Friday, September 18, 2009

Cabai penyambung rezeki

Kebiasaannya apabila bersara daripada pekerjaan, ramai yang hilang hala tuju untuk menyambung rezeki bekalan semasa hidup.

Ada juga yang menggunakan wang simpanan untuk memulakan perniagaan, tak kurang juga yang menjadi pengawal keselamatan bagi menyambung pendapatan. Amat beruntunglah bagi mereka yang beringat dengan menabung sejak muda sebagai bekalan di hari tua.

Mohd Rasid Uda Osman (56) yang bersara daripada Public Bank tahun lalu mengambil langkah bijak dengan memulakan usaha penanaman cabai ditanah miliknya di Kg Changkat Larang, Lahat.

Usaha yang pengalamannya ditimba daripada penyertaan kursus pertanian anjuran FAMA membolehkan Mohd Rasid mengusahakan penanaman cabai.

Tanahnya yang seluas 1/2 ekar memuatkan sebanyak 1500 pokok cabai yang setiap satunya berupaya untuk menghasilkan sehingga 100 biji cabai didalam jangka masa selama 6 bulan.

Benih yang didapati daripada baka Cameron Highlands menghasilkan cabai yang besar dan panjang.

Rumah rehat didirikan dan dijadikan sebagai pejabat serta tempat untuk bersolat dan berehat

Pam air yang disalirkan melalui sistem timer memudahkan penjagaan cabai

Perangkap serangga pada waktu malam. Serangga akan tertarik kepada lampu yang dipasang dan air yang bercampur dengan minyak didalam takungan akan memerangkap serangga tersebut

Ruang rehat dan pejabat

Hasil yang dikeluarkan agak mengkagumkan

Selagi mana kita berusaha, berdoa dan bertawakkal kepada Allah Taala, pintu rezeki sentiasa terbuka buat sesiapa sahaja.

No comments:

Followers