
IPOH (13.9.09): Program Sekampit beras, sekilo gula diteruskan di Kampung Rapat Jaya. Setibanya kami, penerima bantuan telah siap menunggu di bahagian dewan bawah surau.

Barang-barang yang akan dihulurkan kepada penerima bantuan.

Makcik-makcik yang kebanyakannya ibu-ibu tunggal berasa gembira apabila terpilih untuk menerima bantuan daripada Khidmat Masyarakat (PR) Dun Sg Rapat.

Ketua kampung, Sdr Ahmad Bin Wardi sedang menyampaikan ucapan beliau.

Ustaz Radzi Zainon sedang memberikan penerangan mengenai program anjuran Pusat Khidmat Masyarakat dibawah kelolaan beliau.

Wajah-wajah yang memerlukan perhatian daripada orang ramai.

Saudara ini tidak boleh berjalan tanpa alat bantuan.


Jangan terkejut, makcik. Memang kami tetap hulurkan bantuan semampu dan sedaya kami walaupun negeri telah dirampas.




Bacaan doa semoga diberkati amalan dan sumbangan serta dimurahkan rezeki kepada para dermawan sekalian.


Bergambar kenangan bersama.

Makcik yang ini tidak dapat hadir ke surau kerana uzur. Sumbangan tetap diberikan dengan rombongan kami berziarah ke rumahnya.
No comments:
Post a Comment