Monday, September 7, 2009

Kerajaan zalim akan dibinasakan oleh Allah SWT - Pesuruhjaya Pas Perak

Ipoh (7.9.09): Sempena sambutan Badar kubra peringkat Negeri Perak, Pesuruhjaya PAS Perak Al Fadhil Ustaz Abu Bakar Hussain, memberi semangat dan keyakinan kepada seluruh rakyat agar bangkit menentang kezaliman pemerintahan umno/bn di Malaysia ini.

Pesuruhjaya PAS Perak itu mengingatkan kepada seluruh rakyat yang sering dizalimi kerajaan umno/bn, supaya memahami hakikat bahawa Allah SWT itu tidak pernah membiarkan hamba-hambanya dizalimi. Allah SWT tidak pernah membiarkan kezaliman itu berleluasa. Kerana Allah SWT itu Maha Adil. Hujah ini menurut Ustaz Abu Bakar Hussain adalah berdasarkan berdasarkan janji Allah SWT di dalam Al Quran Karim, yang bermaksud “Dan janganlah engkau menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim”

Sebagai seorang pejuang Islam janganlah kita lupa, dan ingatlah kita selalu bahawa Allah SWT tidak akan biarkan sesiapa pun dizalimi. Allah SWT juga tidak akan membiarkan orang yang zalim terus dengan kezalimannya. Allah SWT itu Maha Adil, jelas beliau

Pesuruhjaya PAS Perak itu juga mengingatkan bahawa kezaliman yang dilakukan umno/bn terhadap rakyat mungkin tidak dibalas sekarang, tetapi ia ditangguhkan ke satu masa yang lebih sesuai dengan kezaliman mereka ini berdasarkan janji Allah SWT dalam Al Quran yang bermaksud … Sesungguhnya Allah hanya menangguhkan balasan mereka hingga ke satu hari yang terbeliak mata mereka (Surah Ibrahim : 42)

Seorang pemimpin negara, selalunya terlepas dari kesalahan-kesalahan besar yang mereka lakukan”. Contohnya apabila dikalangan pemimpin zalim ini disyaki pecah amanah, rasuah, jenayah pembunuhan, penipuan, skandal-skandal haram, penyalahgunaan kuasa, penindasan dan sebagainya dan memang ada bukti mereka bersalah, tetapi menang di kandang mahkamah dan ada dikalangan pemimpin zalim ini "menang" sebelum dimasukkan ke mahkamah lagi. Maka, adakah mereka akan selamat? Sampai bilakah mereka boleh bebas ketawa? soal beliau.

Pesuruhjaya PAS Perak itu juga menyatakan, sekiranya seorang pesalah tersebut boleh menang di kandang mahkamah disebabkan kesilapan si hakim atau terlepas pandang atau adanya [ercaturan unutk melepaskan diri mereka, maka mereka tetap tidak terlepas dengan perhitungan dan pembalasan Allah SWT.

Allah SWT tidak pernah tertidur atau mengantuk. Maka adakah orang yang zalim itu boleh bebas dengan kezalimannya ini berdasarkan firman Allah SWT dalam Al Quran Karim Allah SWT yang tidak mengantuk, apatah lagi tertidur (Surah al Baqarah : 255). Kita tunggu sahaja bilakah balasan terhadap mereka. Balasan tersebut akan di”kurnia”kan pada waktu yang selayak bagi kezaliman mereka. Mereka boleh sahaja terlepas daripada kesilapan mahkamah manusia, tetapi tidak mungkin boleh terlepas dari mahkamah Allah SWT. Allah SWT tidak pernah merasa mengantuk atau tidur, apatah lagi tidak mungkin Allah SWT itu tersilap, atau terlepas pandang. Maka, serahkanlah segala kezaliman mereka kepada Allah SWT. Usah bimbang, doa orang yang dizalimi itu sentiasa didengari Allah SWT, jelas beliau.

No comments:

Followers