut yang pecah.

Menurut doktor itu lagi, besi itu akan kekal didalam tubuh Chor. Tempoh untuk sembuh juga agak memakan masa.

Hanya doa daripada semua yang dapat dipanjatkan agar ibu dan anak kecil ini dapat segera sembuh dan pulih seperti sediakala. Along dan angah yang sejak semalam tidak dapat menjenguk keadaan ibu dan adik mereka akibat peraturan hospital yang tidak membenarkan kanak-kanak dibawa masuk akibat H1N1 amat berharap kepulangan mereka berdua.

Terima kasih juga diucapkan kepada mereka-mereka yang prihatin membantu keluarga saya semasa diuji dengan musibah ini. Tambahan pula hanya tinggal beberapa hari saja lagi untuk menyambut satu Syawal.

Semoga Aidilfitri ini tetap ceria sepertimana tahun-tahun yang lalu.

2 comments:

sheikh teluk intan said...

Salam sahabat, Ajijoi,

Pak Sheikh doakan anak saudara dan kakak ipar akan kembali pulih dan semuanya akan akan selamat. Amin.

Ujian Allah datang pelbagai bentuk.

Ya, dalam keadaan apapun perlu disambut dengan ceria kerana kejayaan kita berpuasa yang diharapkan diterima oleh Allah.

Selamat Hari Raya. Maaf zahir batin.

Ajijoi said...

Salam Sheikh.

Terima kasih atas doa pak sheikh. Semoga dimakbulkan Allah Taala.

Ujian yang berpahala andai redha didada.

Kemenangan ke atas hawa nafsu perlu diraikan satu syawal ini.

Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin buat pak sheikh sekeluarga.

Teruskan dengan karya-karya unik pak sheikh.

Followers