Wednesday, September 2, 2009
Sidang Dun Perak dihalang polis
Kesemua Adun Pakatan Rakyat bergerak daripada Bangunan DAP menuju ke Bangunan SUK untuk menghadiri sidang Dun Perak.
Pihak polis yang membuat sekatan bagi menghalang Adun Pakatan Rakyat menuju ke Bangunan SUK.
Mula menghalang Adun-adun Pakatan Rakyat meneruskan perjalanan mereka ke SUK.
Dato Seri Nizar tetapn bertegas untuk menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.
YB Sivakumar menunjukkan bukti untuk meneruskan persidangan dun di bangunan SUK.
Pasukan FRU berterusan mengasak ke depan sambil menolak adun-adun PR serta penyokong berundur ke belakang.
ADUN Pakatan Rakyat Perak nekad untuk meneruskan rancangan mereka untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini walaupun pihak polis melarang semua pihak daripada berhimpun di bangunan sekretariat kerajaan negeri.
Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan beberapa ADUN Pakatan mula tiba di bangunan tersebut pada kira-kira jam 8.45 pagi. Turut hadir ialah kira-kira 150 penyokong mereka.
Manakala pihak polis mengadakan kawalan ketat di sekitar bangunan tersebut oleh anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan trak meriam air digunakan untuk menutup pintu belakang.
Polis juga menutup kawasan berpokok di mana ADUN Pakatan mengadakan sidang DUN Mac lalu. Kira-kira 100 anggota polis ditempatkan berkawal di situ.
Baca seterusnya disini
*Foto-foto ehsan sya-reformis
Labels:
ehwal perak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment