Friday, September 4, 2009

SPR nak kata apa? Tuhan punya kuasa


Sebelum ini, SPR menafikan hak rakyat di Dun Kota Siputeh, Kedah untuk memilih wakil rakyat mereka yang baru akibat daripada adun umno yang gagal menghadiri sidang dun sebanyak dua kali.

Bersungguh-sungguh SPR menghalang pilihanraya kecil di dun tersebut demi menjaga periuk nasi umno daripada terus menyambung siri kekalahan mereka di dalam pilihanraya kecil.

Namun demikian, segala perancangan jahat tersebut ternyata tidak mampu menandingi perancangan yang Allah sediakan apabila Allah gantikan pula dengan pilihanraya kecil di Dun Bagan Pinang, Negeri Sembilan akibat daripada kematian adun umno di dun itu.

Mampukah SPR sekali lagi bermain wayang dan memutar-belitkan undang-undang bagi mengelak daripada umno kecundang di dalam pilihanraya kecil di Dun Bagan Pinang?

Kita nantikan episod seterusnya apabila SPR membuat kenyataan mengenai hal tersebut.

1 comment:

fatehsaleh said...

salam ajijoi,

Saya dok fikir perkara yang sama juga.

Subhanallah, hebat kan perancangan Allah.

Salam perkenalan bro.

Followers

Video ajijoi

Loading...