Wednesday, September 9, 2009

Lawatan Pesuruhjaya Pas Perak ke Pas Kawasan Gopeng

IPOH (8.9.09): Pesuruhjaya Pas Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain telah melakukan lawatan kerja ke Pas Kawasan Gopeng yang disambut oleh Yang Dipertua Kawasan, Haji Abd Rahim Md Ariff. Turut menemani Ust Abu Bakar adalah Ketua Penerangan Pas Perak, YB Drs Khalil Idham Lim.

Haji Abdul Rahim telah berbesar hati menerima lawatan daripada Ustaz Abu Bakar kerana Ustaz Abu Bakar bukanlah asing bagi Pas Kawasan Gopeng kerana beliau adalah mantan YDP Gopeng yang dipegang jawatannya selama 4 penggal berturut-turut sebelum diserahkan kepada Haji Abd Rahim.

Imam Kamalullail bertindak sebagai pengerusi majlis


Yang Dipertua Pas Kawasan Gopeng, Haji Abd Rahim Md Ariff mengalu-alukan kehadiran Pesuruhjaya Pas Perak dan juga YB Khalil Idham Lim

YB Drs Khalil Idham Lim selaku Ketua Penerangan Pas Perak memberikan sedikit maklumat terkini mengenai lajnah penerangan

Ustaz Abu Bakar Hussain memberikan taklimat mengenai gerak kerja badan perhubungan Pas Perak serta beberapa perancangan yang akan dijalankan

Ustaz Abu Bakar memberikan jawapan kepada pertanyaan yang diketengahkan semasa sesi dialog sambil diperhatikan oleh Haji Abd Rahim

Majlis berbuka puasa bersama Pesuruhjaya Pas Perak

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...