Thursday, September 3, 2009

Laporan polis terhadap kepala lembu Hishamuddin

PETALING JAYA, 3 Sept: Pemimpin Pakatan Rakyat Selangor hari ini membuat satu laporan polis terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein kerana didakwa telah menyalahgunakan kuasanya dengan 'memberi perlindungan' kepada kumpulan yang memprotes pembinaan kuil di seksyen 23 Shah Alam.

Laporan polis dibuat di Balai Polis Daerah Petaling Jaya tengahari tadi diketuai Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago.

Turut serta membuat laporan itu, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkifli Ahmad, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud, Exco Kerajaan Selangor, Dr. Xavier Jayakumar dan 21 pemimpin pakatan rakyat lain.

Mereka mendakwa Hishamudin melalui kenyataannya semalam telah mengganggu siasatan yang sedang dijalankan pihak polis terhadap kumpulan penunjuk perasaan yang mengarak serta menendang kepala lembu di hadapan bangunan Sekriteriat Kerajaan Negeri Selangor SUK 28 Ogos lalu.

Ianya merujuk kepada kenyataan menteri itu yang di anggap cubaan 'membela dan menyelamatkan' golongan perusuh tersebut apabila menyatakan tindakan mengarak dan menendang kepala lembu oleh mereka itu bukan untuk mencetuskan api perkauman mahupun menghina agama lain.

Hishamudin menyatakan demikian selepas mengadakan pertemuan dengan kumpulan perusuh berkenaan di Shah Alam semalam. Image

Bercakap kepada pemberita di perkarangan balai polis itu tadi, para pemimpin pakatan bagaimanapun menganggap kenyataan beliau itu sebagai membuat keputusan terlebih awal, mendahului keputusan sebenar siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak polis.

"Hari ini sudah menjadi suatu yang agak sukar untuk PDRM menjalankan siasatan secara bebas dan terbuka kerana sebelum selesai siasat lagi, menterinya sudah menyatakan mereka (kumpulan perusuh) ini tidak bermaksud untuk mencetuskan api perkauman ataupun penentangan agama," Ujar Dr. Dzulkifli Ahmad

Menurut mereka juga kenyataan Hishamuddin itu secara tidak langsung boleh dianggap sebagai satu arahan dari pihak kementerian kepada pasukan polis yang menyiasat, supaya memberhentikan siasatan mereka.

"Pada saya, dia (Hishamudin) sepatutnta tidak perlu untuk berjumpa pun dengan kumpulan perusuh itu. Kenyataannya itu adalah satu arahan secara tak langsung kepada pegawai di bawahnya supaya samada tidak meneruskan siasatan ataupun tidak perlu ambil tindakan," ujar Dr. Siti Mariah yang turut bersama pada sidang tersebut.

"Ini satu campur tangan dan jelas berlaku penyalahgunaan kuasa dan SPRM diharap ambil tindakan terhadap beliau (Hishamuddin). Dan saya belum dengar lagi mufti buat apa-apa fatwa tentang perkara ini, saya nak dengar sebab mereka begitu senyap," ujarnya lagi.

Pada sidang media tadi juga, Charles dan Xavier sekali lagi mendesak Perdana Menteri, agar mengambil tindakan terhadap Menteri Dalam negeri itu kerana dianggap telah memalukan kabinet dan bercanggah dengan konsep 1 Malaysia yang digagaskan Datuk Seri Najib.

Deskan sama kali pertama dibuat Charles dan Xavier semalam apabila meminta supaya Datuk Seri Hishammuddin Hussein dipecat atau meletak jawatan dari Kabinet selepas Menteri Dalam Negeri itu dilihat menyebelahi kumpulan yang terlibat dengan demontrasi kepala lembu minggu lalu itu.

Selain mereka, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad turut mencabar Menteri Dalam Negeri itu bersemuka dengannya jika beliau benar-benar tidak memihak dalam menangani isu protes mengarak serta memijak-mijak kepala lembu di Shah Alam 28 Ogos lalu.

Khalid yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam melahirkan rasa kesalnya dengan tindakan Hishamuddin bersimpati dengan penunjuk perasaan mengheret, memijak dan meludah kepala lembu tempoh hari.

Beliau menyifatkan menteri itu seolah-olah mengiakan tindakan mencerca agama lain untuk tujuan politik.

Sehingga kini, 28 laporan polis berhubung isu ini telah pun dibuat pelbagai pihak.

-harakahdaily.com

Ajijoi ~ Hishamuddin ni setakat sengeh je boleh le. Ajak debat....cabut.

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...