
Kewajipan berpuasa adalah latihan kepada setiap Muslim supaya memiliki hati dan perasaan penuh insaf juga simpati terhadap nasib golongan fakir dan miskin yang berada dalam masyarakat.
Perasaan lapar dan dahaga oleh setiap individu Muslim yang berpuasa diharap mampu menimbulkan perasaan simpati dan belas kasihan kepada golongan susah yang ketiadaan makanan, pakaian selain tempat tinggal.
Sesungguhnya, setiap umat Islam bertanggungjawab membela dan menyelamatkan kesempitan hidup golongan kurang bernasib baik itu. Kealpaan kita membela golongan berkenaan dicerca oleh Allah SWT seperti mana firman-Nya dalam surah al-Ma’un ayat 1-3.
Islam tidak menyenangi umatnya keterlaluan dalam menikmati kemewahan. Ini dibuktikan daripada keperibadian Rasulullah SAW yang diriwayatkan selepas wafat, baginda hanya meninggalkan seekor keldai putih, sebilah senjata dan sebidang kecil tanah saja. Tegasnya, Allah menyukai hamba-Nya yang 'berada' supaya mampu membela serta membantu golongan fakir miskin.
Firman Allah SWT dalam surah At-Taubah ayat 103: “Ambillah (sebahagian) daripada harta mereka menjadi sedekah supaya dengannya engkau membersihkan mereka dan mensucikan mereka dan doakanlah untuk mereka. Sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Pengajaran Ramadan secara langsung supaya kita prihatin dan membela golongan lemah juga seiring dengan kewajipan menunaikan zakat fitrah. Tanpa mengeluarkannya, pahala ibadat puasa Ramadan akan tergantung dan tidak dapat menjadi bekalan ke akhirat.
Kewajipan ibadat berkenaan terletak di atas bahu setiap Muslim yang mempunyai lebihan makanan atau harta daripada keperluan dirinya dan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
Ini termasuk kanak-kanak yang dilahirkan sebelum matahari terbenam pada akhir Ramadan dan hidup selepas terbenam matahari. Begitu juga orang yang meninggal dunia selepas terbenam matahari pada akhir Ramadan dan orang yang memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir Ramadan dan berkekalan Islamnya.
Sesungguhnya zakat fitrah adalah satu daripada beberapa jenis zakat yang diwajibkan seperti zakat emas dan perak, perniagaan, binatang ternakan, pertanian, wang simpanan, pendapatan dan saham, galian, 'kunuz' dan 'rikaz'.
Sehubungan itu, Allah SWT menjanjikan ganjaran yang berlipat kali ganda kepada mereka yang menunaikan zakat dan memberi amaran keras kepada golongan yang meninggalkan ibadat itu. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 261:
“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.
“Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah maha luas (rahmat) kurniaan-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”
Pusat khidmat masyarakat ini yang diketuai oleh Ustaz Radzi Zainon telah berjaya membantu golongan yang kurang bernasib baik di dalam kawasan dun Sg Rapat. Seramai 147 buah keluarga di dalam dun Sg Rapat telah dikenalpasti melalui bantuan ketua-ketua kampung (PR) sebagai yang layak menerima bantuan bagi tahun ini.


Mungkin Pak Uda akan bernasib baik untuk menetap dirumah baru nanti walaupun dipenghujung usianya.
Semoga Tuanku Sultan Perak akan lebih kerap lagi turun padang menziarahi rakyat miskin dan daif yang amat memerlukan bantuan.
Kisah Pak Uda boleh di layari disini.



No comments:
Post a Comment